Dulu makan quaker oat pepagi dengan susu diabetik "NOVA". Kini beralih kepada chia seed pula. b anyak ku memborong 5 paket. Kebetulan suamipun makan chia seed. Berat badan dah turun 2 kg sejak bulan puasa tahun ini 2019.
Tinggal5 kilo je nak turunkan berat badan supaya menjadi berat badan yang ideal. Dulu perabis duit p spa hampir RM10000 untuk ratan sebanyak 24 kali. Adalah berat badan turun hingga 52 kilo. Kemudian aku berpindah ke Sabah, akhirnya 4 kali rawatan hangus macam tu sahaja. Aku tak ada masa nak p spa, asyik berulang alik dari Felda Sahabat ke Lendu , rumahku.
Kini berat badan naik semula dari dari 52 tahun 2010 , 57-58 kg tahun 2018. Inilah faedahnya sakit diabetis, p hospital periksa tekanan darah, gula dan air kencing.
Sejak tak makan quaker oat serapan pagi, aku dah mula mengatur masa makan yang baru. Minum susu campur chia seed sebelum p sekolah. Aku tak tahu sama ada berkesan atau tidak. Dulu beralih minum air rebusan buah mahkota dewa. Kini minum kopi o tanpa gula, aku dah macam terasa pedih perut pula kalau selalu blend epal atau oren, sebagai tambahan buah-buahan .
Dengan makan chia seed aku terasa bertenaga sedikit. Semoga usahaku berbaloi untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah....aamiin
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Tuesday, July 16, 2019
Tuesday, July 2, 2019
kakiku terseliuh lagi 2019
Aku masih ingat lagi kakiku terkulai, tak boleh berjalan dengan betul, pijak pun tak boleh. Insiden itu berlaku di Tesco lama senasa hendak membeli belah . Persiapan untuk anak sulung masuk asrama tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penih Intergrasi Selandardan sibuk hendak menghantar anak kedua ke Sekolah Sharifah Rodziah. Aku tidak ingat mungkin tahun 2005.
Menggelitai kaki, tak boleh pijak ke bumi. Jalan pun terencot-encot. Cepat-cepat aku mendapatkan tukang urut iaitu emak busuku. Kakiku masih belum baik sehingga 4 tukang urut termasuk kakakku . Mula-mula hendak naik tangga, angkat kaki pun sakit. Rasa nak marah dengan GPK Koku ku, kerana tidak memahami aku yang kesakitan. Selepas beberapa kali berurut, sakit pula hujung kaki ketika hendak menuruni anak tangga, semasa itu aku mengajar di SK Dato' Naning, naik tangga turun tangga, Allah sahaja yang mengetahui-Nya. akhirnya , aku berjumpa tukang urut yang keempat di Simpang Ampat, sekali sahaja dia pegang kakiku dan urut sedikit dah berbunyi keletup, dia pun kata dah masuk, Aku tak tahu apa maksudnya, yang penting kakiku dah elok. Dah tak sakit.
Tahun ini pula, ketika sibuk nak tengok durian. Kononnya dah gugur, durian tak gugur , kakiku yang terseliuh. Sebaik sahaja kejadian, aku terus meminta kakakku mengurutnya. Suamiku hanya menyarankan aku bubuh ubat angin sahaja. Setelah diurut semakin sakit dan aku tidak boleh memijak atau tidak boleh berjalan. Terpaksa aku gunakan kerusi untuk berjalan , sembahyang pun di atas kerusi.
Selepas itu , ku mohon bantuan kawan-kawan di dalam fb, mujur Cikgu Kamariah, guru SK Sungai Sireh mencadangkan aku merendam kaki di dalam air berais. ku buat beberapa kali berkesan juga. Oklah, dah boleh berjalan namun ada sakitnya. Kemudian , aku kakiku bengkak susah hendak susut. Berjalan pun sakit ketika memijak. Agak lama jugalah daripada 25/5 sehingga 10/6 , aku terpaksa mengidap bengkak kaki dan kaki masih terasa sakit ketika berjalan.
Kemudian, aku ke klinik Noor Shilla minta ubat dan ku tunjukkan kaki yang bengkak. Baru pertama kali aku jumpa doktor yang menunjukkan gambar kali dan otot kaki. Beliau menyatakan tisu yang koyak sahaja dan aku diberi ubat tahan sakit . Kenalah RM30.00.
Aku akhirnya terpaksa merujuk ke hospital Alor Gajah. Aku diminta pergi ke hospital lama, Hospital Baharu dan Hospital Lama semula. Rawatan berjumpa doktor di HAG Lama, diminta x-ray di Hospital Baru Alor Gajah dan rawatan serta ubat di Hospital Lama . Akhirnya aku diberi ubat tahan sakit dan kain anduh . Kain anduh buat sokongan atau balut tetapi pinnya selalu cicir, maka aku beli di farmasi sarung kaki untuk sokongan.
Di sekolah pula , aku diberi penerangan tentang koyok, oleh seorang peniaga Cina yang menjual baja dan koyok, maka aku beli koyok dan tampal di bahagian kaki tersebut. Akhirnya baik juga...alhamdulillah.
beli setokin ini berharga RM 37.70 dan koyok RM 12.00 ada 5 keping.

