Monday, May 29, 2017

Memori dalam Perjalanan pulang 2017

Kami memulakan perjalanan dari Alor Setar pada  pukul 11.30 pagi setelah membeli buah mahkota dewa, sepohon pokok yang kecil, pokok guana dan pokok limau kapas.  Malangnya batang pokok limau kapas sekarang ni dah mati.
   Dalam perjalanan pulang aku selalu update fb. Kebetulan kawan semaktabku Berhanuddin atau Bern yang dah lama terpisah sejak dari konvo maktab 1985 tidak pernah ku temui. Kami hanya berhubung melalui fb sahaja. Oleh kerana beliau ingin bertanya khabar dan membuat janji temu dalam wassap, maka aku beritahunya insha-Allah dan beliau tetapkan di RNR Gunung Semanggol..
   Kuberitahu suamiku, Kebetulan kami singgah di RNR Gunung Semanggol untuk bersembahyang dan makan tengah hari. Jadi aku memberitahunya, dan beliau memintaku menunggu di situ selama 30 minit.  Sementara itu, kami makan dahulu.




   Seperti yang dijanjikan , akhirnya kami dapat bertemu dan bersembang . Perhubungan yang terputus selama 33 tahun, di samping itu , beliau menelefon Zarina, kawan setugasku semasa di Sekolah Kebangsaan Paya Keladi , Pulau Pinang. Beliau merupakan guru kelas anak sulungku. Beliau sebenarnya sedang berada di Pulau Pinang.  Sempatlah kami bertanya khabar,  Rupa-rupanya mereka  bau-bau bacang, pertalian ipar dan biras kot. Gembira dapat bertanya khabar dan satu ucapan  indah yang tak dapat dilupakan ialah " Orang Kleantan tak kisah tentang  makan, asal ada budu dan makan seadanya, oleh sebab itu mereka berjaya mengumpul aset seperti banglo yang cantik dan beberapa buah rumah sewa, kebetulan mereka tidak merantau, dan senang mendapatkan pinjaman kerajaan , merujuk kepada seorang lagi rakan semaktabku , Pakurazi yang tinggal di Pasir Putih,  di mana aku bertemu dengannya juga melalui fb dan wassap semasa kami bertandang ke rumah pengantin lelaki anak buah suamiku di Bachok.


   Kami memulakan perjalanan lebih kurang pukul 2.45 petang. Melalui jalan yang sesak dari Bidur ke Sungkai. Kami bercadang mengikut jalan lama, tetapi tersalah masuk simpang, terus ke Cameron Highlands, singgah di Ringglet tu melepaskan hajat, kemudian keluar ikut jalan Kuala Lipis, keluar , jalan sesak di Kampar, singgah makan Madiena Corner , Simpang Krau, Raub. Kemudian kami singgah di Sungai Way untuk menghantar anak sulungku.
  Akhirnya kami sampai di rumah pada pukul 1.05 pagi. Syukurlah dalam perjalanan kami ada momen yang  indah ..  Kami dapat  , makan angin dan berpusing-pusing di Cameron Highlands untuk mengelakkan kesesakan,  keluar ikut Jalan Kuala Lipis.. Tidak mengapalah , niakan  angin membawa emak menjamu mata  di dalam kereta sepanjang jalan.



                                Kami makan mi hailam, bihun sup , dan mi lakna - makan malam

                                        Si anak membantu neneknya menyejukkan bihun sup

                      Selalunya pada waktu malam, makanan yang sesuai untukku hanyalah bihun sup.











Friday, May 12, 2017

Pokok Herba

Sebelum balik, kami pergi mencari pokok herba. Memang berhajat nak mencari pokok mahkota dewa, kebetulan pula anak buah menyatakan kawannya ada menjual pokok-popok herba.  Menurutnya , buah mahkota dewa amat baik untuk pesakit kencing manis atau diabetis.
   Maka, kami pun singgah di rumah kawannya itu. Kami bertemu pula dengan kedua-dua ibu bapanya. Peramah sungguh orang tuanya.
    Kehadiran kami dalam lingkungan pukul 10.30 pagi, sibuk-sibuk mencari pokok mahkota dewa, banyak  pula coleteh pak cik itu.  Kelemahanku ialah tidak mahu memperkenalkan diri dan mengingati nama pak cik itu.  Jadi kami berborak atau bersembang panjang sehinggalah ,dia memberitahu kegunaan pokok mahkota dewa,  Baru kini aku kenali, buahnya berwarna merah, kecil sahaja, kalau nak buah ubat mesti  keringkankan, buang bijinya dan hiris nipis-nipis . Kalau makan buah dan isi mahkota dewa ini bukan sahaja kencing manis hilang dengan tuannya sekali hilang.
Bahayanya kalau kita tidak tahu. Begitu panjang lebar pak cik tu menerangkan kebaikan pokok herba yang banyak di tanam di sekeliling rumahnya.
    Aku membeli dua bungkus buah mahkota dewa yang telah dikeringkan  dan membeli sepokok untuk ditanam. Kemudian pak cik tu pula menerangkan buah limau kapas , pokok Acheh dan pokok naga guana untuk mengubati kanser luaran. Buah limau kapas pula untuk kanser dalaman.  Buahnya direbus dan diminum airnya.
   Jadi , kami berborak sehingga hampir pukul 11.30 barulah bergerak pulang ke Melaka.
                                                             pokok mahkota dewa
                                                 pokok limau kapas
                                pokoknya besar dan banyak buahnya-pokok limau kapas
                 pokok acheh - isinya buat tomyam dan daunnya masak asam pedas- baru tahu...hehehe

     Buat masa ini Alhamdulillah, selepas minum air rebusan buah mahkota dewa, bacaan gula ku berkurangan....tetapi mesti makan malam  sebelum pukul 7.00 malam dan kontrol makan, bukan pantang jumpa, rembat je....hehehe.
    Puas aku mencari alternatif dengan mengambil gozout, makan pucuk daun sabung nyawa, rebusan air daun rerama/ teh reramada, teh Tripple, dan  sebagainya.  Mungkin minum air rebusan mahkota dewa ini berkesan kot...dengan syarat kontrol makan...bolehlah kurangkan makan ubat hospital, hendak ku tinggalkan takut juga, hendak beritahu doktor takut pula aku dikatakan memandai-mandai....apa-apa pun aku hanya berikhtiar, Allah sahaja yang menentukannya.

Sunday, May 7, 2017

Dua hari dua Malam di Kedah (2)

 Kami meneruskan perjalanan ke Muzium Kota Kuala Kedah.  Sebelum itu kami singgah makan pulut durian di Alwi pulut....kami menggoole je.. Ramai pula pelanggannya. Kami beli tiga bungkus untuk orang di rumah .
Kami sampai di Muzium Kota Kuala Kedah yang penuh dengan sejarah dalam lingkungan pukul 3.00 lebih. Masuk percuma. Jauh juga perjalanan dan kawasan muzium ini luas.  Muzium ini meninggalkan kesan sejarah penjajahan .

   Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780.

    Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam.


       Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yang wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165.
Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.

Hari & Masa Lawatan

Sabtu - Khamis : 9.00 pagi - 6.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
2.30 petang - 6.00 petang

Bayaran Masuk

Percuma

Pegawai untuk dihubungi

En. Md. Zokhi bin Tahir - Penolong Kurator

Alamat

Kompleks Sejarah Kota Kuala Kedah
Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Utara)
Kampung Seberang Kota06600 Kuala Kedah
Kedah Darulaman
Tel / Faks : 04 - 7319297




                     Kebetulan kami datang menziarahi Muzium Kota Kuala Kedah, ada pameran merentasi Samudera yang menerangkan kisah pelayaran orang Melayu pada suatu masa dahulu. Mengikut sejarah, orang Melayu sudah biasa belayar .


Semasa balik kami singgah makan laksa  Restoran Zakaria Teluk Kechai ,Kuala Kedah yang popular. Menariknya laksanya menggunakan cili padi dan telur sebagai bahan tambahan, kena kupas sendiri.
Setrusnya kami singgah ke rumah kakak iparku di Taman Tabung Haji, Alor setar sebelum bermalam di rumah anak buahku.

DUA MALAM DUA HARI DI KEDAH- (1)



Rancangan menziarahi kakakku di Taman Naga Mutiara di Alor Setar berjalan dengan lancar. Kami menziarahi ibu saudaraku di Hospital Melaka pada petang Jumaat 21 April, 2017 sebelum bertolak ke Kedah. Kemudian pada keesokan harinya, Sabtu, pepagi lagi aku dah bersiap untuk memasak dan mengemas rumah, maklumlah nak meninggalkan rumah selama 2 hari.
  Cadangan bergerak dari rumah pukul 2.00 petang tergendala hingga 3.15 petang. Sesampai di Kuala Lumpur, anak sulungku pula terlambat.  Anggaran sampai pukul 4.30 petang, agak terlewat menunggunya balik dari Gombak. Jadi kami bertolak dari Sungai Way pada pukul 5.30 petang.
   Kami berhenti di R & R Sungai Buluh untuk makan dan meneruskan perjalanan serta berhenti sembahyang di R & R  Tapah.. Akhirnya kami sampai ke rumah anak buahku di Taman Naga Mutiara pada pukul 10.30 malam.
    Pada keesokan harinya, kami makan angin.  Tempat pertama, kami singgah ialah Muzium Padi dengan harga tiket dewasa RM5.00  seorang. Keunikan yang kami lihat bagaimana pelukis melukis pemandangan keindahan alam semula jadi dan kehidupan orang-orang kampung dengan persekitaran kawasan penanaman padi .  Menaiki replika Puncak  Gunung keriang yang dihiasi dengan pemandangan di tepi gunung, sawah padi dan situasi  kehidupan penduduk kampung jelas diabadikan dalam lukisan di situ.  Replika yang menggerakkan kita di seluruh kawasan Gunung Keriang itu seolah-olah kita mengeliling seluruh kawasan di sekelilingnya. Terdapat juru gambar yang merakamkan detik bersejarah dengan hanya satu post berharga RM10.00.




naik tangga ke Puncak Gunung Keriang

                                                                            kepuk padi
              Orang-orangan , boleh cuba masukkan muka kita ke ruang  muka yang telah disediakan
                                                           laluan tangga yang berliku-liku
  Pemandangan di luar Muzium Padi di hadapan Gunung Keriang.
   Pintu masuk ke Puncak Gunung Keriang - replika yang besar dan boleh dinaiki ramai pengunjung.


 Replika yang menarik pemandangannya kawasan kampung dan kehidupan penduduk kampung.

                                                 
                                                         lanca - kenderaan yang popular zaman dulu



  Kemudian kami menuju ke rumah kelahiran  Dato' Sri Dr Mahathir.  Rumah kampung yang diperbuat daripada kayu, dicat putih dan dipelihara dengan rapi.  Walau bagaimanapun maklumlah rumah kayu agak sukar dijaga, reput sana dan sini, ada juga ditambah baik dengan menyimen bahagian bawah tanah dan dijadikan stor kepada petugas di arkib rumah tersebut.
   Terdapat 3 bangunan kayu, yang beroperasi sebagai pejabat, dewan, tempat pameran dan pertunjukan., malangnya sebuah rumah itu ditutup kerana lantainya reput dimakan anai-anai.....bersambung kemudian kami meneruskan perjalanan......
 

Tuesday, May 2, 2017

Bertimpa-timpa ..insiden 2017

Dalam bulan April ini bertimpa-timpa insiden yang berlaku dalam kelaurgaku.  Mula-mula kakakku jatuh terpecok kakinya sehingga menyebabkan dia terpaksa duduk di hospital selama 10 hari dan kini masih dalam rawatan.  Dia terpaksa tinggal di rumah anaknya di Taman Mutiara Naga, Alor Setar, Kedah.
       Selang sehari, abangku pula dilanggar kumpulan budak-budak motor.  Dahlah langgar orang, ditinggalkan mangsa termasuk kawan-kawan mereka sendiri. Anehnya, bukan mereka membantu, malah mengambil kesempatan mencuri beg abangku.  Mereka ingat beg duit kot, rupa-rupanya beg berisi ubat.
  Syukurlah abangku hanya pengsan sekejap, selain parut penuh di muka dan tangan.  Dia terpaksa berada  di wad selama sehari sahaja.  Bahunya patah dan pinggangnya sakit.  Semoga Allah memberikannya kekuatan dan ketabhan dalam menghadapi dugaan hidup.
   Selang seminggu pula , ibu saudaraku terlantar di hospital kerana tekanan darah rendah dan jantung bengkar serta nafas laju dengan erti kata mencungap-mencungap . Beliau terpaksa terlantar di hospital selama 8 hari.
   Dalam pada itu, cucuku pula ditahan di Hospital Pantai kerana disyaki paru-paru dijangkiti kuman. Kami tak sempat menziarahinya kerana ketika itu kami ke Alor Setar menziarahi kakak dibedah di kaki untuk memasukkan besi kerana tulang atau buku lalinya retak teruk.  Sehingga kini masih memerlukan rehat yang cukup, bertongkat dan berkerusi roda.  Semoga kakakku , abang, ibu saudara serta Azfar, cucuku sihat.
  Kaki pula terasa kejang sebelah kiri kerana mungkin menggunakan tenaga yang banyak atau melangkah longkang kerana memilih jalan dekat short cut serta naik-turun tangga menghias kelas.
Syukurlah , makan ubat saraf dan angin , kini dah pulih .

                                      masuk wad sehari di Hospital Besar, Melaka
                               Kakak terlantar di hospital selama 10 hari sebelum dan selepas operation.
                                      Abang terlantar di Hospital Selayang selama sehari selepas insiden itu.
                           Sementara menunggu dibedah dan dimasukkan besi untuk menguatkan buku lalinya,
                                                      ditolak masuk ke dewan bedah
  Kali kedua ditahan di wad Hospital Pantai, tangan dibalut kerana suka membuka balutan.

Sekali lagi, abangku telah dilanggar lari oleh pemandu berbangsa Cina memandu kereta BMW, selepas melanggaarnya dia pun berlalu pergi.  Insiden ini berlaku pada pukul 1.30 petang sebelum Hari Raya Aidil Adha, petang 9 Zulhijah, 31 Ogos 2017.  Beliau bernasib baik kerana hanya berparut luka di tangan dan kaki. Semoga Allah memberikan perlindungan kepadanya.....aamiin. Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kalau hendak masuk simpang, berilah signal. Sekiranya telah melanggar orang berikanlah bantuan, jangan tinggal buta sahaja. Tak apalah tunggulah nanti hasil report polis. Terima kasih kepada orang yang membawa abangku mencari pemandu kereta yang berkenaan.

X SMMA, Batu Berendam , Melaka

Aku bukanlah seorang yang amat peka dengan kawan-kawan. Sepanjang persekolahan , niatku hanya untuk belajar dan kenal sedikit, demi sedikit kawan-kawan yang rapat. Sibuk dengan pembelajaran dan  terlibat sedikit dengan kakak angkat dan adik angkat. Sehingga kini, aku tidak dapat menghubungi kakak angkatku yang bernama Hasnah bt Meon, itu sahaja yang kuingat. Hubungan terjalin semasa aku dalam tingkatan 4 di Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Batu Berendam , Melaka.
   Aku ingin berkongsi pengalaman,  Kawanku ini ku kenal sekejap sahaja semasa di SMMA sebelum dia meninggalkan bangku persekolahan semasa tingkatan 6 Rendah pada tahun 1980. Aku pula meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana mengikuti abang dan kakakku yang bekerja di Kuala Lumpur. Dengan jarak sekolah dengan rumah agak jauh, aku senang  mendapat tempat di asrama.
  Kemudian, kami berjumpa semula pada 1985 semasa kami mula posting di Sekolah Kebangsaan  Sri Subang ( Subang Jaya 2), di Petaling  Jaya.  Hubungan kami terputus selepas dia berkahwin dan  aku berpindah mengikut suami di Pulau Pinang  selama 12 tahun.  Kemudian hubungan kami terjalin semula pada tahun 2002 semasa aku balik ke kampung dan menginap di rumahku di Lendu . Hubungan kami on- off kerana aku sering berpindah randah bermula pada tahun 2010 - 2016.  Hubungan yang terjalin hanyalah melalui wassap dan perjumpaan Mesyuarat Tahunan Koperasi Guru- Guru Melayu Malaysia .
      Tahun 2017 , kami berjumpa lagi tetapi ini mungkin kali terakhir kerana dia akan bersara sementara aku masih lagi berharap agar dapat menghabiskan usiaku hingga ke akhir perkhidmatan perguruan seperti yang termeteri dalam perjanjian  sehingga tahun 2022.  Bakinya perkhidmatanku bersisa 5 tahun lagi.
Semoga Allah memberikan aku kesihatan dan peluang untuk meneruskan perkhidmatan ini.



Kenangan kami di SK Sri Subang Jaya 2- Zainab Hashim, Mariam , Zainab Awang, Noreha Hashim, Halimah Yakob dan Salmah....ada yang dah lupa nama mereka.....ada yang dah bersara, ada yang masih lagi berkhidmat. Semoga persahabatan kami berkekalan....aamiin.