Pertukaran yang tak diduga telah mengubah perasaanku. Entah mengapa perasaan memberontak atau tidak akur akan ketentuan ini. Aku telah ditukarkan ke SK Paya Rumput , Sekolah Kluster Kecemerlangan mulai 1 Januari 2018. Surat bertarikh 27 Disember itu menghalangku hasratku untuk bersara pencen di sekolah Kebangsaan Sungai Petai.
Hari pertama aku mendapat surat pada 2/1/2018. Aku hadir ke SKSP dan mengambil surat daripada pekerja am sekolah. pukul 11.30 pagi , aku bertolak ke SKPR untuk mendaftar atau melapor diri. Aku berjumpa dengan Puan Noor Azimah bt Amat. Beliau merupakan seorang guru besar yang pada pandangan aku seseorang yang hebat. Beliau menasihatkan aku agar merayu kepada pengarah untuk tidak bertukar, mengharap belas ihsan. Dengan bantuan beliau aku akhirnya memohon surat tangguh tugas sehingga Jumaat 5/1/2018.
Pada hari Isnin 8/1/2018 minggu kedua, bermulalah tugasku di SK. Paya Rumput , SKK. Sekolah ini besar mempunyai seramai lebih kurang 1200 murid. Gurunya pula seramai 84 orang. Aku dikelilingi dengan guru-guru yang sungguh komitmen dan dedikasi terhadap tugas. Sekolah itu sentiasa sibuk dan ada sahaja aktivitinya. Maklumlah sekolah kluster kecemerlangan sukan ragbi dan segala macam pencapaian yang cemerlang dalam bidang sukan. Pasukan ragbi perempuan menjadi johan peringkat kebangsaan semasa bertanding di UPM, menang dalam squash dan mendapar pingat emas.
Pada 6 Mac , tetiba aku mendapat panggilan telefon daripada JPM, unit naik pangkat. Aku diminta hadir ke Bilik Melati. Di sana aku bertemu dengan En Abdul Latef bin Ahmad, mantan Guru besar SKSP, rupa-rupanya beliau akan bertukar ke SK Pernu. Aku pula dilantik sebagai GPK HEM Bukit Rambai bermula dari 1 Mac 2018. Begitulah ketetapan daripada-Nya, pada asalnya aku guru biasa berkelulusan STP/ STPM kemudian melanjutkan pelajaran secara PJJ di USM dalam bidang sejarah, memohon DG 41, GC DG44 dan guru biasa time-based DG 48. Dua jawatan yang tidak mahu ku lalui ialah guru cemerlang tetapi atas desakan Pn Asiah Md Sab,mantan guru besarku,Pn Salamah Ahmad, GPK Pentadbiran dan arwah Pn Rosni, GPK HEM , Sekolah Kebangsaan Dato' Naning, aku mohon juga dan akhirnya tak berdaya, bersaing dengan guru muda di SKPR, aku bersetuju memohon pentadbir, walau pun pada asalnya berat hatiku. Justeru itu, berubahlah kehidupanku sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, mula bangun pagi 5.00 pagi, siap-siap ke sekolah, walaupun kadangkala terlambat sampai 7.15 pagi kerana kesesakan jalan raya. Aku selalu lambat kerana masak nasi untuk kucing yang ada 4 ekor, si ibu dan tiga ekor anaknya.
Showing posts with label pengalaman di sekolah. Show all posts

Monday, April 9, 2018
Friday, September 8, 2017
Keceriaan wakaf Bahasa Melayu SKSP 2017
Perancangan menceriakan pondok-pondok atau wakaf di pekarangan Sekolah Kebangsaan Sungai Petai telah dirancang sebelum cuti pertengahan penggal kedua. Pada hari Rabu, 6/9/2017 kami guru-guru Bahasa Melayu telah berpakat untuk mengecat pondok tersebut.atau wakaf .
Seramai tiga orang guru terdiri daripada aku, Pn Kartini bt Abdul Manan dan Pn Nor Hasni bt Mohd Yusof. Kami gunakan bajet suci, iaitu cat yang diambil di stor sekolah. cat merah, biru, hitam sahaja yang tinggal. Berpandukan cat tersebut bermulalah tugas kami.
Kami mula mengecat dari pukul 7.45 pagi - 10.30 pagi. Sambil memberi murid kerja berdasarkan subjek masing-masing. Aku guna bilik RBT murid tahun 3 Arif sementara murid 3 Azam dan 2 Arif duduk di sepanjang koridor sebelum memastikan tempat tersebut bersih. Jangan ada pula komplen daripada ibu bapa .
Murid-murid Tahun 3 Arif pula, aku gunakan masa seni untuk mewarna bendera bagi menghias pondok tersebut. Murid-murid yang mestilah mewarna Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang. Kerja mewarna berterusan sehingga masa Dunia Seni Visualku.
Setelah siap mengecat kami memasang tali bagi mengelakkan mrid-murid duduk di wakaf tersebut. Kerja menghias wakaf tersebut , kami serahkan kepada 3 orang ahli Bahasa Melayu.

Mula mengecat
Murid-murid mewarna benera atau Jalur Gemilang
Kelilling wakaf diikat tali supaya murid-murid tidak duduk atau berehat kerana cat belum kering.
Siap untuk dihias oleh 3 orang ahli Bahasa Melayu
Pada 11/9-14/9 /2017 ahli panitia telah merancang untuk melekatkan bahan-bahan bacaan di pondok atau wakaf. Bahan-bahan yang dilekatkan seperti simpulan bahasa dan kata seru. Diharap semua ahli panitia bekerjasama untuk menghias wakaf ini. Segala kerjasama diucapkan terima kasih.

Warna cat asal

Tuesday, April 4, 2017
Pertandingan sayembara Puisi 2017
Pertama kali dilantik menjadi guru pembimbing pertandingan sayembara puisi peringkat kawasan Alor Gajah, aku mejadi kekok pula. Memang dalam sejarah, tambahan pula mesyuarat 14/3/2017 , kemudian cuti seminggu. Bagaimana nak latih murid? . Cara paling mudah mencari murid yang sukarela nak menyertai pertandingan kerana kesuntuk masa. Mula-mula memberi murid bahan syair dan sajak.
Mereka pilih sendiri adalah 6 orang. Setelah diberi ada hari Jumaat, aku meminta mereka berlatih. Belum buat pemilihan lagi. Dalam cuti pada 24/3/2015 aku menghubungi ibu mereka, sesiapa yang boleh hadir, aku latih, tengok perkembangan mereka. Hanya tiga orang sahaja yang datang. Seorang tak hafal, dua lagi hafal sajak dan syair. Aku pilih yang terbaik sahaja.
Dengan bantuan ibu , maka ku pilih peserta ini. Walaupun syair berlagu keras dan sajak kurang penghayatan dan gaya, aku berharap akan ada perubahan atau kemajuan memandangkan curi berbaki dua hari dan ada masa lagi 3 hari.
Pada hari terebut ku bawalah perserta ini. Walaupun harapan tipis, namun aku berbangga dia berani dan hafal syair dan sajak. Tahniah kerana berani bertanding berbanding kawan-kawan yang lain. Teringata dulu semasa aku membawa peserta pidato di SKDN, pasti membawa buah tangan atau kejayaan johan atau naib johan, walaupun tewas di peringkat negeri. Tidak kisahlah janji kita mengetengahkan bakat dan potensi murid.
Anehnya, sekarang nak dapat duit claim sukar, sudahlah kita guru berkorban masa, tenaga dan minyak kereta untuk bertanding, nak dapat duit claim penyertaan murid pun susah..Harapanku agar pihak atasan janganlah berkira sangat, bukan guru dapat apa-apa pun....
Yang lecehnya, aku juga yang terpaksa membuat laporan, 6 keping gambar, brosur dan butiran mengenai pelaksanaan pertandingan tersebut.

