Tuesday, May 2, 2017

Bertimpa-timpa ..insiden 2017

Dalam bulan April ini bertimpa-timpa insiden yang berlaku dalam kelaurgaku.  Mula-mula kakakku jatuh terpecok kakinya sehingga menyebabkan dia terpaksa duduk di hospital selama 10 hari dan kini masih dalam rawatan.  Dia terpaksa tinggal di rumah anaknya di Taman Mutiara Naga, Alor Setar, Kedah.
       Selang sehari, abangku pula dilanggar kumpulan budak-budak motor.  Dahlah langgar orang, ditinggalkan mangsa termasuk kawan-kawan mereka sendiri. Anehnya, bukan mereka membantu, malah mengambil kesempatan mencuri beg abangku.  Mereka ingat beg duit kot, rupa-rupanya beg berisi ubat.
  Syukurlah abangku hanya pengsan sekejap, selain parut penuh di muka dan tangan.  Dia terpaksa berada  di wad selama sehari sahaja.  Bahunya patah dan pinggangnya sakit.  Semoga Allah memberikannya kekuatan dan ketabhan dalam menghadapi dugaan hidup.
   Selang seminggu pula , ibu saudaraku terlantar di hospital kerana tekanan darah rendah dan jantung bengkar serta nafas laju dengan erti kata mencungap-mencungap . Beliau terpaksa terlantar di hospital selama 8 hari.
   Dalam pada itu, cucuku pula ditahan di Hospital Pantai kerana disyaki paru-paru dijangkiti kuman. Kami tak sempat menziarahinya kerana ketika itu kami ke Alor Setar menziarahi kakak dibedah di kaki untuk memasukkan besi kerana tulang atau buku lalinya retak teruk.  Sehingga kini masih memerlukan rehat yang cukup, bertongkat dan berkerusi roda.  Semoga kakakku , abang, ibu saudara serta Azfar, cucuku sihat.
  Kaki pula terasa kejang sebelah kiri kerana mungkin menggunakan tenaga yang banyak atau melangkah longkang kerana memilih jalan dekat short cut serta naik-turun tangga menghias kelas.
Syukurlah , makan ubat saraf dan angin , kini dah pulih .

                                      masuk wad sehari di Hospital Besar, Melaka
                               Kakak terlantar di hospital selama 10 hari sebelum dan selepas operation.
                                      Abang terlantar di Hospital Selayang selama sehari selepas insiden itu.
                           Sementara menunggu dibedah dan dimasukkan besi untuk menguatkan buku lalinya,
                                                      ditolak masuk ke dewan bedah
  Kali kedua ditahan di wad Hospital Pantai, tangan dibalut kerana suka membuka balutan.

Sekali lagi, abangku telah dilanggar lari oleh pemandu berbangsa Cina memandu kereta BMW, selepas melanggaarnya dia pun berlalu pergi.  Insiden ini berlaku pada pukul 1.30 petang sebelum Hari Raya Aidil Adha, petang 9 Zulhijah, 31 Ogos 2017.  Beliau bernasib baik kerana hanya berparut luka di tangan dan kaki. Semoga Allah memberikan perlindungan kepadanya.....aamiin. Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kalau hendak masuk simpang, berilah signal. Sekiranya telah melanggar orang berikanlah bantuan, jangan tinggal buta sahaja. Tak apalah tunggulah nanti hasil report polis. Terima kasih kepada orang yang membawa abangku mencari pemandu kereta yang berkenaan.

X SMMA, Batu Berendam , Melaka

Aku bukanlah seorang yang amat peka dengan kawan-kawan. Sepanjang persekolahan , niatku hanya untuk belajar dan kenal sedikit, demi sedikit kawan-kawan yang rapat. Sibuk dengan pembelajaran dan  terlibat sedikit dengan kakak angkat dan adik angkat. Sehingga kini, aku tidak dapat menghubungi kakak angkatku yang bernama Hasnah bt Meon, itu sahaja yang kuingat. Hubungan terjalin semasa aku dalam tingkatan 4 di Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Batu Berendam , Melaka.
   Aku ingin berkongsi pengalaman,  Kawanku ini ku kenal sekejap sahaja semasa di SMMA sebelum dia meninggalkan bangku persekolahan semasa tingkatan 6 Rendah pada tahun 1980. Aku pula meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana mengikuti abang dan kakakku yang bekerja di Kuala Lumpur. Dengan jarak sekolah dengan rumah agak jauh, aku senang  mendapat tempat di asrama.
  Kemudian, kami berjumpa semula pada 1985 semasa kami mula posting di Sekolah Kebangsaan  Sri Subang ( Subang Jaya 2), di Petaling  Jaya.  Hubungan kami terputus selepas dia berkahwin dan  aku berpindah mengikut suami di Pulau Pinang  selama 12 tahun.  Kemudian hubungan kami terjalin semula pada tahun 2002 semasa aku balik ke kampung dan menginap di rumahku di Lendu . Hubungan kami on- off kerana aku sering berpindah randah bermula pada tahun 2010 - 2016.  Hubungan yang terjalin hanyalah melalui wassap dan perjumpaan Mesyuarat Tahunan Koperasi Guru- Guru Melayu Malaysia .
      Tahun 2017 , kami berjumpa lagi tetapi ini mungkin kali terakhir kerana dia akan bersara sementara aku masih lagi berharap agar dapat menghabiskan usiaku hingga ke akhir perkhidmatan perguruan seperti yang termeteri dalam perjanjian  sehingga tahun 2022.  Bakinya perkhidmatanku bersisa 5 tahun lagi.
Semoga Allah memberikan aku kesihatan dan peluang untuk meneruskan perkhidmatan ini.