koyok berubat daripada bahan semula jadi.
Ini semua durian punya fasallah...............alhamdulillah sakit-sakit pun pergi jengok dan kutip buah kuini, durian dan cempedak....
Alhamdulillah pokok durian nan sebatang dapat merasai buahnya dan pokok kuini yang sebatang tu juga berbuah lebat. . Sayangnya pokok durian kampung yang diberi oleh Cikgu Salamah Ahmad, xGPK 1 SK Dato' Naning , tahun lepas dapat makan buahnya, tahun ini tupai yang kenyang, buahnya kecil dan banyak dimakan tupai hanya 10 biji sahaja daripada 40 biji semuanya rezeki tupai.
Saturday, March 16, 2019
Takdirnya aku begini...
Sejak menjadi pentadbir di sekolah ini banyak peristiwa yang ku lalui. Biasalah mana mungkin seorang pentadbiradalah seorang manusia yang sempurna.
Sebenarnya , kehadiranku di sini hanyalah sebagai tempat persinggahan. Hatiku sebenarnya amat terasa hampa apabila aku ditukarkan ke SK Paya Rumput, umpama insan yang dibuang daerah, manakan tidak, aku tidak boleh berada sedaerah dengan suamiku, maka ditukarkan ke sekolah di Daerah MelakaTengah dengan alasan keperluan perkhidmatan. Pertukaran
ku ke SKBR pula atas kenaikan pangkat.
Aku sebenarnya tidak berminat untuk menjadi GPK atau pentadbir. Entah mengapa, aku tiada pilihan. Tambahan pula , aku teringin juga menjawat jawatan ini setelah jemu menjadi guru biasa. Setelah menjadi guru cemerlang, aku tidak boleh menjadi pentadbir. Gagal menjawat guru cemerlang DG 48, aku akhirnya jadi guru akademik biasa..
eAku sebenarnya selalu didesak supaya memohon guru cemerlang oleh GPK dan guru besar SKDN. Setiap hari atau setiap tahun perkara yang sama diulang-ulang. Adalah empat orang guru memohon pada tahun 2009 tetapi seorang sahaja yang layak, malangnya apabila hendak dipantau, gagal di situ. Tahun 2010 pula aku mohon lagi, kali ini dengan membuat kajian tindakan dan menyediakan fail-fail serta dokumen.
Akhirnya aku berjaya dilantik sebagai guru cemerlang pada 24.8.2010 . Sekiranya dilantik sebagai gc, maka tidak boleh menjadi pentadbir, maka jadilah aku guru biasa ssetelah gagal memohon gc pada tahun 2014. Akhirnya title gc menjadi guru biasa,
Berbalik kepada dibuang daerah, terasa hambar dan tidak ada semangat begiku. Kemudian aku mendapat surat penggilan daripada JPNM. Panggilan surat tersebut meminta aku ke Jabatan tetapi akhirnya dibatalkan. Kemudiaa panggilan telefon kedua, yang menentukan akju sebagai GPK HEM SK Bukit Rambai. Dengan tiada pengalaman, bermula daripada sifar, aku meminta pertolongan daripada Pn Fatimah bt Ibrahim, bekas GPK HEM sekolah itu, selain GPK 1. Sekiranya tiada Pb siti Rafiah bt Mokhdar, GPK 1 , aku terasa kekosongan dan kehilangan. Syukur alhamdulillah GPK 1 banyak membantuku. Selain itu GPK HEM Paya Rumput pun membantu aku menyertai group wassap GPK HEM Melaka Tengah. Aku bersyukur kerana dapat kerjasama daripada guru-guru SKBR.

ku ubah landskap bilik HEM SKBR
Setelah hampir setahun, aku merasakan perlu ku ubah landskap bilik Hem. Sejak aku jadi penghuni bilik itu tidak banyak yang ku ubah. Keeriaan dan susun atur bilik itu amat meyesakkan fikiranku tetapi aku tak tahu apa yang harus kubuang atau kusimpan di mana?. Banyak dokumen penting yang perlu kusimpan di tempat lain.
Bukan itu sahaja , malahan di dalm almari, di dalam kotak , entah apa dokumen dan barang pun aku tak tahu. Apa yang pastinya ingin ku buang tetapi sayang, entah kan berharga dokumen kerajaan.
semua surat menyurat HEM ada di dalam bilik itu. Apa yang harus ku lakukan ialah menyimpannya agar lebih rapi.
hari ini sahaja aku fokus unuk mencantikkan papan kenyataan bilik Hem.Ketiga0tiga papan itu ada informasinya. Ada yang dah bertahun sejak tahun 2017 lagi. Aku meluangkan masa membuang dan menanggalkan maklumat di papan itu mengambil masa berjam-jam juga dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.40 tengah hari.
Sambil mengemas sambil melayan GPK 1 dan cikgu yang datang. Ada dua orang yang mencari laptop mereka. Mahu kusorokkan laptop atau komputer riba mereka . Setiap guru di SKBR ini agaknya terlalu sibuk. Oleh itu, mereka tertinggal barangan penting, hari Rabu lepas, cikgu Nor Zaleha tertinggal beg dan komputer di dalamnya. Hari Jumaat ini 15/3 , cikgu Arifin dan cikgu Nor Afuza pula tertinggal beg dan komputer mereka. Kekadang nak juga menyorokkan dalam seminggu, biar mencacau mereka mencari.
Minggu ini merupakan minggu yang sibuk, persediaan delegasi dari Indonesia, walau pun mereka datang melawat PPKI , namun mereka menggunakan Bilik Cempaka sebagai bilik perbincangan, maka dihiaskan sebagai persediaan menyambut tetamu.

Wednesday, March 13, 2019
sukarnya menjadi pesakit diabetis bahagian 2
Setelah mengambil darah pada 4/3, ternyata keputusan itu serba sedikit meragut kepercayaanku dan mendesak agar aku lebih bertawakal.
Pertemuan dengan doktor pada hari ini, menyebabkan aku terpaksa mengambil darah semula pada 10/6 dan perjumpaan dengan doktor pada 19/6. Mengimbas kembali bagaimana harus aku menyukat gula dalam darah seperti azab juga.
Pertama, aku tidak mengambil makanan yang manis seperti kuih muih, kalau makan pun karipap. Tetapi sesekali makan juga goreng pisang dan apabila teringin tetapi selau ku peringatkan diri sendiri. Air manis langsung tidak ambil, kalau ambil pun guna gula perang. Puasa seminggu sekali, jadilah.
Pagi, aku ambil quacker oat dengan susu diabetik, tulah sarapan pagiku. Aku makan nasi pada pukul 10.00 pagi ketika di sekolah tetapi apabila di rumah kekadang lari masa makan. ada dua hari berturut-turut makan lambat lebih kurang pukul 2.15 petang, sakit perut teramat sangat, ternyata angin penuh di dalam perut. Dengan peristiwa ini , mengingatkan aku supaya menjaga masa makan.
Bab senaman pula seminggu sekali berlari-larilah di atas treadmill dan buat sauna selama 40 minit.
selain itu aku ada juga membeli mesin Terapi Getaran Tegak "Vertical Vibration Theraphy". Buatlah latihan ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Begitulah aturan yang telah aku tetapkan dalam menangani diabetis. Namun kegagalanku ternyata tersasar. Namun begitu amalan yang betul harus kucari dan kugali sehingga menjumpai kaedah atau cara yang berkesan, mungkin Allah mendugaku melalui cara ini. Semoga aku lebih tabah dengan keputusan ujian darah yang diambil pada 4/3 ...gula 8.8, kolesterol, jantung, buah pingggang, denyutan nadi atau BP , ok dan ujian darah pagi ini 7.5 agak tinggi kerana aku belum sarapan lagi. Semoga aku lebih tabah menghadapi kehidupan mendatang ....aamiin ya rabbbal'alamin.
oh, ya ...sejak pertukaran daripada pesakit luar ke klinik pakar atas lawatan , medikal , tidak tercatat pekerjaanku, nasib baik tak kena bayaran...siap ditanya ada tak surat atau kad pesara, kad suami tetapi aku menyatakan aku masih berkhidmat di sekolah. Namun begitu meleset sangkaanku masih tidak tercatat pekerjaanku...kosong, keturunan pun kosong.

Monday, May 29, 2017
Memori dalam Perjalanan pulang 2017
Kami memulakan perjalanan dari Alor Setar pada pukul 11.30 pagi setelah membeli buah mahkota dewa, sepohon pokok yang kecil, pokok guana dan pokok limau kapas. Malangnya batang pokok limau kapas sekarang ni dah mati.
Dalam perjalanan pulang aku selalu update fb. Kebetulan kawan semaktabku Berhanuddin atau Bern yang dah lama terpisah sejak dari konvo maktab 1985 tidak pernah ku temui. Kami hanya berhubung melalui fb sahaja. Oleh kerana beliau ingin bertanya khabar dan membuat janji temu dalam wassap, maka aku beritahunya insha-Allah dan beliau tetapkan di RNR Gunung Semanggol..
Kuberitahu suamiku, Kebetulan kami singgah di RNR Gunung Semanggol untuk bersembahyang dan makan tengah hari. Jadi aku memberitahunya, dan beliau memintaku menunggu di situ selama 30 minit. Sementara itu, kami makan dahulu.
Seperti yang dijanjikan , akhirnya kami dapat bertemu dan bersembang . Perhubungan yang terputus selama 33 tahun, di samping itu , beliau menelefon Zarina, kawan setugasku semasa di Sekolah Kebangsaan Paya Keladi , Pulau Pinang. Beliau merupakan guru kelas anak sulungku. Beliau sebenarnya sedang berada di Pulau Pinang. Sempatlah kami bertanya khabar, Rupa-rupanya mereka bau-bau bacang, pertalian ipar dan biras kot. Gembira dapat bertanya khabar dan satu ucapan indah yang tak dapat dilupakan ialah " Orang Kleantan tak kisah tentang makan, asal ada budu dan makan seadanya, oleh sebab itu mereka berjaya mengumpul aset seperti banglo yang cantik dan beberapa buah rumah sewa, kebetulan mereka tidak merantau, dan senang mendapatkan pinjaman kerajaan , merujuk kepada seorang lagi rakan semaktabku , Pakurazi yang tinggal di Pasir Putih, di mana aku bertemu dengannya juga melalui fb dan wassap semasa kami bertandang ke rumah pengantin lelaki anak buah suamiku di Bachok.
Kami memulakan perjalanan lebih kurang pukul 2.45 petang. Melalui jalan yang sesak dari Bidur ke Sungkai. Kami bercadang mengikut jalan lama, tetapi tersalah masuk simpang, terus ke Cameron Highlands, singgah di Ringglet tu melepaskan hajat, kemudian keluar ikut jalan Kuala Lipis, keluar , jalan sesak di Kampar, singgah makan Madiena Corner , Simpang Krau, Raub. Kemudian kami singgah di Sungai Way untuk menghantar anak sulungku.
Akhirnya kami sampai di rumah pada pukul 1.05 pagi. Syukurlah dalam perjalanan kami ada momen yang indah .. Kami dapat , makan angin dan berpusing-pusing di Cameron Highlands untuk mengelakkan kesesakan, keluar ikut Jalan Kuala Lipis.. Tidak mengapalah , niakan angin membawa emak menjamu mata di dalam kereta sepanjang jalan.
Kami makan mi hailam, bihun sup , dan mi lakna - makan malam
Si anak membantu neneknya menyejukkan bihun sup
Selalunya pada waktu malam, makanan yang sesuai untukku hanyalah bihun sup.

Friday, May 12, 2017
Pokok Herba
Sebelum balik, kami pergi mencari pokok herba. Memang berhajat nak mencari pokok mahkota dewa, kebetulan pula anak buah menyatakan kawannya ada menjual pokok-popok herba. Menurutnya , buah mahkota dewa amat baik untuk pesakit kencing manis atau diabetis.
Maka, kami pun singgah di rumah kawannya itu. Kami bertemu pula dengan kedua-dua ibu bapanya. Peramah sungguh orang tuanya.
Kehadiran kami dalam lingkungan pukul 10.30 pagi, sibuk-sibuk mencari pokok mahkota dewa, banyak pula coleteh pak cik itu. Kelemahanku ialah tidak mahu memperkenalkan diri dan mengingati nama pak cik itu. Jadi kami berborak atau bersembang panjang sehinggalah ,dia memberitahu kegunaan pokok mahkota dewa, Baru kini aku kenali, buahnya berwarna merah, kecil sahaja, kalau nak buah ubat mesti keringkankan, buang bijinya dan hiris nipis-nipis . Kalau makan buah dan isi mahkota dewa ini bukan sahaja kencing manis hilang dengan tuannya sekali hilang.
Bahayanya kalau kita tidak tahu. Begitu panjang lebar pak cik tu menerangkan kebaikan pokok herba yang banyak di tanam di sekeliling rumahnya.
Aku membeli dua bungkus buah mahkota dewa yang telah dikeringkan dan membeli sepokok untuk ditanam. Kemudian pak cik tu pula menerangkan buah limau kapas , pokok Acheh dan pokok naga guana untuk mengubati kanser luaran. Buah limau kapas pula untuk kanser dalaman. Buahnya direbus dan diminum airnya.
Jadi , kami berborak sehingga hampir pukul 11.30 barulah bergerak pulang ke Melaka.
pokok mahkota dewa
pokok limau kapas
pokoknya besar dan banyak buahnya-pokok limau kapas
pokok acheh - isinya buat tomyam dan daunnya masak asam pedas- baru tahu...hehehe
Buat masa ini Alhamdulillah, selepas minum air rebusan buah mahkota dewa, bacaan gula ku berkurangan....tetapi mesti makan malam sebelum pukul 7.00 malam dan kontrol makan, bukan pantang jumpa, rembat je....hehehe.
Puas aku mencari alternatif dengan mengambil gozout, makan pucuk daun sabung nyawa, rebusan air daun rerama/ teh reramada, teh Tripple, dan sebagainya. Mungkin minum air rebusan mahkota dewa ini berkesan kot...dengan syarat kontrol makan...bolehlah kurangkan makan ubat hospital, hendak ku tinggalkan takut juga, hendak beritahu doktor takut pula aku dikatakan memandai-mandai....apa-apa pun aku hanya berikhtiar, Allah sahaja yang menentukannya.