Adik Muhammad Nur Imran bin Jasmi ..4 Arif
Tahniah kepada Imran , walaupun tidak berjaya, dia telah berusaha untuk mencuba . Pertandingan ini bukanlah calang-calang, ada peserta yang telah menyertai kali kedua, dan ada peserta yang telah berlatih dan bersedia sejak dari awal tahun. Aku akui juga aku bukanlah guru pembimbing yang berbakat, sekadar memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku.
Sunday, March 19, 2017
Sambutan Hari Jadi atau Program Guru Penyayang.
Aku hanya bergurau sahaja apabila meminta Darwisy , anak muridku membelanja kawan-kawannya makan sempena hari jadinya yang ke 10 tahun pada 16 Mac . Selorohku menjadi kenyataan apabila bapanya datang ke sekolah memohon kepadaku untuk menyambut hari lahir anaknya sehari sebelumnya.
Pada 16 Mac seperti yang dijanjikan , tepat pukul 10.30 pagi , mereka yang terdiri daripada pak su, ayah dan seorang lagi yang ku dengar namanya disebut 'Zaini' datang membawa makanan, berkat dan sebiji kek hari jadi.
Semuanya diletakkan di dalam kelas. Seorang murid memberitahuku ketika itu aku di bilik guru bahawa bapa Darwisy dah sampai dan berada di dalam kelasku. Kerana aku guru kelas 4 ARIF, maka aku korbankan masa rehatku. Sebaik aku tiba di kelasku, mereka sibuk meletakkan makanan tersebut. Mereka agak terkejut dengan sikap muridku. Macam mana cikgu handle ramainya murid begini? Agaknya pening melihat gelagat anak muridku. Mereka memang bising .
Aku mulakan dengan arahan meminta semua murid duduk di tempat masing-masing, Beberapa orang ku lantik mengagihkan makanan serta berkat. Usai mengagihkan makanan, maka aku meminta semua diam, Aku mewakiil semua murid mengucapkan selamat hari lahir, mendoakan agar Allah menjadikan dia seorang anak yang baik, cerdik , panjang umur dan murah rezeki.
Selepas ituaku meminta mereka menyanyikan lagu "Happy Birthday" dan "Allah selamatkan kamu, Arif Darwisy. Selepas nyanyian tersebut , ku minta semua murid berkumpul dan melihat Darwisy memotong kek , Usai memotong kek, ku suapkan kek tersebut ke mulutnya dan akhirnya
pak su nya suapkan sepotong kek

Kemudian aku meminta semua muridku mengucapkan terima kasih kepada ayah Arif Darwisy kerana sudi memberi menjamu mereka. Inilah kali pertamaseorang bapa dan dua orang pak ciknya menghadiri majlis hari jadinya.
Kek yag dipotong diagihkan kepada semua murid dan lebihan ku beri kepada guru-guru . Semoga majlis begini tidak mengganggu pdp dan guru pula mengorbankan masa rehatnya untuk kelangsungan acara yang boleh disambut beramai-ramai. Terima kasih dan syukur buat Arif Darwisy dan keluarganya, semoga Allah memberkati dan menambahkan rezeki kepada mereka. Kek hari jadi yang sedap, nasi atau mi goreng, sosej , air kotak dan kerepek kentang.
keceriaan kelas 4 Arif 2017 SKSP
Tahun 2017, aku menjadi guru kelas di sekolah yang baharu ku mohon egtukar. Terkejut juga 32 waktu mengajar Bahasa Melayu tahun 3 dan Tahun 4 dua kelas, Arif dan Azam.
Pelbagai perubahan demi perubahan berlaku dalam gelombang perguruan. Bagiku bukannya kerja berkurang, semkin bertambah. Apa tidaknya, guru kelas dengan 32 waktu, di tingkat atas sekali bangunan 4 tingkat.
Masa mengajar 10 waktu di kelas itu dengan kerja-kerja mengutip wang pembayaran sekolah, borang maklumat murid, jadual kedatangan, ekehadiran, epm, apdm kemas kinis dan keceriaan serta pengurusan kelas.
Sabtu , 7/1/2017 Aku mula mengemas kelas. Datang pukul 9.00 pagi sehingga pikul 1.00 petang , tak banyak yang dapat kulakukan seorang diri. Hendak minta pertolongan murid-murid sekarang payah. Takut apa-apa terjadi kepada murid-murid kerana ancaman keselamatan terutama penculikan kanak-kanak atau kemalangan kerana sekolahku di tepi jalan. Untuk mengelakkan risiko tu , aku buatlah sendiri kerja-kerja memasang langsir dan menyusun kerusi meja serta membuang renda di tepi-tepi meja yang dah berkepam.
Hanya beberapa jam , inilah yang dapat ku lakukan. Naik turun tangga yang 4 tingkat tu pun dah memenatkan dengan usiaku yang 50-an ini. Angkat barang 3 kali turun -naik., syukurlah bergerak sedikit tugasku.

