Sunday, March 19, 2017

kursus dalaman Panitia BM 2016

Beberapa perubahan dalam pendidikan semakin menular. Begitu juga format peperiksaan Bahasa Melayu bagi kertas 1 dan kertas 2.  Kertas 1 kertas Pemahaman semakin sukar. Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A terdiri daripada 20 soalan subjektif dan bahagian B pula soalannya terdiri daripada soalan 21 hingga 25 yang mengandungi 15 pecahan kecil . Semua soalan tersebut ialah soalah subjektif.
  Berpinar biji mata murid sekolah rendah hendak menggunakan pengetahuan yang mereka pelajari untuk mengaplikasikan dalam soalan.  Soalan pula terdiri daripada seoalan KBAT . Kasihan, murid-murid yang benar-benar bijak dan suka subjek ini sahaja akan cemerlang dengan syarat banyak membaca , mengulang kaji pelajaran serta membuat latihan.
    Kertas 2 pula,  terdiri daripada 3 bahagian iaitu A,B dan C.  Sungguh mencabar kertas ini yang menguji murid membina ayat, memindahkan maklumat ,  membuat ulasan yang tersurat dan tersirat serta menulis karangan.
Hanya yang matang dan pandai menyelesaikan masalah sahaja yang boleh merungkai semua persoalan yang diberikan.  Soalan juga mengandungi KBAT ( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).
   Kami yang guru-guru Bahasa Melayu pun terkena tempiasnya.  Payah juga hendak mengajar Bahasa Melayu walaupun bahasa itu bahasa ibunda.  Tambahan pula murid Melayu menganggap bahasa Melayu amat mudah, tak perlu membaca sedangkan banyak sangat pecahan atau topik-topik kecil seperti tata bahasa yang terdiri daripada kata nama am. kata nama Khas, penjodoh bilangan, kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, simpulan bahasa, tanda baca, struktur ayat yang betul dan sebagainya.
   Dengan perubahan format Bahasa Melayu yang pertama kalinya bagi tahun 2016, maka kami terus membuat kursus dalaman untuk memberi pendedahan kepada semua guru BM di SKMT.  Semasa kursus dalaman , telah diberi pendedahan kepada semua guru, entah digunakan entah tidak, terpulanglah, kerja guru yang berkursus wajib menjalankan kursus dalaman ini.
   Aku telah memberi kursus dalaman tentang Kertas  Pemahaman manakala Pn Asiah bt Hashim kertas Penulisan. Semoga ilmu tersebut berguna untuk anak-anak didik SKMT.



   selesai sudah tugas kami....semoga SKMT terus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment