Monday, December 26, 2016

Resort Tanjong Piai

Kami bertolak dari rumah pukul 11.00 pagi.  Dalam perjalanan, teringat nak tukar tudung. Singgah di kedai tudung Alor Gajah, aku berhenti dan membelek-belek tudung.  tudung ditukar kerana ada corak pokok dan burung. Puas ku belek, akhirnya warna kuning cair tidak ku temui, ambil sahaja yang lain, nak tunggu bulan 2 baharu ada stok.
  Kemudian, aku keluar dari kedai, anakku disapa oleh seorang mak cik.  Rupa-rupanya dia hendak meminta tolong keluarkan duit dari Bank Agro di sebelah kedai pakaian itu.  Aku turut mengikuti mereka, manalah tahu mak cik ni, nak menipu, cuak di hatiku.  Syukur Alhamdulilllah . memang benar-benar dia hendak mengeluarkan duitnya. Anakku membantu mak cik itu mengeluarkan wangnya.
  Selepas itu, kami meneruskan perjalanan menuju ke Tanjong Piai,  Kami tiba di  Tanjong Piai Resort pada pukul 230 petang.  Jauh juga jarak antara  tempat letak kereta dengan rumah keluarga yang anakku tempah. Cantik sungguh pemandangan di resort ini.  Ada rumah banglo ,  single dan family . Disediakan juga kemudahan untuk memanggang, bbq dan ruangan untuk  aktiviti keluarga.  Ada bangku dan meja tempat duduk untuk bersantai dan memancing.  Kebanyakan kaki pancing memancing di sini.
   Ada dewan, surau dan bilik air serta ruang berehat di laluan dan hadapan kaunter masuk. Disediakan juga kedai untuk membeli barang makanan, di samping menyediakan makanan yang dipesan kepada pelancong atau tetamu.
   Kami dapat menikmati kejadian air pasang pagi pada pukul 2.30 pagi hingga pukul 4.30 pagi. Inilah kali pertama kami meneyewa resort di atas laut.  Pada waktu malam sejuk dan dingin ditambah dengan penghawa dingin.

                                               perahu nelayan menangkap ikan

                                                          seberang sana Singapura
                                                            bilik dua tingkat
                                                                       Air laut  pasang pagi
bilik famili yang kami sewa

Rancangan bercuti di Tanjong Piai 2016

 Kami merancang nak bercuti. Rancangan demi rancangan bermula. Anak sulungku dan suamiku mencari tempat yang menarik di negara kita.  Mula-mula  rancang  nak ke utara, Pulau Pinang atau ke Perak .  Aku pula memberi cadangan , kami beralih ke selatan pula, iaitu Tanjong Piai, yang mana hasrat kami terhalang apabila berjaya menjejaki pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai pada November , 2016 terlanjur menghadiri majlis perkahwinan Ain, anak saudara sebelah suamiku,
Pada ketika itu, kami hanya bertiga, aku, suamiku dan anak bongsuku.
   Akhirnya kami berjaya merancang tetapi ke mana pula ibuku hendak kami letakkan.  Hendak dibawa , umurnya tidak sesuai untuk berjalan kaki, Sekiranya dibawa dan diletakkan di hotel atau resort ok juga, tetapi kami terpaksa berpatah balik.
   Si anak dah tempah Tanjong Piai Resort sebagai tempat penginapan.  Aku pula meminta anak kedua agar menjengah ibuku di rumah pada hari Sabtu agar memastikan beliau makan dan minum, maklumlah tinggal sendirian.  Anakku pula mencadangkan agar ibuku bermalam di rumahnya. Keadaan ini memudahkan dia menjaga Azfar, anak kecilnya bersama-sama ibuku.
   Aku berfikir, alangkah mudahnya jika kakakku balik dan menginap di rumahku, kebetulan ada urusan yang hendak diselesaikan dengan sewa tanah dan tambak tanah serta mencari kontraktor.
Alhamdulillah, akhirnya kakak dan suaminya menginap di rumahku sambil menjaga ibu.
   Dalam menyelesaikan masalah , kita perlulah bijak menanganinya...semoga percutian kami berhasil ...aamiin

