Sunday, March 19, 2017

Sambutan Hari Jadi atau Program Guru Penyayang.

Aku hanya bergurau sahaja apabila meminta Darwisy , anak muridku membelanja kawan-kawannya makan sempena hari jadinya yang ke 10 tahun pada 16 Mac . Selorohku menjadi kenyataan apabila bapanya datang ke sekolah memohon kepadaku untuk menyambut hari lahir anaknya sehari sebelumnya.
    Pada 16 Mac seperti yang dijanjikan , tepat pukul 10.30 pagi , mereka yang terdiri daripada pak su, ayah dan seorang lagi yang ku dengar namanya disebut 'Zaini' datang membawa makanan, berkat dan sebiji kek hari jadi.
  Semuanya diletakkan di dalam kelas. Seorang murid memberitahuku ketika itu aku di bilik guru bahawa bapa Darwisy dah sampai dan berada di dalam kelasku. Kerana aku guru kelas 4 ARIF, maka aku korbankan masa rehatku. Sebaik aku tiba di kelasku, mereka sibuk meletakkan makanan tersebut. Mereka agak terkejut dengan sikap muridku.  Macam mana cikgu handle ramainya murid begini? Agaknya pening melihat gelagat anak muridku. Mereka memang bising .
   Aku mulakan dengan arahan meminta semua murid duduk di tempat masing-masing, Beberapa orang ku lantik mengagihkan makanan serta berkat. Usai mengagihkan makanan, maka aku meminta semua diam, Aku mewakiil semua murid mengucapkan selamat hari lahir, mendoakan agar Allah menjadikan dia seorang anak yang baik, cerdik , panjang umur dan murah rezeki.
   Selepas ituaku meminta  mereka menyanyikan lagu "Happy Birthday" dan "Allah selamatkan kamu, Arif Darwisy.  Selepas nyanyian tersebut , ku minta semua murid berkumpul dan melihat Darwisy memotong kek , Usai memotong kek, ku suapkan kek tersebut ke mulutnya dan akhirnya
pak su nya suapkan sepotong kek








Kemudian aku  meminta semua muridku mengucapkan terima kasih kepada ayah Arif Darwisy kerana sudi memberi menjamu  mereka. Inilah kali pertamaseorang  bapa dan dua orang pak ciknya menghadiri majlis hari jadinya.  
Kek yag dipotong diagihkan kepada semua murid dan lebihan ku beri kepada guru-guru . Semoga majlis begini tidak mengganggu pdp dan guru pula mengorbankan masa rehatnya untuk kelangsungan acara yang boleh disambut beramai-ramai.  Terima kasih dan syukur buat Arif Darwisy dan keluarganya, semoga Allah memberkati dan menambahkan rezeki kepada mereka.   Kek hari jadi yang sedap, nasi atau mi goreng, sosej , air kotak dan kerepek kentang.





keceriaan kelas 4 Arif 2017 SKSP

Tahun 2017, aku menjadi guru kelas di sekolah yang baharu ku mohon egtukar.  Terkejut juga 32 waktu mengajar Bahasa Melayu tahun 3 dan  Tahun 4 dua kelas, Arif dan Azam.
   Pelbagai perubahan demi perubahan berlaku dalam gelombang perguruan.  Bagiku bukannya kerja berkurang, semkin bertambah. Apa tidaknya, guru kelas dengan 32 waktu, di tingkat atas sekali bangunan 4 tingkat.
  Masa mengajar 10 waktu di kelas itu dengan kerja-kerja mengutip wang pembayaran sekolah, borang maklumat murid, jadual kedatangan, ekehadiran, epm, apdm kemas kinis dan keceriaan serta pengurusan kelas.
  Sabtu , 7/1/2017 Aku mula mengemas kelas. Datang pukul 9.00 pagi sehingga pikul 1.00 petang , tak banyak yang dapat kulakukan seorang diri. Hendak minta pertolongan murid-murid sekarang payah.  Takut apa-apa terjadi kepada murid-murid kerana ancaman keselamatan terutama penculikan kanak-kanak atau kemalangan kerana sekolahku di tepi jalan.  Untuk mengelakkan risiko tu , aku buatlah sendiri kerja-kerja memasang langsir dan menyusun kerusi meja serta membuang renda di tepi-tepi meja yang dah berkepam.
   Hanya beberapa jam , inilah yang dapat ku lakukan.  Naik turun tangga yang 4 tingkat tu pun dah memenatkan dengan usiaku yang 50-an ini. Angkat barang 3 kali turun -naik., syukurlah bergerak sedikit tugasku.