kursus dalaman Panitia BM 2016
Beberapa perubahan dalam pendidikan semakin menular. Begitu juga format peperiksaan Bahasa Melayu bagi kertas 1 dan kertas 2. Kertas 1 kertas Pemahaman semakin sukar. Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A terdiri daripada 20 soalan subjektif dan bahagian B pula soalannya terdiri daripada soalan 21 hingga 25 yang mengandungi 15 pecahan kecil . Semua soalan tersebut ialah soalah subjektif.
Berpinar biji mata murid sekolah rendah hendak menggunakan pengetahuan yang mereka pelajari untuk mengaplikasikan dalam soalan. Soalan pula terdiri daripada seoalan KBAT . Kasihan, murid-murid yang benar-benar bijak dan suka subjek ini sahaja akan cemerlang dengan syarat banyak membaca , mengulang kaji pelajaran serta membuat latihan.
Kertas 2 pula, terdiri daripada 3 bahagian iaitu A,B dan C. Sungguh mencabar kertas ini yang menguji murid membina ayat, memindahkan maklumat , membuat ulasan yang tersurat dan tersirat serta menulis karangan.
Hanya yang matang dan pandai menyelesaikan masalah sahaja yang boleh merungkai semua persoalan yang diberikan. Soalan juga mengandungi KBAT ( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).
Kami yang guru-guru Bahasa Melayu pun terkena tempiasnya. Payah juga hendak mengajar Bahasa Melayu walaupun bahasa itu bahasa ibunda. Tambahan pula murid Melayu menganggap bahasa Melayu amat mudah, tak perlu membaca sedangkan banyak sangat pecahan atau topik-topik kecil seperti tata bahasa yang terdiri daripada kata nama am. kata nama Khas, penjodoh bilangan, kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, simpulan bahasa, tanda baca, struktur ayat yang betul dan sebagainya.
Dengan perubahan format Bahasa Melayu yang pertama kalinya bagi tahun 2016, maka kami terus membuat kursus dalaman untuk memberi pendedahan kepada semua guru BM di SKMT. Semasa kursus dalaman , telah diberi pendedahan kepada semua guru, entah digunakan entah tidak, terpulanglah, kerja guru yang berkursus wajib menjalankan kursus dalaman ini.
Aku telah memberi kursus dalaman tentang Kertas Pemahaman manakala Pn Asiah bt Hashim kertas Penulisan. Semoga ilmu tersebut berguna untuk anak-anak didik SKMT.
selesai sudah tugas kami....semoga SKMT terus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Monday, December 5, 2016
Mendaftar di sekolah Baharu
Setelah mengemas segala buku-buku dan barang-barang di SKMT, aku beralih pula ke sekolah baharu, Aku set jarak dari rumah melalui jalan UiTM ke Jalan Kampung Paku, di situ terpaksa membuat pusingan dan berpatah balik ke kelemak seterusnya ke Kampung Sungai Petai, melalui lampu trafik, kemudian terpaksa membuat pusingan lagi, dan akhirnya tibalah aku di sekolah tersebut. Jaraknya lebih kurang 7.2 km sahaja, ikut jalan dekat.
Setibanya aku di sekolah itu, ku parkir kereta. Pengawal keselamatan di pondok itu menegurku, cikgu baru. Ya, lalu aku ditunjukkan ke arah pejabat. Suasana di sekolah ini aman. Mana tidaknya , tak ada seorang pun murid di situ kerana cuti sekolah . Aku melapor diri pada 1 Disember 2016.
Tiada apa yang boleh ku dapati hanyalah tentang maklumat mesyuarat kali pertama pada 28 Disember 2016 dan orientasi prasekolah serta tahun 1 pada 29 Disember 2016. Hendak kutanya lebih lanjut lagi, tak kesempatan, contohnya tempat duduk guru, parkir kereta dan jadual waktu.
Agaknyah muka aku ini ada cop dan cap tahun 6, baharu aku nak berehat. Rasa-rasa dah penat, berilah kepada guru-guru muda yang penuh tenaga dan sihat. Telah diketahui agaknya latar belakang ku. Guru besar pun tak pakai tag nama, aku pula pelupa, seingatku, beliau lebih muda daripadaku 3 bulan. Tahun depan dah nak pencen pada 1.2.2017.
Tak apalah, semoga Allah beri aku kekuatan dan kesihatan untuk berkhidmat lagi seperti yang telah aku tandatatangani dalam perjanjian. Awal-awal dah diberitahu masalah murid -murid tahun ini kurang cerdas sama seperti di SKMT..mana-mana pun kalau kita fahami maklumatnya sama...murid kampung, hidup susah, ada yang tak hadir ke sekolah kerana membantu ibu bapa mencari nafkah.
Entahlah, belum ku ketahui masalah yang lain. Biarkanlah, aku mahu berehat sebentar. Hadapilah mereka pada tahun 2017. Semoga aku dapat memberikan perkhidmatan yang baik dan mendidik selagi yang terdaya.

