Saturday, August 12, 2017

setahun umurnya, 9 Mei 2017

Setahun usianya.  Masih belum boleh berjalan. Kerut keningnya dah mula berkurang. Tetapi keletahnya amat mencuit hati. Rindu juga dengan keletahnya apabila dia tidak datang di rumahku,
   Azfaruddin bin Khairuddin , lahirnya paru-parunya dijangkiti kuman. Seminggu duduk di hospital.
dicucuk jarum di tangan kecilnya untuk mengubatinya. Setelah hampir setahun, ada dua kali ditahan di wad, nafas kencang. sehari di hospital Besar Melaka dan 2 hari di Hospital Pantai.
   Setiap Sabtu dan Minggu di rumahku kecuali kami ada program yang tak dapat dielakkan.  Bukan hendak sangat denganku, nasib baik dia pilih Ainun atau Wani . Pandai pula memilih orang, nak dengan orang muda sahaja.
   Kalau hendak tidur, bukannya senang, terpaksa pangku dan letakkan di dada kita, kira melekap di badan.  Kalau belum lelap letak di atas tilam, pandai pula dia rasa. Sekarang sibuk meniti-niti belum pandai berjalan lagi.  Sebenarnya dia tidak mahu dipaksa bertatih, dibengkokkan kakinya.
  Mukanya ada iras-iras muka anak Cina, kulit putih melepak, tercalar sedikit dah kelihatan. kalau hendak tidur habis ditariknya rambut dan telinganya sendiri. tu pengenalannya hendak tidur.
 Kami menyambut hari lahirnya di rumahku....
   Sekarang dah setahun 3 bulan, dah pandai berjalan dan bermain sendiri tetapi tidak boleh berjumpa dengan abi dan uminya, pasti akan menangis. Elok je kalau dia bermain sendiri, pandai ambil permainannya di dalam bakul dan turun naik di rumahku.  Paling suka dia bermain buaian dan melihat cicak dan burung. Paling suka main air, kalau jumpa air dan mandi , tak mahu keluar dari bilik air.  Teringat semasa dia nak mandi kolam, orang tak kenal pun dia hendak ikut mandi ....di kolam renang di Tanjung Bidara.