Pada 16 Mac seperti yang dijanjikan , tepat pukul 10.30 pagi , mereka yang terdiri daripada pak su, ayah dan seorang lagi yang ku dengar namanya disebut 'Zaini' datang membawa makanan, berkat dan sebiji kek hari jadi.
Semuanya diletakkan di dalam kelas. Seorang murid memberitahuku ketika itu aku di bilik guru bahawa bapa Darwisy dah sampai dan berada di dalam kelasku. Kerana aku guru kelas 4 ARIF, maka aku korbankan masa rehatku. Sebaik aku tiba di kelasku, mereka sibuk meletakkan makanan tersebut. Mereka agak terkejut dengan sikap muridku. Macam mana cikgu handle ramainya murid begini? Agaknya pening melihat gelagat anak muridku. Mereka memang bising .
Aku mulakan dengan arahan meminta semua murid duduk di tempat masing-masing, Beberapa orang ku lantik mengagihkan makanan serta berkat. Usai mengagihkan makanan, maka aku meminta semua diam, Aku mewakiil semua murid mengucapkan selamat hari lahir, mendoakan agar Allah menjadikan dia seorang anak yang baik, cerdik , panjang umur dan murah rezeki.
Selepas ituaku meminta mereka menyanyikan lagu "Happy Birthday" dan "Allah selamatkan kamu, Arif Darwisy. Selepas nyanyian tersebut , ku minta semua murid berkumpul dan melihat Darwisy memotong kek , Usai memotong kek, ku suapkan kek tersebut ke mulutnya dan akhirnya
pak su nya suapkan sepotong kek

Kemudian aku meminta semua muridku mengucapkan terima kasih kepada ayah Arif Darwisy kerana sudi memberi menjamu mereka. Inilah kali pertamaseorang bapa dan dua orang pak ciknya menghadiri majlis hari jadinya.
Kek yag dipotong diagihkan kepada semua murid dan lebihan ku beri kepada guru-guru . Semoga majlis begini tidak mengganggu pdp dan guru pula mengorbankan masa rehatnya untuk kelangsungan acara yang boleh disambut beramai-ramai. Terima kasih dan syukur buat Arif Darwisy dan keluarganya, semoga Allah memberkati dan menambahkan rezeki kepada mereka. Kek hari jadi yang sedap, nasi atau mi goreng, sosej , air kotak dan kerepek kentang.