Sunday, December 4, 2016

Majlis "Serumpun Kasih Sehening Budi"

3 Majlis dalam satu bermakna buatku.  Majlis Jamuan Akhir Tahun, Majlis Apreasiasi Guru dan Staf SKMT 2016 dan Majlis "Serumpun Kasih Sehening Budi" begitu bermakna bagiku.  Majlis Jamuan Akhir Tahun menandakan jamuan akhir tahun bagi semua guru, ajk PIBG dan staf serta pekerja sekolah
  Majlis Serumpun kasih Sehening Budi dikhaskan buatku sempena majlis pertukaranku .  Selama tiga tahun bukanlah masa yang panjang, hanya tiga tahun sahaja aku berkhidmat di sekolah ini iaitu pada 2014-2016.  Aku amat berterima kasih kepada guru besar, barisan GPK, ajak PIBG sekolah, staf dan pekerja sekolah yang memberikan kerjasama semasa aku berkhidmat di sekolah ini.
  Aku sebenarnya tidak pandai berucap dan teks ucapan di dalam majlis tersebut boleh dikatakan spontan.  Aku benar-benar tidak bersedia.  sebelum bergerak ke Hotel Equatorial, aku wassap sahaja kepada suamiku, minta rangka ucapan.  Syukur setibanya di hotel, wassapku berjawab.  Berdasarkan rangka tersebutlah aku memberikan ucapan.
  Di dalam majlis tersebut , aku diberi penghargaan kerana mengajar tahun 6, dan sedikit sebanyak kejayaan yang diraih dari tahun 2014-2016. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana menerima aku yang banyak kekurangan .
  Majlis diadakah dengan memotong kek perpisahan , dihiburkan dengan nyanyian Cikgu Azwan Nazreensyah, En Zainuddin, Pengerusi PIBG dan  Si Fifi.  Dalam majlis ini dianugerahkan kepada guru-guru yang berkhidmat dengan cemerlang dengan beberapa anugerah seperti yang tercatat dalam brosur.
   Akhir sekali aku selitkan pantun orang lama .
       Pucuk pauh delima batu,
          Anak sembilang di tapak tangan,
      Saya pergi tidaklah beribu batu,
          Hilang di mata di hati jangan.



                                          Ucapan kali terakhir untuk guru yang berpindah      
                  Kek khas untuk pertukaran sekolah yang disediakan oleh badan kebajikan staf 2016























Saturday, December 3, 2016

Persembahan sketsa Si Tanggang 2016

Pada 22/11/2016 semua murid tahun 6 Aquamarine telah mengambil bahagian dalam persembahan sketsa. Mereka yang berlakon ialah Furqan sebagai Tanggang, Addina sebagai puteri, Maisarah sebagai emak manakala Farah Maisarah, Fathihah, Nur Diyanah Zulaika berpadu suara  mendendangkan syair Si Tanggang serta Adli Fahmi bermain tamborin  dan Azim pula memalu rebana.
    Setelah lakonan dan dendangan syair Si Tanggang yang berimakan Dandan Setia, semua murid menyanyikan lagu "Oh, Ibu".  Terima kasih atas kerjasama yang diberikan, Semua watak yang kamu lakonkan, lakonan kamu sungguh baik dan guru besar beri gred A, mana tidaknya berlatih berhari-hari, banyak pula pengarahnya, kalau dengan cikgu banyak kali ditegur, ada yang tarik muka, ada yang tidak hadir, kadang-kadang si penyair, kadang-kadang si pemain rebana, kadang-kadang si pemain tamborin  dan lain-lain watak.  Apa-apa pun cikgu harap sekiranya kita membuat sesuatu dengan baik dengan penuh ikhlas, pastinya berhasil.  Tahniah semua...Nah, cikgu hadiahkan gambar-gambar sebagai tatapan kamu dan kenangan kamu semasa di SKMT.
  Semoga kamu menjadi anak-anak yang berjaya...aamiin.  Cikgu doakan kamu semua berjaya di dunia dan akhirat.

       Lakonan Si Tanggang  
 Lakonan Si Tanggang - Ahmad Furqan sebagai Tanggang dan Maisarah sebagai ibu.