Kenangan kami di SK Sri Subang Jaya 2- Zainab Hashim, Mariam , Zainab Awang, Noreha Hashim, Halimah Yakob dan Salmah....ada yang dah lupa nama mereka.....ada yang dah bersara, ada yang masih lagi berkhidmat. Semoga persahabatan kami berkekalan....aamiin.

Tuesday, April 4, 2017

Pertandingan sayembara Puisi 2017

Pertama kali dilantik menjadi guru pembimbing pertandingan sayembara puisi peringkat kawasan Alor Gajah, aku mejadi kekok pula. Memang dalam sejarah, tambahan pula mesyuarat 14/3/2017 , kemudian cuti seminggu.  Bagaimana nak latih murid? . Cara paling mudah mencari murid yang sukarela nak menyertai pertandingan kerana kesuntuk masa. Mula-mula memberi murid bahan syair dan sajak.
   Mereka pilih sendiri adalah 6 orang. Setelah diberi ada hari Jumaat, aku meminta mereka berlatih. Belum buat pemilihan lagi.  Dalam cuti pada 24/3/2015 aku menghubungi ibu mereka, sesiapa yang boleh hadir, aku latih, tengok perkembangan mereka.  Hanya tiga orang sahaja yang datang. Seorang tak hafal, dua lagi hafal sajak dan syair.  Aku pilih yang terbaik sahaja.
   Dengan bantuan ibu , maka ku pilih peserta ini. Walaupun syair berlagu keras dan sajak kurang penghayatan dan gaya, aku berharap akan ada perubahan atau kemajuan memandangkan curi berbaki dua hari dan ada masa lagi 3 hari.
   Pada hari terebut ku bawalah perserta ini. Walaupun harapan tipis, namun aku berbangga dia berani dan hafal syair dan sajak.  Tahniah kerana berani bertanding berbanding kawan-kawan yang lain.  Teringata dulu semasa aku membawa peserta pidato di SKDN, pasti membawa buah tangan atau kejayaan johan atau naib johan, walaupun tewas di peringkat negeri.  Tidak kisahlah janji kita mengetengahkan bakat dan potensi murid.
   Anehnya, sekarang nak dapat duit claim sukar, sudahlah kita guru berkorban masa, tenaga dan minyak kereta untuk bertanding, nak dapat duit claim penyertaan murid pun susah..Harapanku agar pihak atasan  janganlah berkira sangat, bukan guru dapat apa-apa pun....
   Yang lecehnya, aku juga yang terpaksa membuat laporan, 6 keping gambar, brosur dan butiran mengenai pelaksanaan pertandingan tersebut.
 


Adik Muhammad Nur Imran bin Jasmi ..4 Arif 
Tahniah kepada Imran , walaupun tidak berjaya, dia telah berusaha untuk mencuba . Pertandingan ini bukanlah calang-calang, ada peserta yang telah menyertai kali kedua, dan ada peserta yang telah berlatih dan bersedia sejak dari awal tahun. Aku akui juga aku bukanlah guru pembimbing yang berbakat, sekadar memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku. 

Sunday, March 19, 2017

Sambutan Hari Jadi atau Program Guru Penyayang.