Monday, December 19, 2016

jejak x SMST dan XSMMA 2016

Setelah merantau di beberapa buah negeri dan sekolah akhirnya, aku umpama sirih pulang ke gagang. Ku bina rumah sendiri di atas tanah arwah ayahku ,kebetulan di tepi jalan.
   Dengan susah payah, akhirnya tercapai juga hasratku untuk mendirikan rumah di sini. Aku mulakan tahun 2014 sebagai tahun asas aku balik Melaka kali kedua setelah merantau  di Sabah dan Selangor selama 4 tahun .  Tahun 2016, merupakan tahun yang mengembalikan ingatanku terhadap rakan-rakan sekolah Menengah Seri Tanjung dan Sekolah Menengah Munshi Abdullah di sekitar tahun 1977-1980.  sejak masing-masing membawa haluan , kami tak pernah berjumpa tambahan pula aku bukanlah tinggal di Melaka.  Aku anak kelahiran Paya Rumput, Sungai Udang . Aku merantau dari Melaka, Kuala Lumpur, Klang, Kuala Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, dan Sabah.  Begitulah aturan hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
   Kini, masing-masing dah berumur.  Untuk mengenali kembali zaman persekolahan adalah agak kelam bagiku. Tak pernah bersua muka selepas zaman persekolahan , tetiba dan berumur 53 tahun baharu berjumpa, itu pun melalui wassap dan pertemuan sebentar semasa majlis perkahwinan anak masing-masing atau reunion yang diadakan di Hotel.  Aku pula masih bekerja dan pertemuan pada waktu malam bagiku memang rasa keberatan.
   Pertemuan di rumah Razali , mengimbau kembali zaman persekolahan di Sekolah Menengah Munshi Abdullah , Batu Berendam.  Namun, aku masih kurang mengenali mereka.  Walaupun kami hanya 2 kelas iaitu kelas Sains A dan Sains B, namun ingatan aku masih kelabu.  Memang aku tidak ingat nama-nama mereka, kalau berjumpa di luar pun , aku rasa aku tidak ingat.  Cuma aku berharap agar hubungan persahabatan ini berkekalan.  Majlis perkahwinan anak Rahmad pula mengingatkan aku rakan sekelasku. Kepada kawan-kawanku janganlah kamu kecam aku sekiranya aku masih gagal mengenalimu kerana kalau digabungkan kedua-dua rakan sekolah tersebut, aku masih belum dapat mengecam dengan betul.
   Aku bersyukur kerana dapat juga mengenal sedikit demi sedikit kawan-kawan sekolah walaupun dah berumur . Semoga Allah memanjangkan usia kami untuk mengenali dengan lebih rapat atas nama persahabatan dan saudara seIslam...aamiin.

kronoloji sekolah rendah
1. Sekolah Kebangsaan Tangga Batu darjah, Melaka             1-3
2. Sekolah St Teresa Convent Brickfield , Kuala Lumpur      4-6
3. Sekolah Methodist Girls School, Melaka                                6

Sekolah Menengah
1. Sekolah Menengah Tanjung Kling , Melaka                                    1-3
2. Sekolah Menengah Munshi Abdullah , Melaka                               4-6 rendah
3. Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang                        6 Atas


   Pertemuan dengan rakan-rakan x Munshi Abdullah di majlis perkahwinan Razali (Bara) 2016
Aku senyum sahaja apabila salah seorang rakan mencari dan menyebut-nyebut namaku, dari riak mukanya aku masih mengenali beliau, yang lain-lainnya aku masih belum dapat mengenali mereka kerana sejak berpindah ke Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah , Klang Selangor, aku tak pernah jumpa mereka.


pertemuan di rumah Rahmad sempena majlis perkahwinan anak. lelakinya, begitulah pertemuan setiap kali ada majlis , kami bertemu.  Dahulu pertemuan dengan kawan-kawan melalui media inilah, kami berkumpul dan bertemu walaupun sekejap...syukurlah ada juga berjumpa dengan kawan-kawan sekolah menengah Sri Tanjung dan Munshi Abdullah.