 Penyair Si Tanggang irama Dandan Setia _Farah Maisarah, Nur Fatihah dan Diyanah Zulaika
  Barisan belakang Adli Fahmi bermain tamborin dan Azzim  memalu rebana








                     



                                           Si ibu dihalau oleh  Si Tanggang

                                                          Si ibu memohon doa
                                                    Doa si ibu dimakbulkan
                                                           Si Tanggang disumpah menjadi batu
                               Nyanyian lagu ' Oh Ibu' oleh semua murid tahun 6 Aquamarine




dendangan syair ini bukanlah  persembahan yang sebenar pada hari anugerah cemerlang yang diiringi paluan  rebana dan ketukan tamborin,  Syair ini didendangkan semula oleh Farah Maisarah dan Nur Fatihah tanpa iringan alatan muzik tersebut...terima kasih Pn Asiah bt Hasihim, Pn Mahdatul Annur dan semua guru yang terlibat secara langsung dan tak langsung.
        Lakonan cerita Si Tanggang tidak direkodkan atau divideokan, gambar sebagai media episod penceritaan

Thursday, December 1, 2016

Pertemuan ketiga XSMST 62

Pertemuan ketiga XSMST 62 telah dibuat di rumah saudara Rosli Wahab dan isterinya Imah.  Aku pun tak tahu nama penuhnya. Aku redah sahaja berdasarkan alamat yang diberi melalui wassap.
    Pada 27/11/2016, pukul 2.30 petang kami bertolak dari rumah.  Sampai di rumah mereka lebih kurang pukul 3.15 petang melalui pertanyaan kepada salah seorang yang hendak ke majlis yang sama.  Kebetulan mereka juga rakan XSMST 62.
   Seperti biasa, aku masih lagi kurang mengingati nama-nama mereka.  Bukannya tak mahu mengingat, aku ni pelupa orangnya. Aku tak tahu majlis ini untuk apa? Katanya majlis kesyukuran.  Dah sampai ke rumahnya baru kutahu, majlis sambutan hari ulang tahun perkahwinan mereka ke berapa pun aku tak ingat, kedengaran macam ke-26 tahun je. Di majlis itu,  ku temui ramai kawan satu sekolah dulu, dari Sekolah Rendah Tangga Batu, Sekolah Sri Tanjung (Tanjung Kling) , Sekolah Munshi Abdullah, yang puluhan tahun kami tak bertemu. Perjumpaan pula setelah masing-masing sudah berumur dan bergelar  nenek dan datuk.
   Tak apalah  pada kesempatan ini,   aku mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada kedua-dua sahabatku Rosli dan Imah , semoga berkekalan hingga ke Jannah.  Semoga hubungan persahabatan kekal abadi, mana-mana majlis yang akan diadakan oleh mereka , akan kuhadiri jika ada kesempatan, Kalau dulu ,melintas sahaja di kawasan sekolah itu hingga ke bandar ke Melaka, pastinya aku teringat kenangan di sekolah, cuma aku lupa kawan-kawan kerana matlamat ku sekolah hanya belajar dan banyak waktu ku habiskan untuk buat kerja sambilan untuk mendapat kan wang .  Balik dari sekolah, campak beg, kemudian ke sawah mencari rezeki seperti mengubah anak padi, mencabut benih padi, mencari kayu api, memasak dan mengemas rumah. Aku tidak aktif di sekolah kerana masalah hidup yang kualami, aku anak yatim sepanjang hidup, ibuku, ibu tunggal semenjak berumur 27 tahun hingga masa kini.
   Syukurlah aku dapat mengubah masa depan aku dan kini aku seorang guru yang telah memberikan perkhidmatan selama 32 tahun. di 4 buah negeri.
    Kepada kawan-kawan semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati.

  

Sempat bergambar bersama-sama dengan mereka.
diberi peluang pula memotong kek ....terima kasih sahabatku.
siap mini pelamin, kami bergambar juga.






Syukur alhamdulillah, hadirku sebentar kerana ada urusan ke Tesco dan Mydin....semoga berjumpa lagi dan akan bertambah memoriku untuk mengenali mereka.