Aku hanya bergurau sahaja apabila meminta Darwisy , anak muridku membelanja kawan-kawannya makan sempena hari jadinya yang ke 10 tahun pada 16 Mac . Selorohku menjadi kenyataan apabila bapanya datang ke sekolah memohon kepadaku untuk menyambut hari lahir anaknya sehari sebelumnya.
    Pada 16 Mac seperti yang dijanjikan , tepat pukul 10.30 pagi , mereka yang terdiri daripada pak su, ayah dan seorang lagi yang ku dengar namanya disebut 'Zaini' datang membawa makanan, berkat dan sebiji kek hari jadi.
  Semuanya diletakkan di dalam kelas. Seorang murid memberitahuku ketika itu aku di bilik guru bahawa bapa Darwisy dah sampai dan berada di dalam kelasku. Kerana aku guru kelas 4 ARIF, maka aku korbankan masa rehatku. Sebaik aku tiba di kelasku, mereka sibuk meletakkan makanan tersebut. Mereka agak terkejut dengan sikap muridku.  Macam mana cikgu handle ramainya murid begini? Agaknya pening melihat gelagat anak muridku. Mereka memang bising .
   Aku mulakan dengan arahan meminta semua murid duduk di tempat masing-masing, Beberapa orang ku lantik mengagihkan makanan serta berkat. Usai mengagihkan makanan, maka aku meminta semua diam, Aku mewakiil semua murid mengucapkan selamat hari lahir, mendoakan agar Allah menjadikan dia seorang anak yang baik, cerdik , panjang umur dan murah rezeki.
   Selepas ituaku meminta  mereka menyanyikan lagu "Happy Birthday" dan "Allah selamatkan kamu, Arif Darwisy.  Selepas nyanyian tersebut , ku minta semua murid berkumpul dan melihat Darwisy memotong kek , Usai memotong kek, ku suapkan kek tersebut ke mulutnya dan akhirnya
pak su nya suapkan sepotong kek








Kemudian aku  meminta semua muridku mengucapkan terima kasih kepada ayah Arif Darwisy kerana sudi memberi menjamu  mereka. Inilah kali pertamaseorang  bapa dan dua orang pak ciknya menghadiri majlis hari jadinya.  
Kek yag dipotong diagihkan kepada semua murid dan lebihan ku beri kepada guru-guru . Semoga majlis begini tidak mengganggu pdp dan guru pula mengorbankan masa rehatnya untuk kelangsungan acara yang boleh disambut beramai-ramai.  Terima kasih dan syukur buat Arif Darwisy dan keluarganya, semoga Allah memberkati dan menambahkan rezeki kepada mereka.   Kek hari jadi yang sedap, nasi atau mi goreng, sosej , air kotak dan kerepek kentang.





keceriaan kelas 4 Arif 2017 SKSP

Tahun 2017, aku menjadi guru kelas di sekolah yang baharu ku mohon egtukar.  Terkejut juga 32 waktu mengajar Bahasa Melayu tahun 3 dan  Tahun 4 dua kelas, Arif dan Azam.
   Pelbagai perubahan demi perubahan berlaku dalam gelombang perguruan.  Bagiku bukannya kerja berkurang, semkin bertambah. Apa tidaknya, guru kelas dengan 32 waktu, di tingkat atas sekali bangunan 4 tingkat.
  Masa mengajar 10 waktu di kelas itu dengan kerja-kerja mengutip wang pembayaran sekolah, borang maklumat murid, jadual kedatangan, ekehadiran, epm, apdm kemas kinis dan keceriaan serta pengurusan kelas.
  Sabtu , 7/1/2017 Aku mula mengemas kelas. Datang pukul 9.00 pagi sehingga pikul 1.00 petang , tak banyak yang dapat kulakukan seorang diri. Hendak minta pertolongan murid-murid sekarang payah.  Takut apa-apa terjadi kepada murid-murid kerana ancaman keselamatan terutama penculikan kanak-kanak atau kemalangan kerana sekolahku di tepi jalan.  Untuk mengelakkan risiko tu , aku buatlah sendiri kerja-kerja memasang langsir dan menyusun kerusi meja serta membuang renda di tepi-tepi meja yang dah berkepam.
   Hanya beberapa jam , inilah yang dapat ku lakukan.  Naik turun tangga yang 4 tingkat tu pun dah memenatkan dengan usiaku yang 50-an ini. Angkat barang 3 kali turun -naik., syukurlah bergerak sedikit tugasku.

