Kemudian, aku keluar dari kedai, anakku disapa oleh seorang mak cik. Rupa-rupanya dia hendak meminta tolong keluarkan duit dari Bank Agro di sebelah kedai pakaian itu. Aku turut mengikuti mereka, manalah tahu mak cik ni, nak menipu, cuak di hatiku. Syukur Alhamdulilllah . memang benar-benar dia hendak mengeluarkan duitnya. Anakku membantu mak cik itu mengeluarkan wangnya.
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan menuju ke Tanjong Piai, Kami tiba di Tanjong Piai Resort pada pukul 230 petang. Jauh juga jarak antara tempat letak kereta dengan rumah keluarga yang anakku tempah. Cantik sungguh pemandangan di resort ini. Ada rumah banglo , single dan family . Disediakan juga kemudahan untuk memanggang, bbq dan ruangan untuk aktiviti keluarga. Ada bangku dan meja tempat duduk untuk bersantai dan memancing. Kebanyakan kaki pancing memancing di sini.
Ada dewan, surau dan bilik air serta ruang berehat di laluan dan hadapan kaunter masuk. Disediakan juga kedai untuk membeli barang makanan, di samping menyediakan makanan yang dipesan kepada pelancong atau tetamu.
Kami dapat menikmati kejadian air pasang pagi pada pukul 2.30 pagi hingga pukul 4.30 pagi. Inilah kali pertama kami meneyewa resort di atas laut. Pada waktu malam sejuk dan dingin ditambah dengan penghawa dingin.
perahu nelayan menangkap ikan
seberang sana Singapura
bilik dua tingkat
Air laut pasang pagi
bilik famili yang kami sewa
No comments:
Post a Comment