Sebelum balik, kami pergi mencari pokok herba. Memang berhajat nak mencari pokok mahkota dewa, kebetulan pula anak buah menyatakan kawannya ada menjual pokok-popok herba. Menurutnya , buah mahkota dewa amat baik untuk pesakit kencing manis atau diabetis.
Maka, kami pun singgah di rumah kawannya itu. Kami bertemu pula dengan kedua-dua ibu bapanya. Peramah sungguh orang tuanya.
Kehadiran kami dalam lingkungan pukul 10.30 pagi, sibuk-sibuk mencari pokok mahkota dewa, banyak pula coleteh pak cik itu. Kelemahanku ialah tidak mahu memperkenalkan diri dan mengingati nama pak cik itu. Jadi kami berborak atau bersembang panjang sehinggalah ,dia memberitahu kegunaan pokok mahkota dewa, Baru kini aku kenali, buahnya berwarna merah, kecil sahaja, kalau nak buah ubat mesti keringkankan, buang bijinya dan hiris nipis-nipis . Kalau makan buah dan isi mahkota dewa ini bukan sahaja kencing manis hilang dengan tuannya sekali hilang.
Bahayanya kalau kita tidak tahu. Begitu panjang lebar pak cik tu menerangkan kebaikan pokok herba yang banyak di tanam di sekeliling rumahnya.
Aku membeli dua bungkus buah mahkota dewa yang telah dikeringkan dan membeli sepokok untuk ditanam. Kemudian pak cik tu pula menerangkan buah limau kapas , pokok Acheh dan pokok naga guana untuk mengubati kanser luaran. Buah limau kapas pula untuk kanser dalaman. Buahnya direbus dan diminum airnya.
Jadi , kami berborak sehingga hampir pukul 11.30 barulah bergerak pulang ke Melaka.
pokok mahkota dewa
pokok limau kapas
pokoknya besar dan banyak buahnya-pokok limau kapas
pokok acheh - isinya buat tomyam dan daunnya masak asam pedas- baru tahu...hehehe
Buat masa ini Alhamdulillah, selepas minum air rebusan buah mahkota dewa, bacaan gula ku berkurangan....tetapi mesti makan malam sebelum pukul 7.00 malam dan kontrol makan, bukan pantang jumpa, rembat je....hehehe.
Puas aku mencari alternatif dengan mengambil gozout, makan pucuk daun sabung nyawa, rebusan air daun rerama/ teh reramada, teh Tripple, dan sebagainya. Mungkin minum air rebusan mahkota dewa ini berkesan kot...dengan syarat kontrol makan...bolehlah kurangkan makan ubat hospital, hendak ku tinggalkan takut juga, hendak beritahu doktor takut pula aku dikatakan memandai-mandai....apa-apa pun aku hanya berikhtiar, Allah sahaja yang menentukannya.
No comments:
Post a Comment