kursus dalaman Panitia BM 2016

Beberapa perubahan dalam pendidikan semakin menular. Begitu juga format peperiksaan Bahasa Melayu bagi kertas 1 dan kertas 2.  Kertas 1 kertas Pemahaman semakin sukar. Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A terdiri daripada 20 soalan subjektif dan bahagian B pula soalannya terdiri daripada soalan 21 hingga 25 yang mengandungi 15 pecahan kecil . Semua soalan tersebut ialah soalah subjektif.
  Berpinar biji mata murid sekolah rendah hendak menggunakan pengetahuan yang mereka pelajari untuk mengaplikasikan dalam soalan.  Soalan pula terdiri daripada seoalan KBAT . Kasihan, murid-murid yang benar-benar bijak dan suka subjek ini sahaja akan cemerlang dengan syarat banyak membaca , mengulang kaji pelajaran serta membuat latihan.
    Kertas 2 pula,  terdiri daripada 3 bahagian iaitu A,B dan C.  Sungguh mencabar kertas ini yang menguji murid membina ayat, memindahkan maklumat ,  membuat ulasan yang tersurat dan tersirat serta menulis karangan.
Hanya yang matang dan pandai menyelesaikan masalah sahaja yang boleh merungkai semua persoalan yang diberikan.  Soalan juga mengandungi KBAT ( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).
   Kami yang guru-guru Bahasa Melayu pun terkena tempiasnya.  Payah juga hendak mengajar Bahasa Melayu walaupun bahasa itu bahasa ibunda.  Tambahan pula murid Melayu menganggap bahasa Melayu amat mudah, tak perlu membaca sedangkan banyak sangat pecahan atau topik-topik kecil seperti tata bahasa yang terdiri daripada kata nama am. kata nama Khas, penjodoh bilangan, kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, simpulan bahasa, tanda baca, struktur ayat yang betul dan sebagainya.
   Dengan perubahan format Bahasa Melayu yang pertama kalinya bagi tahun 2016, maka kami terus membuat kursus dalaman untuk memberi pendedahan kepada semua guru BM di SKMT.  Semasa kursus dalaman , telah diberi pendedahan kepada semua guru, entah digunakan entah tidak, terpulanglah, kerja guru yang berkursus wajib menjalankan kursus dalaman ini.
   Aku telah memberi kursus dalaman tentang Kertas  Pemahaman manakala Pn Asiah bt Hashim kertas Penulisan. Semoga ilmu tersebut berguna untuk anak-anak didik SKMT.



   selesai sudah tugas kami....semoga SKMT terus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Persaraan Guru Besar, SKSP 2017

Di sekolah ini ramai guru yang hendak pencen atau bersara.  Aku pula telah bernekad dan berazam inilah sekolah terakhirku yang berbaki 5 tahun lagi. Untuk itu , segala pahit maung dalam pendidikan perlu kutangani. Sekali ku berazam akan ku lunaskan impian tersebut.  Semoga aku diberi kesihatan yang baik.
   Kami mula bermesyuarat sejak dari mesyuarat pertama pada 27/12/2016. Kemudian beberapa kali perjumpaan. Aku dan kumpulanku bertugas menyediakan door gift.  Oleh kerana kami bertiga, dah diagihkan supaya membeli barang tersebut iaitu surah Yasin, beg, air mineral dan kek cawan coklat cheese.





    Kumpulan door gift , aku, Cikgu Rosney dan Cikgu Rosnah dibantu 2 orang murid yang sukarela menawarkan perkhidmatan


                              Semua kerja ini dilakukan di Bilik Pemulihan SKSP.

   Majlis persaraan guru besar diraikan dalam dua majlis iaitu di sekolah  di sebe;ah pagi dan di dewan Jeperun Rembia Sungai Petai pada sebelah petang.

  Sambutan di sekolah bermula dari pukul 10.30 hingga pukul 12.30 tengah hari. Majlis tersebut di buat di dewan sekolah, di mana dewan tersebut adalah kelas atau bilik darjah tahun 4 AZ, 5 AZ dan 6 AR. Majlis dibuat sunggauh meriah di mana ucapan terakhir guru besar dan diserikan dengan tarian lagu Datuk Siti Norhaliza.
    Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah atau cenderamata buat guru besar Pn Nuraisyah Siow bt Abdullah. Majlis diakhiri send off..bersalam-salaman di mana ssemua murid akan beratur dari kantin hingga ke pintu pagar sekolah. Syukurlah majlis berjalan dengan lancar, tiada penghalang seperti hujan atau panas terik.


                                      Gambar bersama-sama gur SKSP  di dewan                    
             Bergambar di Dewan Jeperun Sungai Petai.