Sunday, May 7, 2017
Dua hari dua Malam di Kedah (2)
Kami meneruskan perjalanan ke Muzium Kota Kuala Kedah. Sebelum itu kami singgah makan pulut durian di Alwi pulut....kami menggoole je.. Ramai pula pelanggannya. Kami beli tiga bungkus untuk orang di rumah .
Kebetulan kami datang menziarahi Muzium Kota Kuala Kedah, ada pameran merentasi Samudera yang menerangkan kisah pelayaran orang Melayu pada suatu masa dahulu. Mengikut sejarah, orang Melayu sudah biasa belayar .
Kami sampai di Muzium Kota Kuala Kedah yang penuh dengan sejarah dalam lingkungan pukul 3.00 lebih. Masuk percuma. Jauh juga perjalanan dan kawasan muzium ini luas. Muzium ini meninggalkan kesan sejarah penjajahan .
Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780.
Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam.
Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yang wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165.
Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.
Hari & Masa Lawatan
Sabtu - Khamis : 9.00 pagi - 6.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
2.30 petang - 6.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
2.30 petang - 6.00 petang
Bayaran Masuk
Percuma
Pegawai untuk dihubungi
En. Md. Zokhi bin Tahir - Penolong Kurator
Alamat
Kompleks Sejarah Kota Kuala Kedah
Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Utara)
Kampung Seberang Kota06600 Kuala Kedah
Kedah Darulaman
Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Utara)
Kampung Seberang Kota06600 Kuala Kedah
Kedah Darulaman
Tel / Faks : 04 - 7319297
Kebetulan kami datang menziarahi Muzium Kota Kuala Kedah, ada pameran merentasi Samudera yang menerangkan kisah pelayaran orang Melayu pada suatu masa dahulu. Mengikut sejarah, orang Melayu sudah biasa belayar .
Semasa balik kami singgah makan laksa Restoran Zakaria Teluk Kechai ,Kuala Kedah yang popular. Menariknya laksanya menggunakan cili padi dan telur sebagai bahan tambahan, kena kupas sendiri.
Setrusnya kami singgah ke rumah kakak iparku di Taman Tabung Haji, Alor setar sebelum bermalam di rumah anak buahku.
DUA MALAM DUA HARI DI KEDAH- (1)
Cadangan bergerak dari rumah pukul 2.00 petang tergendala hingga 3.15 petang. Sesampai di Kuala Lumpur, anak sulungku pula terlambat. Anggaran sampai pukul 4.30 petang, agak terlewat menunggunya balik dari Gombak. Jadi kami bertolak dari Sungai Way pada pukul 5.30 petang.
Kami berhenti di R & R Sungai Buluh untuk makan dan meneruskan perjalanan serta berhenti sembahyang di R & R Tapah.. Akhirnya kami sampai ke rumah anak buahku di Taman Naga Mutiara pada pukul 10.30 malam.
Pada keesokan harinya, kami makan angin. Tempat pertama, kami singgah ialah Muzium Padi dengan harga tiket dewasa RM5.00 seorang. Keunikan yang kami lihat bagaimana pelukis melukis pemandangan keindahan alam semula jadi dan kehidupan orang-orang kampung dengan persekitaran kawasan penanaman padi . Menaiki replika Puncak Gunung keriang yang dihiasi dengan pemandangan di tepi gunung, sawah padi dan situasi kehidupan penduduk kampung jelas diabadikan dalam lukisan di situ. Replika yang menggerakkan kita di seluruh kawasan Gunung Keriang itu seolah-olah kita mengeliling seluruh kawasan di sekelilingnya. Terdapat juru gambar yang merakamkan detik bersejarah dengan hanya satu post berharga RM10.00.
naik tangga ke Puncak Gunung Keriang
kepuk padi
Orang-orangan , boleh cuba masukkan muka kita ke ruang muka yang telah disediakan
laluan tangga yang berliku-liku
Pemandangan di luar Muzium Padi di hadapan Gunung Keriang.
Pintu masuk ke Puncak Gunung Keriang - replika yang besar dan boleh dinaiki ramai pengunjung.
Replika yang menarik pemandangannya kawasan kampung dan kehidupan penduduk kampung.
lanca - kenderaan yang popular zaman dulu
Kemudian kami menuju ke rumah kelahiran Dato' Sri Dr Mahathir. Rumah kampung yang diperbuat daripada kayu, dicat putih dan dipelihara dengan rapi. Walau bagaimanapun maklumlah rumah kayu agak sukar dijaga, reput sana dan sini, ada juga ditambah baik dengan menyimen bahagian bawah tanah dan dijadikan stor kepada petugas di arkib rumah tersebut.
Terdapat 3 bangunan kayu, yang beroperasi sebagai pejabat, dewan, tempat pameran dan pertunjukan., malangnya sebuah rumah itu ditutup kerana lantainya reput dimakan anai-anai.....bersambung kemudian kami meneruskan perjalanan......
Labels:
pengalaman
Location:
06570 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Monday, December 26, 2016
Resort Tanjong Piai
Kami bertolak dari rumah pukul 11.00 pagi. Dalam perjalanan, teringat nak tukar tudung. Singgah di kedai tudung Alor Gajah, aku berhenti dan membelek-belek tudung. tudung ditukar kerana ada corak pokok dan burung. Puas ku belek, akhirnya warna kuning cair tidak ku temui, ambil sahaja yang lain, nak tunggu bulan 2 baharu ada stok.
Kemudian, aku keluar dari kedai, anakku disapa oleh seorang mak cik. Rupa-rupanya dia hendak meminta tolong keluarkan duit dari Bank Agro di sebelah kedai pakaian itu. Aku turut mengikuti mereka, manalah tahu mak cik ni, nak menipu, cuak di hatiku. Syukur Alhamdulilllah . memang benar-benar dia hendak mengeluarkan duitnya. Anakku membantu mak cik itu mengeluarkan wangnya.
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan menuju ke Tanjong Piai, Kami tiba di Tanjong Piai Resort pada pukul 230 petang. Jauh juga jarak antara tempat letak kereta dengan rumah keluarga yang anakku tempah. Cantik sungguh pemandangan di resort ini. Ada rumah banglo , single dan family . Disediakan juga kemudahan untuk memanggang, bbq dan ruangan untuk aktiviti keluarga. Ada bangku dan meja tempat duduk untuk bersantai dan memancing. Kebanyakan kaki pancing memancing di sini.
Ada dewan, surau dan bilik air serta ruang berehat di laluan dan hadapan kaunter masuk. Disediakan juga kedai untuk membeli barang makanan, di samping menyediakan makanan yang dipesan kepada pelancong atau tetamu.
Kami dapat menikmati kejadian air pasang pagi pada pukul 2.30 pagi hingga pukul 4.30 pagi. Inilah kali pertama kami meneyewa resort di atas laut. Pada waktu malam sejuk dan dingin ditambah dengan penghawa dingin.
perahu nelayan menangkap ikan
seberang sana Singapura
bilik dua tingkat
Air laut pasang pagi