kursus dalaman Panitia BM 2016

Beberapa perubahan dalam pendidikan semakin menular. Begitu juga format peperiksaan Bahasa Melayu bagi kertas 1 dan kertas 2.  Kertas 1 kertas Pemahaman semakin sukar. Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A terdiri daripada 20 soalan subjektif dan bahagian B pula soalannya terdiri daripada soalan 21 hingga 25 yang mengandungi 15 pecahan kecil . Semua soalan tersebut ialah soalah subjektif.
  Berpinar biji mata murid sekolah rendah hendak menggunakan pengetahuan yang mereka pelajari untuk mengaplikasikan dalam soalan.  Soalan pula terdiri daripada seoalan KBAT . Kasihan, murid-murid yang benar-benar bijak dan suka subjek ini sahaja akan cemerlang dengan syarat banyak membaca , mengulang kaji pelajaran serta membuat latihan.
    Kertas 2 pula,  terdiri daripada 3 bahagian iaitu A,B dan C.  Sungguh mencabar kertas ini yang menguji murid membina ayat, memindahkan maklumat ,  membuat ulasan yang tersurat dan tersirat serta menulis karangan.
Hanya yang matang dan pandai menyelesaikan masalah sahaja yang boleh merungkai semua persoalan yang diberikan.  Soalan juga mengandungi KBAT ( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).
   Kami yang guru-guru Bahasa Melayu pun terkena tempiasnya.  Payah juga hendak mengajar Bahasa Melayu walaupun bahasa itu bahasa ibunda.  Tambahan pula murid Melayu menganggap bahasa Melayu amat mudah, tak perlu membaca sedangkan banyak sangat pecahan atau topik-topik kecil seperti tata bahasa yang terdiri daripada kata nama am. kata nama Khas, penjodoh bilangan, kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, simpulan bahasa, tanda baca, struktur ayat yang betul dan sebagainya.
   Dengan perubahan format Bahasa Melayu yang pertama kalinya bagi tahun 2016, maka kami terus membuat kursus dalaman untuk memberi pendedahan kepada semua guru BM di SKMT.  Semasa kursus dalaman , telah diberi pendedahan kepada semua guru, entah digunakan entah tidak, terpulanglah, kerja guru yang berkursus wajib menjalankan kursus dalaman ini.
   Aku telah memberi kursus dalaman tentang Kertas  Pemahaman manakala Pn Asiah bt Hashim kertas Penulisan. Semoga ilmu tersebut berguna untuk anak-anak didik SKMT.



   selesai sudah tugas kami....semoga SKMT terus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Persaraan Guru Besar, SKSP 2017

Di sekolah ini ramai guru yang hendak pencen atau bersara.  Aku pula telah bernekad dan berazam inilah sekolah terakhirku yang berbaki 5 tahun lagi. Untuk itu , segala pahit maung dalam pendidikan perlu kutangani. Sekali ku berazam akan ku lunaskan impian tersebut.  Semoga aku diberi kesihatan yang baik.
   Kami mula bermesyuarat sejak dari mesyuarat pertama pada 27/12/2016. Kemudian beberapa kali perjumpaan. Aku dan kumpulanku bertugas menyediakan door gift.  Oleh kerana kami bertiga, dah diagihkan supaya membeli barang tersebut iaitu surah Yasin, beg, air mineral dan kek cawan coklat cheese.





    Kumpulan door gift , aku, Cikgu Rosney dan Cikgu Rosnah dibantu 2 orang murid yang sukarela menawarkan perkhidmatan


                              Semua kerja ini dilakukan di Bilik Pemulihan SKSP.

   Majlis persaraan guru besar diraikan dalam dua majlis iaitu di sekolah  di sebe;ah pagi dan di dewan Jeperun Rembia Sungai Petai pada sebelah petang.

  Sambutan di sekolah bermula dari pukul 10.30 hingga pukul 12.30 tengah hari. Majlis tersebut di buat di dewan sekolah, di mana dewan tersebut adalah kelas atau bilik darjah tahun 4 AZ, 5 AZ dan 6 AR. Majlis dibuat sunggauh meriah di mana ucapan terakhir guru besar dan diserikan dengan tarian lagu Datuk Siti Norhaliza.
    Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah atau cenderamata buat guru besar Pn Nuraisyah Siow bt Abdullah. Majlis diakhiri send off..bersalam-salaman di mana ssemua murid akan beratur dari kantin hingga ke pintu pagar sekolah. Syukurlah majlis berjalan dengan lancar, tiada penghalang seperti hujan atau panas terik.


                                      Gambar bersama-sama gur SKSP  di dewan                    
             Bergambar di Dewan Jeperun Sungai Petai.



Pada waktu petang pula, semua berkumpul di Dewan Jeperun Sungai Petai.  Semua guru berkumpul dan murid mengadakan tarian tersebut.  Persembahan maltimedia amat menarik hatiku. Guru Besar memeluk Islam pada 1989 dengan latar belakang profilnya dari  kecil hingga ke akhir perkhidmatannya di SKSP.  Jemputannya tidak ramai, dalam anggaran 200 orang termasuk guru SKSP dan pekerja.
    Mungkin majlis beliau bertembung dan majlis persaraan Tn Hj Mohd Sapian , pengetua Sekolah Menengah Bestari Dato' Dol Said.. Maka ramailah berkumpul di majlis tersebut. Kehadiran tetamu termasuk guru adalah 75 orang dan murid tarian seramai 12 0rang.  Majlis berlangsung dengan baik kerana pada petang itu tidak hujan, dan cuacanya tidak panas sangat.  Majlis bermula dari pukul 2.30 hingga 5.30 petang. Semua ajk membantu mengemas dewan. Selamat Bersara Pn Nuraisyah Siow binti Abdullah ...semoga diberi kesihatan yang baik dan dirahmati Allah sepanjang masa selagi nafas berdenyut...aamiin.