Pada waktu petang pula, semua berkumpul di Dewan Jeperun Sungai Petai.  Semua guru berkumpul dan murid mengadakan tarian tersebut.  Persembahan maltimedia amat menarik hatiku. Guru Besar memeluk Islam pada 1989 dengan latar belakang profilnya dari  kecil hingga ke akhir perkhidmatannya di SKSP.  Jemputannya tidak ramai, dalam anggaran 200 orang termasuk guru SKSP dan pekerja.
    Mungkin majlis beliau bertembung dan majlis persaraan Tn Hj Mohd Sapian , pengetua Sekolah Menengah Bestari Dato' Dol Said.. Maka ramailah berkumpul di majlis tersebut. Kehadiran tetamu termasuk guru adalah 75 orang dan murid tarian seramai 12 0rang.  Majlis berlangsung dengan baik kerana pada petang itu tidak hujan, dan cuacanya tidak panas sangat.  Majlis bermula dari pukul 2.30 hingga 5.30 petang. Semua ajk membantu mengemas dewan. Selamat Bersara Pn Nuraisyah Siow binti Abdullah ...semoga diberi kesihatan yang baik dan dirahmati Allah sepanjang masa selagi nafas berdenyut...aamiin.


Monday, December 26, 2016

Resort Tanjong Piai

Kami bertolak dari rumah pukul 11.00 pagi.  Dalam perjalanan, teringat nak tukar tudung. Singgah di kedai tudung Alor Gajah, aku berhenti dan membelek-belek tudung.  tudung ditukar kerana ada corak pokok dan burung. Puas ku belek, akhirnya warna kuning cair tidak ku temui, ambil sahaja yang lain, nak tunggu bulan 2 baharu ada stok.
  Kemudian, aku keluar dari kedai, anakku disapa oleh seorang mak cik.  Rupa-rupanya dia hendak meminta tolong keluarkan duit dari Bank Agro di sebelah kedai pakaian itu.  Aku turut mengikuti mereka, manalah tahu mak cik ni, nak menipu, cuak di hatiku.  Syukur Alhamdulilllah . memang benar-benar dia hendak mengeluarkan duitnya. Anakku membantu mak cik itu mengeluarkan wangnya.
  Selepas itu, kami meneruskan perjalanan menuju ke Tanjong Piai,  Kami tiba di  Tanjong Piai Resort pada pukul 230 petang.  Jauh juga jarak antara  tempat letak kereta dengan rumah keluarga yang anakku tempah. Cantik sungguh pemandangan di resort ini.  Ada rumah banglo ,  single dan family . Disediakan juga kemudahan untuk memanggang, bbq dan ruangan untuk  aktiviti keluarga.  Ada bangku dan meja tempat duduk untuk bersantai dan memancing.  Kebanyakan kaki pancing memancing di sini.
   Ada dewan, surau dan bilik air serta ruang berehat di laluan dan hadapan kaunter masuk. Disediakan juga kedai untuk membeli barang makanan, di samping menyediakan makanan yang dipesan kepada pelancong atau tetamu.
   Kami dapat menikmati kejadian air pasang pagi pada pukul 2.30 pagi hingga pukul 4.30 pagi. Inilah kali pertama kami meneyewa resort di atas laut.  Pada waktu malam sejuk dan dingin ditambah dengan penghawa dingin.

                                               perahu nelayan menangkap ikan

                                                          seberang sana Singapura
                                                            bilik dua tingkat
                                                                       Air laut  pasang pagi
bilik famili yang kami sewa

Rancangan bercuti di Tanjong Piai 2016

 Kami merancang nak bercuti. Rancangan demi rancangan bermula. Anak sulungku dan suamiku mencari tempat yang menarik di negara kita.  Mula-mula  rancang  nak ke utara, Pulau Pinang atau ke Perak .  Aku pula memberi cadangan , kami beralih ke selatan pula, iaitu Tanjong Piai, yang mana hasrat kami terhalang apabila berjaya menjejaki pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai pada November , 2016 terlanjur menghadiri majlis perkahwinan Ain, anak saudara sebelah suamiku,
Pada ketika itu, kami hanya bertiga, aku, suamiku dan anak bongsuku.
   Akhirnya kami berjaya merancang tetapi ke mana pula ibuku hendak kami letakkan.  Hendak dibawa , umurnya tidak sesuai untuk berjalan kaki, Sekiranya dibawa dan diletakkan di hotel atau resort ok juga, tetapi kami terpaksa berpatah balik.
   Si anak dah tempah Tanjong Piai Resort sebagai tempat penginapan.  Aku pula meminta anak kedua agar menjengah ibuku di rumah pada hari Sabtu agar memastikan beliau makan dan minum, maklumlah tinggal sendirian.  Anakku pula mencadangkan agar ibuku bermalam di rumahnya. Keadaan ini memudahkan dia menjaga Azfar, anak kecilnya bersama-sama ibuku.
   Aku berfikir, alangkah mudahnya jika kakakku balik dan menginap di rumahku, kebetulan ada urusan yang hendak diselesaikan dengan sewa tanah dan tambak tanah serta mencari kontraktor.
Alhamdulillah, akhirnya kakak dan suaminya menginap di rumahku sambil menjaga ibu.
   Dalam menyelesaikan masalah , kita perlulah bijak menanganinya...semoga percutian kami berhasil ...aamiin