bilik famili yang kami sewa
Rancangan bercuti di Tanjong Piai 2016
Kami merancang nak bercuti. Rancangan demi rancangan bermula. Anak sulungku dan suamiku mencari tempat yang menarik di negara kita. Mula-mula rancang nak ke utara, Pulau Pinang atau ke Perak . Aku pula memberi cadangan , kami beralih ke selatan pula, iaitu Tanjong Piai, yang mana hasrat kami terhalang apabila berjaya menjejaki pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai pada November , 2016 terlanjur menghadiri majlis perkahwinan Ain, anak saudara sebelah suamiku,
Pada ketika itu, kami hanya bertiga, aku, suamiku dan anak bongsuku.
Akhirnya kami berjaya merancang tetapi ke mana pula ibuku hendak kami letakkan. Hendak dibawa , umurnya tidak sesuai untuk berjalan kaki, Sekiranya dibawa dan diletakkan di hotel atau resort ok juga, tetapi kami terpaksa berpatah balik.
Si anak dah tempah Tanjong Piai Resort sebagai tempat penginapan. Aku pula meminta anak kedua agar menjengah ibuku di rumah pada hari Sabtu agar memastikan beliau makan dan minum, maklumlah tinggal sendirian. Anakku pula mencadangkan agar ibuku bermalam di rumahnya. Keadaan ini memudahkan dia menjaga Azfar, anak kecilnya bersama-sama ibuku.
Aku berfikir, alangkah mudahnya jika kakakku balik dan menginap di rumahku, kebetulan ada urusan yang hendak diselesaikan dengan sewa tanah dan tambak tanah serta mencari kontraktor.
Alhamdulillah, akhirnya kakak dan suaminya menginap di rumahku sambil menjaga ibu.
Dalam menyelesaikan masalah , kita perlulah bijak menanganinya...semoga percutian kami berhasil ...aamiin