Saturday, December 17, 2016

dua dalam satu 17 Disember 2016- majlis dan ziarah

Aku mengambil kesempatan memenuhi undangan majlis perkahwinan anak sahabat XSMST 1975-1977, Latifah Husin dan suaminya Abdul Samad  di Pangsapuri Taman Sri Rantau, Shah Alam.  Kami bertolak dari rumah pukul 12.00 tengah hari.
  Perjalanan ke rumahnya agak lambat, mungkin suamiku mengikut jarak jauh untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Kami menjejaki rumahnya berpandukan peta dan gambar yang diberikan melalui wassap kerana kami hanya bertemu sekali sahaja, akhirnya kami berjaya menjejaki rumahnya.
   Dia mungin tidak berapa kenal,  Melihatkan pertemuan yang tidak ku kenalkan diriku, suamiku bertanya kepadaku, macam tak kenal aja. Selepas makan barulah aku memperkenalkan diriku.  Memang aku tak berapa kenal, cuma ada kelapangan masa memenuhi jemputan sambil dapat mengeratkan semula hubungan yang terputus.
   Kemudian , aku meneruskan perjalanan 19 km menuju ke Batu 8, Kampung Sijangkang untuk menziarahi wak Basirin , gelaran kepada ayah Norafidah, kawanku  xSTAR.  Walaupun dia tidak ada di rumah, menghadiri majlis perkahwinan anak abang iparnya di Bukit Jelutong, Shah Alam, kami meneruskan hasrat kami.
   Sebaik sahaja sampai di rumahnya, kami disambut oleh adiknya Hamdani.  Memang adik-beradiknya mengenaliku kerana aku amat mesra dengan Norafidah , begitu juga dengan ibu bapanya. Walau pun telah beberapa kali mengunjungi rumahnya aku masih lupa, seingatku Sekolah Agama Sijangkang dan Surau. Oleh kerana banyak sangat pembangunan di kampung itu, aku makin keliru. Akhirnya niatku tercapai jua setelah menelefon Fidah.
  Bapanya mungkin mengalami kesedihan setelah pemergian isterinya. Setelah terlantar di hospital, dia stroke tetapi mungkin pada peringkat awal, masih lagi boleh bercakap.  Badan tangan dan kaki sebelah kiri masih tidak boleh kuat dan tidak boleh berjalan .  Anak-anak mengupah orang untuk mengurut ayahnya supaya semua saraf boleh berfungsi semula.   Penyakit darah tinggi dan kencing manis pula timbul.  Berbeza dengan isterinya, darah tinggi yang teramat tinggi ,bacaannya  susah hendak turun, dia pula bacaan gula dalam darah tidak tetap, kekadang terlalu tinggi kekadang terlalu rendah.  Seleranya berkehendakkan makanan yang manis dan air yang manis. Begitulah nasib ayah Fidah, kita pun tak tahu nasib kita.
    Semoga beliau sembuh dan dapat menjalani kehidupan yang baik....aamiin.


Foto Kalsom Md Jan.
Rakanku Rukiah bt Husin 



Foto Kalsom Md Jan.

Penanda aras, Surau Kiyai Husin ...pada tahun 1981-82 surau ini kecil sahaja, kini dah besar.
Kebanyak penduduk kampung ini telah mendirikan rumah batu yang cantik, pada masa dahulu kebanyakan daripada mereka membina rumah kayu termasuk rumah ibu bapa Fidah, ada kelainan sedikit dan di kelilingi rumah anak-anak . Oleh itu mudah mereka menjaganya. Bagaimana nasib kita kelak.? Semoga Allah melindungi kita ....aamiin.

