Tuesday, July 2, 2019

kakiku terseliuh lagi 2019

Aku masih ingat lagi kakiku terkulai, tak boleh berjalan dengan betul, pijak pun tak boleh. Insiden itu berlaku di Tesco lama senasa hendak membeli belah . Persiapan untuk anak sulung masuk asrama tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penih Intergrasi Selandardan sibuk hendak menghantar anak kedua ke Sekolah Sharifah Rodziah. Aku tidak ingat mungkin tahun 2005.
     Menggelitai kaki, tak boleh pijak ke bumi. Jalan pun terencot-encot. Cepat-cepat aku mendapatkan tukang urut iaitu emak busuku. Kakiku masih belum baik sehingga 4 tukang urut termasuk kakakku . Mula-mula hendak naik tangga, angkat kaki pun sakit. Rasa nak marah dengan GPK Koku ku, kerana tidak memahami aku yang kesakitan. Selepas beberapa kali berurut, sakit pula hujung kaki ketika hendak menuruni anak tangga, semasa itu aku mengajar di SK Dato' Naning, naik tangga turun tangga, Allah sahaja yang mengetahui-Nya. akhirnya , aku berjumpa tukang urut yang keempat di Simpang Ampat, sekali sahaja dia pegang kakiku dan urut sedikit dah berbunyi keletup, dia pun kata dah masuk, Aku tak tahu apa maksudnya, yang penting kakiku dah elok. Dah tak sakit.
 
Tahun ini pula, ketika sibuk nak tengok durian. Kononnya dah gugur, durian tak gugur , kakiku yang terseliuh. Sebaik sahaja kejadian, aku terus meminta kakakku mengurutnya. Suamiku hanya menyarankan aku bubuh ubat angin sahaja. Setelah diurut semakin sakit dan aku tidak boleh memijak atau tidak boleh berjalan. Terpaksa aku gunakan kerusi  untuk berjalan , sembahyang pun di atas kerusi.


    Selepas itu , ku mohon bantuan kawan-kawan di dalam fb, mujur Cikgu Kamariah, guru SK Sungai Sireh mencadangkan aku merendam kaki di dalam air berais. ku buat beberapa kali berkesan juga. Oklah, dah boleh berjalan namun ada sakitnya. Kemudian , aku kakiku bengkak susah hendak susut. Berjalan pun sakit ketika memijak. Agak lama jugalah daripada  25/5 sehingga  10/6 , aku terpaksa mengidap bengkak kaki dan kaki masih terasa sakit ketika berjalan.

    Kemudian, aku ke klinik Noor Shilla minta ubat dan ku tunjukkan kaki yang bengkak. Baru pertama kali aku jumpa doktor yang menunjukkan gambar kali dan otot kaki. Beliau menyatakan tisu yang koyak sahaja dan aku diberi ubat tahan sakit . Kenalah RM30.00.


Aku akhirnya terpaksa merujuk ke hospital Alor Gajah. Aku diminta pergi ke hospital lama, Hospital Baharu dan Hospital Lama semula. Rawatan berjumpa doktor di HAG Lama,  diminta x-ray di Hospital Baru Alor Gajah  dan rawatan serta ubat di Hospital Lama . Akhirnya aku diberi ubat tahan sakit dan kain anduh . Kain anduh buat sokongan atau balut tetapi pinnya selalu cicir, maka aku beli di farmasi sarung kaki untuk sokongan.

  Di sekolah pula , aku diberi penerangan tentang koyok, oleh seorang peniaga Cina yang menjual baja dan koyok, maka aku beli koyok dan tampal di bahagian kaki tersebut. Akhirnya baik juga...alhamdulillah.

beli setokin ini berharga  RM 37.70  dan koyok RM 12.00 ada 5 keping.


koyok berubat daripada bahan semula jadi.

Ini semua durian punya fasallah...............alhamdulillah sakit-sakit pun pergi jengok dan kutip buah kuini, durian dan cempedak....

Alhamdulillah pokok durian nan sebatang dapat merasai buahnya dan pokok kuini yang sebatang tu juga berbuah lebat. . Sayangnya pokok durian kampung yang diberi oleh Cikgu Salamah Ahmad, xGPK 1 SK Dato' Naning  , tahun lepas dapat makan buahnya, tahun ini tupai yang kenyang, buahnya kecil dan banyak dimakan tupai hanya 10 biji sahaja daripada 40 biji semuanya rezeki tupai.

No comments:

Post a Comment