Monday, December 19, 2016
jejak x SMST dan XSMMA 2016
Setelah merantau di beberapa buah negeri dan sekolah akhirnya, aku umpama sirih pulang ke gagang. Ku bina rumah sendiri di atas tanah arwah ayahku ,kebetulan di tepi jalan.
Dengan susah payah, akhirnya tercapai juga hasratku untuk mendirikan rumah di sini. Aku mulakan tahun 2014 sebagai tahun asas aku balik Melaka kali kedua setelah merantau di Sabah dan Selangor selama 4 tahun . Tahun 2016, merupakan tahun yang mengembalikan ingatanku terhadap rakan-rakan sekolah Menengah Seri Tanjung dan Sekolah Menengah Munshi Abdullah di sekitar tahun 1977-1980. sejak masing-masing membawa haluan , kami tak pernah berjumpa tambahan pula aku bukanlah tinggal di Melaka. Aku anak kelahiran Paya Rumput, Sungai Udang . Aku merantau dari Melaka, Kuala Lumpur, Klang, Kuala Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, dan Sabah. Begitulah aturan hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Kini, masing-masing dah berumur. Untuk mengenali kembali zaman persekolahan adalah agak kelam bagiku. Tak pernah bersua muka selepas zaman persekolahan , tetiba dan berumur 53 tahun baharu berjumpa, itu pun melalui wassap dan pertemuan sebentar semasa majlis perkahwinan anak masing-masing atau reunion yang diadakan di Hotel. Aku pula masih bekerja dan pertemuan pada waktu malam bagiku memang rasa keberatan.
Pertemuan di rumah Razali , mengimbau kembali zaman persekolahan di Sekolah Menengah Munshi Abdullah , Batu Berendam. Namun, aku masih kurang mengenali mereka. Walaupun kami hanya 2 kelas iaitu kelas Sains A dan Sains B, namun ingatan aku masih kelabu. Memang aku tidak ingat nama-nama mereka, kalau berjumpa di luar pun , aku rasa aku tidak ingat. Cuma aku berharap agar hubungan persahabatan ini berkekalan. Majlis perkahwinan anak Rahmad pula mengingatkan aku rakan sekelasku. Kepada kawan-kawanku janganlah kamu kecam aku sekiranya aku masih gagal mengenalimu kerana kalau digabungkan kedua-dua rakan sekolah tersebut, aku masih belum dapat mengecam dengan betul.
Aku bersyukur kerana dapat juga mengenal sedikit demi sedikit kawan-kawan sekolah walaupun dah berumur . Semoga Allah memanjangkan usia kami untuk mengenali dengan lebih rapat atas nama persahabatan dan saudara seIslam...aamiin.
kronoloji sekolah rendah
1. Sekolah Kebangsaan Tangga Batu darjah, Melaka 1-3
2. Sekolah St Teresa Convent Brickfield , Kuala Lumpur 4-6
3. Sekolah Methodist Girls School, Melaka 6
Sekolah Menengah
1. Sekolah Menengah Tanjung Kling , Melaka 1-3
2. Sekolah Menengah Munshi Abdullah , Melaka 4-6 rendah
3. Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang 6 Atas
Pertemuan dengan rakan-rakan x Munshi Abdullah di majlis perkahwinan Razali (Bara) 2016
pertemuan di rumah Rahmad sempena majlis perkahwinan anak. lelakinya, begitulah pertemuan setiap kali ada majlis , kami bertemu. Dahulu pertemuan dengan kawan-kawan melalui media inilah, kami berkumpul dan bertemu walaupun sekejap...syukurlah ada juga berjumpa dengan kawan-kawan sekolah menengah Sri Tanjung dan Munshi Abdullah.
Dengan susah payah, akhirnya tercapai juga hasratku untuk mendirikan rumah di sini. Aku mulakan tahun 2014 sebagai tahun asas aku balik Melaka kali kedua setelah merantau di Sabah dan Selangor selama 4 tahun . Tahun 2016, merupakan tahun yang mengembalikan ingatanku terhadap rakan-rakan sekolah Menengah Seri Tanjung dan Sekolah Menengah Munshi Abdullah di sekitar tahun 1977-1980. sejak masing-masing membawa haluan , kami tak pernah berjumpa tambahan pula aku bukanlah tinggal di Melaka. Aku anak kelahiran Paya Rumput, Sungai Udang . Aku merantau dari Melaka, Kuala Lumpur, Klang, Kuala Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, dan Sabah. Begitulah aturan hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Kini, masing-masing dah berumur. Untuk mengenali kembali zaman persekolahan adalah agak kelam bagiku. Tak pernah bersua muka selepas zaman persekolahan , tetiba dan berumur 53 tahun baharu berjumpa, itu pun melalui wassap dan pertemuan sebentar semasa majlis perkahwinan anak masing-masing atau reunion yang diadakan di Hotel. Aku pula masih bekerja dan pertemuan pada waktu malam bagiku memang rasa keberatan.
Pertemuan di rumah Razali , mengimbau kembali zaman persekolahan di Sekolah Menengah Munshi Abdullah , Batu Berendam. Namun, aku masih kurang mengenali mereka. Walaupun kami hanya 2 kelas iaitu kelas Sains A dan Sains B, namun ingatan aku masih kelabu. Memang aku tidak ingat nama-nama mereka, kalau berjumpa di luar pun , aku rasa aku tidak ingat. Cuma aku berharap agar hubungan persahabatan ini berkekalan. Majlis perkahwinan anak Rahmad pula mengingatkan aku rakan sekelasku. Kepada kawan-kawanku janganlah kamu kecam aku sekiranya aku masih gagal mengenalimu kerana kalau digabungkan kedua-dua rakan sekolah tersebut, aku masih belum dapat mengecam dengan betul.
Aku bersyukur kerana dapat juga mengenal sedikit demi sedikit kawan-kawan sekolah walaupun dah berumur . Semoga Allah memanjangkan usia kami untuk mengenali dengan lebih rapat atas nama persahabatan dan saudara seIslam...aamiin.
kronoloji sekolah rendah
1. Sekolah Kebangsaan Tangga Batu darjah, Melaka 1-3
2. Sekolah St Teresa Convent Brickfield , Kuala Lumpur 4-6
3. Sekolah Methodist Girls School, Melaka 6
Sekolah Menengah
1. Sekolah Menengah Tanjung Kling , Melaka 1-3
2. Sekolah Menengah Munshi Abdullah , Melaka 4-6 rendah
3. Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang 6 Atas
Pertemuan dengan rakan-rakan x Munshi Abdullah di majlis perkahwinan Razali (Bara) 2016
Aku senyum sahaja apabila salah seorang rakan mencari dan menyebut-nyebut namaku, dari riak mukanya aku masih mengenali beliau, yang lain-lainnya aku masih belum dapat mengenali mereka kerana sejak berpindah ke Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah , Klang Selangor, aku tak pernah jumpa mereka.
Saturday, December 17, 2016
dua dalam satu 17 Disember 2016- majlis dan ziarah
Aku mengambil kesempatan memenuhi undangan majlis perkahwinan anak sahabat XSMST 1975-1977, Latifah Husin dan suaminya Abdul Samad di Pangsapuri Taman Sri Rantau, Shah Alam. Kami bertolak dari rumah pukul 12.00 tengah hari.
Perjalanan ke rumahnya agak lambat, mungkin suamiku mengikut jarak jauh untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Kami menjejaki rumahnya berpandukan peta dan gambar yang diberikan melalui wassap kerana kami hanya bertemu sekali sahaja, akhirnya kami berjaya menjejaki rumahnya.
Dia mungin tidak berapa kenal, Melihatkan pertemuan yang tidak ku kenalkan diriku, suamiku bertanya kepadaku, macam tak kenal aja. Selepas makan barulah aku memperkenalkan diriku. Memang aku tak berapa kenal, cuma ada kelapangan masa memenuhi jemputan sambil dapat mengeratkan semula hubungan yang terputus.
Kemudian , aku meneruskan perjalanan 19 km menuju ke Batu 8, Kampung Sijangkang untuk menziarahi wak Basirin , gelaran kepada ayah Norafidah, kawanku xSTAR. Walaupun dia tidak ada di rumah, menghadiri majlis perkahwinan anak abang iparnya di Bukit Jelutong, Shah Alam, kami meneruskan hasrat kami.
Sebaik sahaja sampai di rumahnya, kami disambut oleh adiknya Hamdani. Memang adik-beradiknya mengenaliku kerana aku amat mesra dengan Norafidah , begitu juga dengan ibu bapanya. Walau pun telah beberapa kali mengunjungi rumahnya aku masih lupa, seingatku Sekolah Agama Sijangkang dan Surau. Oleh kerana banyak sangat pembangunan di kampung itu, aku makin keliru. Akhirnya niatku tercapai jua setelah menelefon Fidah.
Bapanya mungkin mengalami kesedihan setelah pemergian isterinya. Setelah terlantar di hospital, dia stroke tetapi mungkin pada peringkat awal, masih lagi boleh bercakap. Badan tangan dan kaki sebelah kiri masih tidak boleh kuat dan tidak boleh berjalan . Anak-anak mengupah orang untuk mengurut ayahnya supaya semua saraf boleh berfungsi semula. Penyakit darah tinggi dan kencing manis pula timbul. Berbeza dengan isterinya, darah tinggi yang teramat tinggi ,bacaannya susah hendak turun, dia pula bacaan gula dalam darah tidak tetap, kekadang terlalu tinggi kekadang terlalu rendah. Seleranya berkehendakkan makanan yang manis dan air yang manis. Begitulah nasib ayah Fidah, kita pun tak tahu nasib kita.
Semoga beliau sembuh dan dapat menjalani kehidupan yang baik....aamiin.

Penanda aras, Surau Kiyai Husin ...pada tahun 1981-82 surau ini kecil sahaja, kini dah besar.
Kebanyak penduduk kampung ini telah mendirikan rumah batu yang cantik, pada masa dahulu kebanyakan daripada mereka membina rumah kayu termasuk rumah ibu bapa Fidah, ada kelainan sedikit dan di kelilingi rumah anak-anak . Oleh itu mudah mereka menjaganya. Bagaimana nasib kita kelak.? Semoga Allah melindungi kita ....aamiin.