Thursday, December 15, 2016

kawan Sekolah Subang Jaya 2

Pertemuan dengan bekas  rakan-rakan sekolah adalah bermakna bagiku.  Dengan adanya kumpulan wassap dan khidmat teknologi dapat menjalinkan hubungan persahabatan yang terputus. Kebetulan aku menghadiri majlis perkahwinan anak buahku di Kuala Lumpur, dengan kesempatan ini kujejaki rakan sejawatku di rumah emaknya.
   Setelah berpindah ke Pulau Pinang, hubungan kami terputus.  Aku berpindah bulan Disember 1989.  Kemudian pada tahun 1991, dia menjejakiku di rumah sewaku di Paya Keladi Masjid, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bersama-sama dengan  keluarganya, mungkin melancong kot. Sejak hari itu,  kami terputus hubungan.
    Dengan kesempatan yang ada, aku mengambil peluang  meminta suamiku untuk pergi ke rumah ibunya.  Dia akan mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya pada keesokan harinya.  Oleh itu sebelum berangkat pulang ke Melaka, aku menjejaki rumahnya berpandukan alamat yang diberi dengan menggunakan waze.
  Syukur Alhamdulillah , kami dapat bertemu dengan ahli keluarganya malahan kami dijamu makan malam sebelum berangkat pulang . Pertemuan 26 November 2016 merupakan pertemuan yang menghubungkan semula aku dengan Noreha ,  xSubang Jaya Dua, di mana aku pernah berkhidmat di sekolah itu selama 5 tahun daripada  tahun 1985 hingga 1989. Kami  geng yang menaiki bas kerana kami baru posting di sekolah itu. Geng tersebut ialah aku, Noreha, Zainab Awang, Zainab Hashim, Salmah Ibrahim, Halimah, Ustaz Abd Hamid  dan seorang  lagi , aku dah lupa namanya.
    Semoga hubungan ini berterusan selagi kami masih sihat dan dapat berhubung.  Bertemu dan berpisah itu memang ada manusia biasa, kita cuma memeliharanya sama ada melalui wassap, msj atau lain-lain medium.


Foto Kalsom Md Jan.

Sahabatku Noreha Hashim , x Subang Jaya Dua, Petaling Jaya 1985-1989


 Foto Kalsom Md Jan.
bersama-sama dengan ibu masing-masing.
Foto Kalsom Md Jan.

anak Noreha tua setahun daripada anak saya.



Wednesday, December 14, 2016

pertemuan yang tak diduga 2016

Selepas majlis di rumah  sahabatku, Rohana dan Harun, kami meneruskan perjalanan ke rumah undangan  kadnya misteri.  Ada tertera  nama suamiku dan orangnya tidak dikenali atau kenal tetapi tidak pasti sama ada saudara atau kawan suami. Kad itu dimasukkan ke dalam peti surat rumahku.

  Suamiku beria-ia hendak pergi.  Kami meneruskan perjalanan menuju ke Bandar Tasik Kesuma, Beranang.  Kalau ikut jarak yang disetkan 126 km. Kami  bergerak lebih kurang pukul 4.30 petang dan dianggarkan sampai pukul 6.40 petang.

   Sebaik sahaja sampai, baharulah suamiku tahu bahawa jemputan tersebut adalah daripada sepupunya yang bernama Osman bin Zainal,  Dia mengadakan majlis perkahwinan anaknya  yang bermula pada pukul 5.00 petang hingga 10 malam.  Bagiku , itulah majlis perkahwinan  kedua yang kuhadiri   pada waktu malam .

