Tuesday, July 16, 2019

Chia Seed

Dulu makan quaker oat pepagi dengan susu diabetik "NOVA". Kini beralih kepada chia seed pula. b anyak ku memborong 5 paket. Kebetulan suamipun makan chia seed. Berat badan dah turun 2 kg sejak bulan puasa tahun ini 2019.
  Tinggal5 kilo je nak turunkan berat badan supaya menjadi berat badan yang ideal. Dulu perabis duit p spa hampir RM10000 untuk ratan sebanyak 24 kali. Adalah berat badan turun hingga 52 kilo. Kemudian aku berpindah ke Sabah, akhirnya 4 kali rawatan hangus macam tu sahaja. Aku tak ada masa nak p spa, asyik berulang alik dari Felda Sahabat ke Lendu , rumahku.
   Kini berat badan naik semula dari dari 52 tahun 2010 , 57-58 kg tahun 2018. Inilah faedahnya sakit diabetis, p hospital periksa tekanan darah, gula dan air kencing.
   Sejak tak makan quaker oat serapan pagi, aku dah mula mengatur masa makan yang baru. Minum susu campur chia seed sebelum p sekolah. Aku tak tahu sama ada berkesan atau tidak. Dulu beralih minum air rebusan buah mahkota dewa. Kini minum kopi o tanpa gula, aku dah macam terasa pedih perut pula kalau selalu blend epal atau oren, sebagai tambahan buah-buahan .
  Dengan makan chia seed aku terasa bertenaga sedikit. Semoga usahaku berbaloi untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah....aamiin


2 comments:

  1. aku dah cuba makan chia seed sesudu bersama-sama dengan susu , namun aku mengalami bisa-bisa pada tangan kiri dan kanan. Adalah dua minggu kot mengalami simpton ini, akhirnya aku berralah. Ku tinggalkan , dan makan quacker oat untuk sarapan pagi. Syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Hi Pn Kalsom. I harap title tu betul. Terjumpa blog you. I am Kelvin Tong, dari Sekolah Sri Subang Jaya 1986-1991. I Google beberapa cikgu cikgu masa I dekat sana.
    Darjah 1 hingga 6- Kelas Mawar.
    Darjah 1- Pn Rokiah
    Darjah 2- Terlupa
    Darjah 3- Pn Faridah
    Darjah 4- Cik Noraidah
    Darjah 5- Encik Sai
    Darjah 6- Encik Jamlus (yang kemudiannya kahwin dengan cik Noraidah)

    English teacher- Pn Caroline, Pn Ruth.
    Ada satu guru disiplin yang dahsyat- Encik Bala (kalau tak lupa nama tu). Sebelum tu, guru disiplin saya En. Ariffin, darjah 1 ke 3.

    Saya ingin berhubung dengan mereka setelah sekian lama. Adakah kamu mempunyai apa-apa berita tentang mereka?

    Ya, saya sama kelas dengan Hannah Yeoh, ex-Menteri tu.

    Kalau ada maklumat, diminta Pn Kalsom share dengan saya boleh? Contact saya 013 3850319. Emel kelcent@gmail.com

    ReplyDelete