Sejak menjadi pentadbir di sekolah ini banyak peristiwa yang ku lalui. Biasalah mana mungkin seorang pentadbiradalah seorang manusia yang sempurna.
Sebenarnya , kehadiranku di sini hanyalah sebagai tempat persinggahan. Hatiku sebenarnya amat terasa hampa apabila aku ditukarkan ke SK Paya Rumput, umpama insan yang dibuang daerah, manakan tidak, aku tidak boleh berada sedaerah dengan suamiku, maka ditukarkan ke sekolah di Daerah MelakaTengah dengan alasan keperluan perkhidmatan. Pertukaran
ku ke SKBR pula atas kenaikan pangkat.
Aku sebenarnya tidak berminat untuk menjadi GPK atau pentadbir. Entah mengapa, aku tiada pilihan. Tambahan pula , aku teringin juga menjawat jawatan ini setelah jemu menjadi guru biasa. Setelah menjadi guru cemerlang, aku tidak boleh menjadi pentadbir. Gagal menjawat guru cemerlang DG 48, aku akhirnya jadi guru akademik biasa..
eAku sebenarnya selalu didesak supaya memohon guru cemerlang oleh GPK dan guru besar SKDN. Setiap hari atau setiap tahun perkara yang sama diulang-ulang. Adalah empat orang guru memohon pada tahun 2009 tetapi seorang sahaja yang layak, malangnya apabila hendak dipantau, gagal di situ. Tahun 2010 pula aku mohon lagi, kali ini dengan membuat kajian tindakan dan menyediakan fail-fail serta dokumen.
Akhirnya aku berjaya dilantik sebagai guru cemerlang pada 24.8.2010 . Sekiranya dilantik sebagai gc, maka tidak boleh menjadi pentadbir, maka jadilah aku guru biasa ssetelah gagal memohon gc pada tahun 2014. Akhirnya title gc menjadi guru biasa,
Berbalik kepada dibuang daerah, terasa hambar dan tidak ada semangat begiku. Kemudian aku mendapat surat penggilan daripada JPNM. Panggilan surat tersebut meminta aku ke Jabatan tetapi akhirnya dibatalkan. Kemudiaa panggilan telefon kedua, yang menentukan akju sebagai GPK HEM SK Bukit Rambai. Dengan tiada pengalaman, bermula daripada sifar, aku meminta pertolongan daripada Pn Fatimah bt Ibrahim, bekas GPK HEM sekolah itu, selain GPK 1. Sekiranya tiada Pb siti Rafiah bt Mokhdar, GPK 1 , aku terasa kekosongan dan kehilangan. Syukur alhamdulillah GPK 1 banyak membantuku. Selain itu GPK HEM Paya Rumput pun membantu aku menyertai group wassap GPK HEM Melaka Tengah. Aku bersyukur kerana dapat kerjasama daripada guru-guru SKBR.
No comments:
Post a Comment