Sunday, December 4, 2016
Hari terakhir persekolahan 2016
Aku berterima kasih sekali lagi kepada pihak sekolah kerana memberi peluang berucap dalam majlis ini pada 25 November 2016.. Hari terakhir persekolahan bagi sesi 2016 juga merupakan kali terakhir aku berjumpa dengan semua murid SKMT.
Perpindahan aku ke sekolah ini penuh misteri. Pertukaran yang ku jangkakan tidak diluluskan oleh Bahagian Sumber Manusia kerana pada awalnya permohonanku ditolak melalui telefon. Aku sebenarnya memohon pertukaran antara daerah dan antara negeri sekaligus. Aku sendiri berjumpa dengan pegawai pertukaran di PPD Kuala Selangor. Memang aku sendiri pergi berulang alik, antar borang dan sendiri tanya status pertukaranku. Syukurlah akhirnya aku berkhidmat di sekolah ini selama 3 tahun , daripada tahun 2014 hingga 2016. Dari sekolah yang jauh 121km pergi balik, Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh, Selangor ke Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, jaraknya 18 km pergi balik, kini semakin dekat 12.5 km pergi dan balik. Syukur , Alhamdulillah, dalam kepayahan terbayar juga, akhirnya setelah penat merantau, jauh iaitu dari Selangor ke Pulau Pinang, ke Melaka, ke Sabah dan ke Melaka semula, aku umpama sirih pulang ke gagang.
Dalam majlis ini semua murid dan guru serta staf berkumpul di dewan tepat pukul 11.00 pagi. Sekali lagi aku berucap di hadapan semua guru, murid dan staf. Ucapanku kali ini ku tujukan kepada murid-murid agar belajar dengan rajin dan mempunyai visi serta misi. Harapanku agar mereka berjaya kelak dalam hidup sama ada di dunia dan akhirat.
Kemudian, ucapan daripada pihak pentadbir dan wakil guru. Acara seterusnya penyampaian hadiah daripada panitia, guru dan murid-murid. Aku memohon agar segala kesalahan dan keterlanjuran kata-kata dan kekasaran tingkah lakuku terhadap semua murid sama ada memarahi mereka, merotan mereka atau mendenda mereka. Bukan niat cikgu membenci tetapi marah cikgu adalah untuk mendidik. Denda adalah sebagai pengajaran untuk berubah.
Sekian diharapkan walaupun berpisah dari sempadan sekolah tetapi diharapkan perhubungan persahabatan dan persaudaraan akan tetap wujud selagi nyawa dikandung badan selagi itu nafas perhubungan terus berdenyut .....aamiin
punch card kali terakhir pada 25/11/2016
Hadiah-hadiah daripada warga SKMT
Bergambar lagi....

3 Majlis dalam satu SKMT 2016
Jamuan Akhir Tahun, Majlis Apresiasi Guru dan Staf SKMT 2016 dan Majlis "Serumpun Kasih Sehening Budi" adalah lambang penghargaan dan penutup bagi tahun 2016 untuk semua guru, staf, pekerja dan AJK PIBG .
Majlis ini diadakan pada 24 November 2016 di Hotel Equatorial, Melaka pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Aku bersyukur kerana majlis dibuat pada waktu petang. Aku mengikut rombongan Che Liza, bersama-sama aku ialah pekerja Pn Hamidah, Pn Mahdatul Annur dan pemilik kereta Pn Siti Nolizah , pemandu yang cekap dengan juru pandu arah Pn Mahdatul Annur. Terima kasih kerana menerima kami sebagai rombongan Che Lizah.
Kami sampai di hotel dan bersembahyang di surau tingkat 6. Majlis diadakan di tingkat 3. Brosur ini akan memberi gambaran peristiwa yang berlaku semasa majlis ini..

Aku berterima kasih kepada guru besar, barisan pentadbir GPK, guru-guru, AJK PIBG , staf dan pekerja sekolah yang memberi peluang kepada aku untuk berucap dan memasang telinga mendengar kali terakhir dalam majlis ini. Terima kasih kerana memberi penghargaan yang tidak terhingga kepada aku. Majlis potong kek perpisahan dan hadiah daripada pihak sekolah serta badan kebajikan.
Hadiah daripada pihak pengurusan - terima kasih hadiah wang tunai, kain sutera untuk dibuat baju dan sijil penghargaan.
Hadiah daripada kelab staf
Sekali lagi diakhiri dengan serangkap pantun lama yang tidak akanlekang dek panas dan lapuk dek hujan
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silapdan salah
Jangan disimpan di dalam hati
Hendak menanam pokok kailan.
Jangan ditanam di tepi paya,
Sekiranya berjumpa di perjalanan,
Bertegur sapalah dengan saya.
Semoga SKMT Cemerlang, Gemilang dan Terbilang...aamiin.
Subscribe to:
Posts (Atom)