Tuesday, October 25, 2016

Menambat hatinya

Setelah berpindah semula ke rumah ibu dan bapanya, cucuku Azfar semakin pandai.  Kiranya kehadirannya ke rumah dinanti.  Sayangnya, baharuberusia 4 bulan, sudah tidak tidak mahu dengan orang lain termasuk ahli keluarga yang terdekat.
   Sekiranya diambil atau didukung, maka direnungnya muka kita. Keningnya akan berkerut dan lama-kelamaan akan keluarlah suara tangisan dan  berderailah air matanya .  Tangisannya bukan sedikit, berlarutan sehingga tersedu-sedu.  Entah mengapa agaknya, kami seolah-olah orang asing baginya sedangkan tiga bulan dia bersama-sama dengan kami di rumah ini.
   Hari ini kami ke rumahnya di Krubung Perdana.  Aku belikan mainan untuknya. Barang mainan yang sesuai untuk bayi yang seusia dengannya. Dia hanya pandai memegang dan tertarik dengan mainan yang berbunyi dan bergerak.   Sayangnya , dia masih belum melunjur atau baharu meniarap, belum lagi bergerak ke hadapan atau ke belakang. Mungkin makan masa nanti untuk dia bergerak ke hadapan dan lebih pantas bermain dengan mainan yang dibeli untuk menguatkan otot tangan atau dengan kata lain koordinasi tangan dan pancainderanya seperti mata dan telinga.
   Hanya sejam setengah kami berada di Krubung Perdana.  Syukurlah dapat juga dia bermain dengan kami.
 

Kemelut membina soalan akhir tahun

Sebagai pentadbir, kekadang kita tidak ada masa untuk meneliti atau merancang sesuatu contohnya sebelum, semasa dan selepas.  Dalam membina soalan atau item, perlu difikirkan tentang isi kandungan serta tajuk-tajuk pembelajaran berdasaran sukatan pelajaran. Selain daripada itu, kita ambil kira saiz font, jenis font dan butiran yang terdapat dalan soalan itu.
   Baharu pertama kali di sekolah ini, atas arahan , kita mestilah menggunakan format yang tertentu tanpa diberitahu.  Ramai guru yang perlu membetulkan format kertas soalan terutama muka depan dan isi kandungan soalan.
  Beberapa kali soalan reject dan diedit.  Aku telah pun membina item ini selama 3 hari, menaip sendiri dan suami juga turut membantu kerana kelemahanku menggunakan komputer. Agak keterlaluan juga kerana setiap butiran diteliti tetapi tidak disemak dengan teliti dan terdapat banyak kesalahan, maklumlah kita bukannya seorang yang mahir dalam membina soalan.
  Bagiku, terimalah seadanya bahawa manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.  Kita manusia bukannya sempurna kerana aku telah menghabiskan banyak masa untuk membina item ini. Syukurlah , dapat juga menyempurnakan tugasan yang akhir.
    Kekadangan rasa nak meluahkan perasaan tidak puas hati kerana kita tidak diberi pendedahan atau maklumat awal seperti tidak boleh fotostat, tampal gambar, saiz font, jenis font dan kulit / muka depan kertas soalan.
 

Monday, October 24, 2016

blog baharuku 2016

Lama sudah tidak berbicara.  Blog bahtera11.blog.spot dah banyak .  Kutitipkan yang baharu. Semoga Allah memberikan masa dan waktu untuk kuberbicara.
   Entah  mengapaku selalu dibuai mimpi yang kurang enak. Takut akan lamunan dan aliran mimpi yang semakin memburuku.  Aduhai, aku semakin dihimpit mimpi-mimpi lalu.
    Mimpi rumah dan mimpi kenangan silih menghantui fikiranku.  Biarlah, aku meneruskan kehidupan ini dengan caraku sendiri.
   Akan ku teruskan berbiaca melalui blog ini semoga ianya menjadi satu wadah untuk memenuhi masa lapang dan sebagai cerminan diri sendiri terhadap kehidupan sendiri. Semoga bicara menjadi teladan dan panduan kepada pembaca .