  Kami dapati ramai tetamu yang meraikan majlis perkahwinan antara Asyraf dengan Zahidah.  Suamiku terlebih dahulu mengambil makanan sementara aku pula sibuk meninjau-ninjau menu yang disediakan. Ku lihat banyak kiosk makanan seperti menu nasi dengan lauknya, kambing panggang dengan roti, kentang dan saladnya,  pisang goreng  cheese,  cendawan goreng, air batu campur, pecal atau rojak dan yang lain-lain tidak sempat kujelajahi.

    Tiba-tiba namaku dipanggil. aku memandangnya, semacam kenal tetapi takut pelanduk dua serupa.
Aku pun meneka, namun tekaanku salah.  Dia pun mengenalkan dirinya, Azah. Oh, Azah rakan sekolahku semasa tingkatan enam rendah dan enam atas di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.   .  Kami berpisah sebaik sahaja selesai Sijil Tinggi Persekolahan (STP) pada tahun 1981.  Sejak itu kami tidak pernah bersua sehinggalah tanggal yang bersejarah ini. Tarikh keramat jadinya pada  10 Disember 2016, pukul 6.50 petang.

   Kemudian kami berbual mesra.  Suamiku melilau mencariku kerana aku masih belum mengambil makanan.  Akhirnya , dia menghampiriku lalu  aku memberitahunya hal yang sebenarnya.
  Itulah pertemuan yang tak diduga.  Sekiranya kita rasa kawan kita tegurlah, kalau salah minta maaf .  Kawanku sungguh yakin dan katanya aku masih tak berubah seperti dahulu. Syukur, Alhamdulillah sesungguhnya orang Melaka dan orang Selangor berjumpa di Bandar Tasik Kesuma, kerana meraikan pengantin.  Dia menghadiri majlis perkahwinan anak kawan sekerja manakala kami meraikan majlis anak sepupu sebelah arwah ayah suami.

Foto Kalsom Md Jan.
  Gambar sebagai kenangan setelah 35 tahun terpisah, Azah masih juga seperti dahulu, raut wajahnya sama seperti  zaman persekolahan.

Monday, December 12, 2016

Mulut mesti peramah

Dari satu majlis perkahwinan ke satu majlis perkahwinan ku hadiri bersama-sama dengan suamiku pada 10 Disember 2016. Pagi itu, aku sibuk mengemas stor di rumahku.  Banyak juga baang-barang di dalamnya maklumlah, barang-baang dari rumah di Sabah dan dari Sabak Bernam. Semuanya ku susun di dalam stor yang kecil itu.
  Pepagi lagi dah kemas hingga pukul 1,00 petang. Pukul 2.00 aku dah siap. Suamiku agak lambat sedikit.  Kemudian kami menuju ke majlis abang penyelia PPD Alor Gajah di Padang Keladi, Durian Tunggal. Berpusing-pusing kemudian aku ke rumah Rohana.  Telah ku beritahu alamat sebenar, tetapi suamiku set wazenya jalan 10, taman Nirwana sedangkan aku berituahu jalan 5. Dia tak kisah.
   Setelah tiba di sebuah majlis dengan yakinnya suamiku berjabat salam dengan tuan rumah.  Aku pula embuka wassap, dalam wassap aku minta kawan-kawan post gambar rohana.  Memandangkan ibu bapa penantin berbaju ungu muda, aku pun bertanya kepada tuan rumah.  Malangnya, kami tersalah majlis.  maka ditunjukkan rumah rohana dan Haron, di belakang lorong rumahnya. Aku pun satu tak sempat minta maaf tetapi suamiku dengan segera meminta maaf.  Nasib aku tanya dahulu.
   Kemudian kami ke rumah rohana, aku berjumpa dengan rohani kembarnya, norlela dan tak diduga Rosmarina rakan seasramaku sama roomate.  Aku tidak ingat tapi aku berpisaha semasa tingkatan 5 selepas SPM. kemudian kami bergambar.  Itulah kenangan yang tidak dapat ku lupakan tersalah majlis dan terjumpa kawan  tanpa diduga.
 






gambar inilah sebagai tanda kenangan yang terpahat di hati.