Monday, December 19, 2016

jejak x SMST dan XSMMA 2016

Setelah merantau di beberapa buah negeri dan sekolah akhirnya, aku umpama sirih pulang ke gagang. Ku bina rumah sendiri di atas tanah arwah ayahku ,kebetulan di tepi jalan.
   Dengan susah payah, akhirnya tercapai juga hasratku untuk mendirikan rumah di sini. Aku mulakan tahun 2014 sebagai tahun asas aku balik Melaka kali kedua setelah merantau  di Sabah dan Selangor selama 4 tahun .  Tahun 2016, merupakan tahun yang mengembalikan ingatanku terhadap rakan-rakan sekolah Menengah Seri Tanjung dan Sekolah Menengah Munshi Abdullah di sekitar tahun 1977-1980.  sejak masing-masing membawa haluan , kami tak pernah berjumpa tambahan pula aku bukanlah tinggal di Melaka.  Aku anak kelahiran Paya Rumput, Sungai Udang . Aku merantau dari Melaka, Kuala Lumpur, Klang, Kuala Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, dan Sabah.  Begitulah aturan hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
   Kini, masing-masing dah berumur.  Untuk mengenali kembali zaman persekolahan adalah agak kelam bagiku. Tak pernah bersua muka selepas zaman persekolahan , tetiba dan berumur 53 tahun baharu berjumpa, itu pun melalui wassap dan pertemuan sebentar semasa majlis perkahwinan anak masing-masing atau reunion yang diadakan di Hotel.  Aku pula masih bekerja dan pertemuan pada waktu malam bagiku memang rasa keberatan.
   Pertemuan di rumah Razali , mengimbau kembali zaman persekolahan di Sekolah Menengah Munshi Abdullah , Batu Berendam.  Namun, aku masih kurang mengenali mereka.  Walaupun kami hanya 2 kelas iaitu kelas Sains A dan Sains B, namun ingatan aku masih kelabu.  Memang aku tidak ingat nama-nama mereka, kalau berjumpa di luar pun , aku rasa aku tidak ingat.  Cuma aku berharap agar hubungan persahabatan ini berkekalan.  Majlis perkahwinan anak Rahmad pula mengingatkan aku rakan sekelasku. Kepada kawan-kawanku janganlah kamu kecam aku sekiranya aku masih gagal mengenalimu kerana kalau digabungkan kedua-dua rakan sekolah tersebut, aku masih belum dapat mengecam dengan betul.
   Aku bersyukur kerana dapat juga mengenal sedikit demi sedikit kawan-kawan sekolah walaupun dah berumur . Semoga Allah memanjangkan usia kami untuk mengenali dengan lebih rapat atas nama persahabatan dan saudara seIslam...aamiin.

kronoloji sekolah rendah
1. Sekolah Kebangsaan Tangga Batu darjah, Melaka             1-3
2. Sekolah St Teresa Convent Brickfield , Kuala Lumpur      4-6
3. Sekolah Methodist Girls School, Melaka                                6

Sekolah Menengah
1. Sekolah Menengah Tanjung Kling , Melaka                                    1-3
2. Sekolah Menengah Munshi Abdullah , Melaka                               4-6 rendah
3. Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang                        6 Atas


   Pertemuan dengan rakan-rakan x Munshi Abdullah di majlis perkahwinan Razali (Bara) 2016
Aku senyum sahaja apabila salah seorang rakan mencari dan menyebut-nyebut namaku, dari riak mukanya aku masih mengenali beliau, yang lain-lainnya aku masih belum dapat mengenali mereka kerana sejak berpindah ke Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah , Klang Selangor, aku tak pernah jumpa mereka.


pertemuan di rumah Rahmad sempena majlis perkahwinan anak. lelakinya, begitulah pertemuan setiap kali ada majlis , kami bertemu.  Dahulu pertemuan dengan kawan-kawan melalui media inilah, kami berkumpul dan bertemu walaupun sekejap...syukurlah ada juga berjumpa dengan kawan-kawan sekolah menengah Sri Tanjung dan Munshi Abdullah.