Akhir tahun 2015 aku disahkan sebagai pesakit diabetis. Sepanjang hampir 4 tahun, aku mengidap diabetis. Aku telah diberi ceramah atau penerangan tentang pemakanan atau diet bagi penyakit ini. Aku juga disarankan agar mengambil suntikan insulin. Apabila check up je, gula naik atau setinggi 10.3 sahaja, doktor akan menyarankan aku mengambil suntikan insulin.
Pada tahun lepas , anakku telah menghubungi HAG dan datang ke hospital memohon agar aku diberi pilihan ubat yang lain. Selama mengambil ubat glazide dan metformin, aku sering batuk . Dapatlah aku diberi ubat diabetis yang lain. dan dapat rawatan daripada doktor pakar.
Perjumpaan dengan doktor pakar pada 9/1/2019, gula naik lagi. Doktor masih menyarankan agar aku mengambil insulin. Aku diberitahu bahawa ubat yang diambil adalah dos paling maksimum. Doktor itu tidak tahu ubat apakah yang berkesan bagiku. Entahlah, aku dah puas beri jawapan. Sarananku adalah aku tidak akan mengambil sebarang makanan bergula- mengandungi gula putih, berpuasa Isnin dan Khamis atau pun berhenti kerja. yang tak dapat kulupakan ialah doktor tersebut bertanyakan pak cik, Beliau mungkin mahu menggunakan suamiku agar bersetuju aku ambil suntikan insulin. Beliau tak tahu selalunya aku sendirian memandu ke hospital.
Sejak hari itu, aku dah mula meninggalkan makanan yang bergula atau pun minuman yang mengandungi gula putih. . Aku membeli phytax , mesin baru penyukat darah , blender epal hijau dengan peria katak, kacang panjang dengan tomato atau minum jus orange.Alhamdulillah sejak amalkan bolehlah bacaan gula itu turun sehingga 5.6, 6.6. 7.5 dan 8.7 kadar gula di dalam darah. Tetapi aku harus makan malam sekitar pukul 6- 7 petang, tidak boleh lewat daripada itu, kalau tidak gula akan naik sehingga 10 ml mol. Isnin 4/3/2019 ini akan ambil darah dan 13/3 akan berjumpa dengan doktor. Doaku agar selama ini amalan pemakanan dapat ku patuhi. Doakan semoga aku berjaya melepasi dugaan ini...berkata .tidak kepada suntikan insulin, semoga Allah beri aku kekuatan dalam mengatasi masalah ini....aamiin.,,bersambung perkembangannya...
SUSU NOVA ACTIV MAX SEBOTOL HARGANYA RM102.00
PYHTAX 2 BOTOL RM260 dan percuma sebotol 300ml, gambar sekadar hiasan.
AUTOCODE -BLOOD GLUCOSE MONITORING SYSTEM - RM100 menggantikan one touch yang ku beli dahulu kerana bacaannya tidak sama dengan mesin menyukat gula dalam darah.
STRIP 2 UNIT 50 PIECES RM 79.00
BUKU LOG PERCUMA
Pemakanan hendaklah dijaga, sarapan pagi dengan satu scoop susu diabetik dengan 4 camca quacker oat. Tengah hari makan nasi sedikit dengan sayur , ikan dan sebelah telur asin. Malam pula makan pada pukul 6 atau 7 petang. Kalau makan 8.00 malam alamat gula sukar hendak turun.
Ubat pula dibekalkan dengan gliclazide 60 mg 2 biji sekali waktu pagi, Metformin hydrochloride extended 500 mg 2 biji pada waktu makan tengah hari dan sebiji pada waktu makan malam bersama-sama atorvastatin 40 mg dan saxagliptin 5 mg. Untuk mengurangkan gula dan lemak serta mengurangkan kolesterol , makanan disekat atau tidak diambil seperti kuih muih dan air manis.
Tanda-tanda gula terlalu tinggi dalam darah, tangan kebas-kebas kekadang bisa, pandanganku blur dan mengantuk semasa memandu balik dari sekolah.
......ayat lintang pukang sebab teks ini terus ditaip tanpa membuat teks terlebih dahulu,,,,
Showing posts with label pengalaman pesakit diabetis. Show all posts
Showing posts with label pengalaman pesakit diabetis. Show all posts
Friday, March 1, 2019
Wednesday, November 2, 2016
Appointment 2/11/2016...pesakit Diabetis
Setelah hampir 2 tahun dikesan sebagai pesakit diabetis, akhirnya aku akui bukanlah mudah untuk mengawal gula dalam darah. Walaupun telah dibekalkan ubat Gliclazide, dua biji sebelum makan (1/2 jam sebelum makan) , Dibose (semasa makan sebiji) dan Glumet metformin dua biji selepas makan, namun bacaan gula dalam darah masih belum dapat diturunkan.
Berbagai cara ku lakukan, minum jus kacang hijau + tomato atau epal hijau + peria katak, setahun yang lalu berkesan juga. Kali ini ditambah dengan teh rama-rama dan Ghzout 2 kali sebelum makan, tidak juga berjaya menurunkan gula kepada 7 atau 8. Kekadang, kalau aku puasa dua hari berturut-turut baharulah dapat menurunkan bacaan gula kepada 7 atau 8.
Dengan mencatat apa yang dimakan dan mengambil bacaan di pagi hari, dapatlah ku kesan bahawa mesin one touch yang berwarna hijau ini sudah lain bacaan. Aku sedari apabila di rumah diuji kemudian di hospital diuji pula dengan mesin di hospital Alor Gajah. Jauh beza bacaannya, kalau di rumah bacaan 7.6 tetapi di hospital bacaannya 10.8. Oleh itu, aku menyatakan rasa tidak puas hati, lalu aku membawa mesin itu ke Farmasi Saiza, di mana mesin itu kubeli tahun lepas. Nasib aku baik, pekerja di situ melayanku dengan baik, diberikan aku mesin yang baharu.
Berbalik kisah aku tadi, aku sepatutnya lebih berhati-hati dan menjaga dengan betul pemakananku dan juga jadual makan ubat. Mungkin aku tidak patuh kepada masa. Mungkin itu kesilapanku.
Entahlah semoga Allah memberikan aku kesempatan untuk hidup lebih lama kerana aku belum bersedia menghadapi-Nya. Semoga umur ku panjang dan sempat ku bertaubat kerana aku takut mimpi-mimpi yang ku alami menjadi kenyataan . Aku ingin menyempurnakan rukun Islam, semoga Allah memberikan aku kesempatan itu....tangungjawab yang belum kulunasi....agar tercapai cita-citaku...aamiin.

Subscribe to:
Posts (Atom)