Monday, April 9, 2018

3 sekolahku 2018

Pertukaran yang tak diduga telah mengubah perasaanku. Entah mengapa perasaan memberontak atau tidak akur akan ketentuan ini. Aku telah ditukarkan ke SK Paya Rumput , Sekolah Kluster Kecemerlangan mulai 1 Januari 2018.  Surat bertarikh 27 Disember itu menghalangku hasratku untuk bersara pencen di sekolah Kebangsaan Sungai Petai.
   Hari pertama aku mendapat surat pada 2/1/2018. Aku hadir ke SKSP dan mengambil surat daripada pekerja am sekolah. pukul 11.30 pagi , aku bertolak ke SKPR untuk mendaftar atau melapor diri. Aku berjumpa dengan Puan Noor Azimah bt  Amat. Beliau merupakan seorang guru besar yang pada pandangan aku seseorang yang hebat. Beliau menasihatkan aku agar merayu kepada pengarah untuk tidak bertukar, mengharap belas ihsan. Dengan bantuan beliau aku akhirnya memohon surat tangguh tugas sehingga Jumaat 5/1/2018.
    Pada hari Isnin  8/1/2018 minggu kedua, bermulalah tugasku di SK.  Paya Rumput , SKK. Sekolah ini besar mempunyai seramai lebih kurang 1200 murid. Gurunya pula seramai 84 orang.   Aku dikelilingi dengan guru-guru yang sungguh komitmen dan dedikasi terhadap tugas.  Sekolah itu sentiasa sibuk dan ada sahaja aktivitinya. Maklumlah sekolah kluster kecemerlangan sukan ragbi dan segala macam pencapaian yang cemerlang dalam bidang sukan.  Pasukan  ragbi perempuan menjadi johan peringkat kebangsaan semasa bertanding di UPM, menang dalam squash dan mendapar pingat emas.
  Pada 6 Mac , tetiba aku mendapat panggilan telefon daripada JPM, unit naik pangkat. Aku diminta  hadir ke Bilik Melati. Di sana aku bertemu dengan  En Abdul Latef bin Ahmad, mantan  Guru besar SKSP, rupa-rupanya beliau akan bertukar ke SK Pernu. Aku pula dilantik sebagai GPK HEM Bukit Rambai bermula dari 1 Mac 2018. Begitulah ketetapan daripada-Nya, pada asalnya aku guru biasa berkelulusan STP/ STPM kemudian melanjutkan pelajaran secara PJJ di USM dalam bidang sejarah, memohon DG 41, GC DG44 dan guru biasa time-based DG 48. Dua jawatan yang tidak mahu ku lalui ialah guru cemerlang tetapi atas desakan Pn Asiah Md Sab,mantan guru besarku,Pn Salamah Ahmad,  GPK Pentadbiran dan arwah Pn Rosni, GPK HEM , Sekolah Kebangsaan Dato' Naning,  aku mohon juga dan akhirnya tak berdaya, bersaing dengan guru muda di SKPR, aku bersetuju memohon pentadbir, walau pun pada asalnya  berat hatiku.  Justeru itu, berubahlah kehidupanku sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal  Murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, mula bangun pagi 5.00 pagi, siap-siap ke sekolah, walaupun kadangkala terlambat sampai 7.15 pagi  kerana kesesakan jalan raya. Aku selalu lambat kerana masak nasi untuk kucing yang ada 4 ekor, si ibu dan tiga ekor anaknya.