Rakanku Rukiah bt Husin

Thursday, December 15, 2016
kawan Sekolah Subang Jaya 2
Pertemuan dengan bekas rakan-rakan sekolah adalah bermakna bagiku. Dengan adanya kumpulan wassap dan khidmat teknologi dapat menjalinkan hubungan persahabatan yang terputus. Kebetulan aku menghadiri majlis perkahwinan anak buahku di Kuala Lumpur, dengan kesempatan ini kujejaki rakan sejawatku di rumah emaknya.
Setelah berpindah ke Pulau Pinang, hubungan kami terputus. Aku berpindah bulan Disember 1989. Kemudian pada tahun 1991, dia menjejakiku di rumah sewaku di Paya Keladi Masjid, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bersama-sama dengan keluarganya, mungkin melancong kot. Sejak hari itu, kami terputus hubungan.
Dengan kesempatan yang ada, aku mengambil peluang meminta suamiku untuk pergi ke rumah ibunya. Dia akan mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya pada keesokan harinya. Oleh itu sebelum berangkat pulang ke Melaka, aku menjejaki rumahnya berpandukan alamat yang diberi dengan menggunakan waze.
Syukur Alhamdulillah , kami dapat bertemu dengan ahli keluarganya malahan kami dijamu makan malam sebelum berangkat pulang . Pertemuan 26 November 2016 merupakan pertemuan yang menghubungkan semula aku dengan Noreha , xSubang Jaya Dua, di mana aku pernah berkhidmat di sekolah itu selama 5 tahun daripada tahun 1985 hingga 1989. Kami geng yang menaiki bas kerana kami baru posting di sekolah itu. Geng tersebut ialah aku, Noreha, Zainab Awang, Zainab Hashim, Salmah Ibrahim, Halimah, Ustaz Abd Hamid dan seorang lagi , aku dah lupa namanya.
Semoga hubungan ini berterusan selagi kami masih sihat dan dapat berhubung. Bertemu dan berpisah itu memang ada manusia biasa, kita cuma memeliharanya sama ada melalui wassap, msj atau lain-lain medium.

Sahabatku Noreha Hashim , x Subang Jaya Dua, Petaling Jaya 1985-1989

bersama-sama dengan ibu masing-masing.

anak Noreha tua setahun daripada anak saya.

Wednesday, December 14, 2016
pertemuan yang tak diduga 2016
Selepas majlis di rumah sahabatku, Rohana dan Harun, kami meneruskan perjalanan ke rumah undangan kadnya misteri. Ada tertera nama suamiku dan orangnya tidak dikenali atau kenal tetapi tidak pasti sama ada saudara atau kawan suami. Kad itu dimasukkan ke dalam peti surat rumahku.
Suamiku beria-ia hendak pergi. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Bandar Tasik Kesuma, Beranang. Kalau ikut jarak yang disetkan 126 km. Kami bergerak lebih kurang pukul 4.30 petang dan dianggarkan sampai pukul 6.40 petang.
Sebaik sahaja sampai, baharulah suamiku tahu bahawa jemputan tersebut adalah daripada sepupunya yang bernama Osman bin Zainal, Dia mengadakan majlis perkahwinan anaknya yang bermula pada pukul 5.00 petang hingga 10 malam. Bagiku , itulah majlis perkahwinan kedua yang kuhadiri pada waktu malam .
Kami dapati ramai tetamu yang meraikan majlis perkahwinan antara Asyraf dengan Zahidah. Suamiku terlebih dahulu mengambil makanan sementara aku pula sibuk meninjau-ninjau menu yang disediakan. Ku lihat banyak kiosk makanan seperti menu nasi dengan lauknya, kambing panggang dengan roti, kentang dan saladnya, pisang goreng cheese, cendawan goreng, air batu campur, pecal atau rojak dan yang lain-lain tidak sempat kujelajahi.
Tiba-tiba namaku dipanggil. aku memandangnya, semacam kenal tetapi takut pelanduk dua serupa.
Aku pun meneka, namun tekaanku salah. Dia pun mengenalkan dirinya, Azah. Oh, Azah rakan sekolahku semasa tingkatan enam rendah dan enam atas di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. . Kami berpisah sebaik sahaja selesai Sijil Tinggi Persekolahan (STP) pada tahun 1981. Sejak itu kami tidak pernah bersua sehinggalah tanggal yang bersejarah ini. Tarikh keramat jadinya pada 10 Disember 2016, pukul 6.50 petang.
Kemudian kami berbual mesra. Suamiku melilau mencariku kerana aku masih belum mengambil makanan. Akhirnya , dia menghampiriku lalu aku memberitahunya hal yang sebenarnya.
Itulah pertemuan yang tak diduga. Sekiranya kita rasa kawan kita tegurlah, kalau salah minta maaf . Kawanku sungguh yakin dan katanya aku masih tak berubah seperti dahulu. Syukur, Alhamdulillah sesungguhnya orang Melaka dan orang Selangor berjumpa di Bandar Tasik Kesuma, kerana meraikan pengantin. Dia menghadiri majlis perkahwinan anak kawan sekerja manakala kami meraikan majlis anak sepupu sebelah arwah ayah suami.

Gambar sebagai kenangan setelah 35 tahun terpisah, Azah masih juga seperti dahulu, raut wajahnya sama seperti zaman persekolahan.

Subscribe to:
Posts (Atom)