Seramai tiga orang guru terdiri daripada aku, Pn Kartini bt Abdul Manan dan Pn Nor Hasni bt Mohd Yusof. Kami gunakan bajet suci, iaitu cat yang diambil di stor sekolah. cat merah, biru, hitam sahaja yang tinggal. Berpandukan cat tersebut bermulalah tugas kami.
Kami mula mengecat dari pukul 7.45 pagi - 10.30 pagi. Sambil memberi murid kerja berdasarkan subjek masing-masing. Aku guna bilik RBT murid tahun 3 Arif sementara murid 3 Azam dan 2 Arif duduk di sepanjang koridor sebelum memastikan tempat tersebut bersih. Jangan ada pula komplen daripada ibu bapa .
Murid-murid Tahun 3 Arif pula, aku gunakan masa seni untuk mewarna bendera bagi menghias pondok tersebut. Murid-murid yang mestilah mewarna Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang. Kerja mewarna berterusan sehingga masa Dunia Seni Visualku.
Setelah siap mengecat kami memasang tali bagi mengelakkan mrid-murid duduk di wakaf tersebut. Kerja menghias wakaf tersebut , kami serahkan kepada 3 orang ahli Bahasa Melayu.
Warna cat asal

Mula mengecat
Murid-murid mewarna benera atau Jalur Gemilang
Kelilling wakaf diikat tali supaya murid-murid tidak duduk atau berehat kerana cat belum kering.
Siap untuk dihias oleh 3 orang ahli Bahasa Melayu
Pada 11/9-14/9 /2017 ahli panitia telah merancang untuk melekatkan bahan-bahan bacaan di pondok atau wakaf. Bahan-bahan yang dilekatkan seperti simpulan bahasa dan kata seru. Diharap semua ahli panitia bekerjasama untuk menghias wakaf ini. Segala kerjasama diucapkan terima kasih.
No comments:
Post a Comment