Kami mula bermesyuarat sejak dari mesyuarat pertama pada 27/12/2016. Kemudian beberapa kali perjumpaan. Aku dan kumpulanku bertugas menyediakan door gift. Oleh kerana kami bertiga, dah diagihkan supaya membeli barang tersebut iaitu surah Yasin, beg, air mineral dan kek cawan coklat cheese.
Kumpulan door gift , aku, Cikgu Rosney dan Cikgu Rosnah dibantu 2 orang murid yang sukarela menawarkan perkhidmatan
Semua kerja ini dilakukan di Bilik Pemulihan SKSP.
Majlis persaraan guru besar diraikan dalam dua majlis iaitu di sekolah di sebe;ah pagi dan di dewan Jeperun Rembia Sungai Petai pada sebelah petang.
Sambutan di sekolah bermula dari pukul 10.30 hingga pukul 12.30 tengah hari. Majlis tersebut di buat di dewan sekolah, di mana dewan tersebut adalah kelas atau bilik darjah tahun 4 AZ, 5 AZ dan 6 AR. Majlis dibuat sunggauh meriah di mana ucapan terakhir guru besar dan diserikan dengan tarian lagu Datuk Siti Norhaliza.
Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah atau cenderamata buat guru besar Pn Nuraisyah Siow bt Abdullah. Majlis diakhiri send off..bersalam-salaman di mana ssemua murid akan beratur dari kantin hingga ke pintu pagar sekolah. Syukurlah majlis berjalan dengan lancar, tiada penghalang seperti hujan atau panas terik.
Gambar bersama-sama gur SKSP di dewan
Bergambar di Dewan Jeperun Sungai Petai.
Pada waktu petang pula, semua berkumpul di Dewan Jeperun Sungai Petai. Semua guru berkumpul dan murid mengadakan tarian tersebut. Persembahan maltimedia amat menarik hatiku. Guru Besar memeluk Islam pada 1989 dengan latar belakang profilnya dari kecil hingga ke akhir perkhidmatannya di SKSP. Jemputannya tidak ramai, dalam anggaran 200 orang termasuk guru SKSP dan pekerja.
Mungkin majlis beliau bertembung dan majlis persaraan Tn Hj Mohd Sapian , pengetua Sekolah Menengah Bestari Dato' Dol Said.. Maka ramailah berkumpul di majlis tersebut. Kehadiran tetamu termasuk guru adalah 75 orang dan murid tarian seramai 12 0rang. Majlis berlangsung dengan baik kerana pada petang itu tidak hujan, dan cuacanya tidak panas sangat. Majlis bermula dari pukul 2.30 hingga 5.30 petang. Semua ajk membantu mengemas dewan. Selamat Bersara Pn Nuraisyah Siow binti Abdullah ...semoga diberi kesihatan yang baik dan dirahmati Allah sepanjang masa selagi nafas berdenyut...aamiin.
No comments:
Post a Comment