Selang sehari, abangku pula dilanggar kumpulan budak-budak motor. Dahlah langgar orang, ditinggalkan mangsa termasuk kawan-kawan mereka sendiri. Anehnya, bukan mereka membantu, malah mengambil kesempatan mencuri beg abangku. Mereka ingat beg duit kot, rupa-rupanya beg berisi ubat.
Syukurlah abangku hanya pengsan sekejap, selain parut penuh di muka dan tangan. Dia terpaksa berada di wad selama sehari sahaja. Bahunya patah dan pinggangnya sakit. Semoga Allah memberikannya kekuatan dan ketabhan dalam menghadapi dugaan hidup.
Selang seminggu pula , ibu saudaraku terlantar di hospital kerana tekanan darah rendah dan jantung bengkar serta nafas laju dengan erti kata mencungap-mencungap . Beliau terpaksa terlantar di hospital selama 8 hari.
Dalam pada itu, cucuku pula ditahan di Hospital Pantai kerana disyaki paru-paru dijangkiti kuman. Kami tak sempat menziarahinya kerana ketika itu kami ke Alor Setar menziarahi kakak dibedah di kaki untuk memasukkan besi kerana tulang atau buku lalinya retak teruk. Sehingga kini masih memerlukan rehat yang cukup, bertongkat dan berkerusi roda. Semoga kakakku , abang, ibu saudara serta Azfar, cucuku sihat.
Kaki pula terasa kejang sebelah kiri kerana mungkin menggunakan tenaga yang banyak atau melangkah longkang kerana memilih jalan dekat short cut serta naik-turun tangga menghias kelas.
Syukurlah , makan ubat saraf dan angin , kini dah pulih .
masuk wad sehari di Hospital Besar, Melaka
Kakak terlantar di hospital selama 10 hari sebelum dan selepas operation.
Abang terlantar di Hospital Selayang selama sehari selepas insiden itu.
Sementara menunggu dibedah dan dimasukkan besi untuk menguatkan buku lalinya,
ditolak masuk ke dewan bedah
Kali kedua ditahan di wad Hospital Pantai, tangan dibalut kerana suka membuka balutan.
Sekali lagi, abangku telah dilanggar lari oleh pemandu berbangsa Cina memandu kereta BMW, selepas melanggaarnya dia pun berlalu pergi. Insiden ini berlaku pada pukul 1.30 petang sebelum Hari Raya Aidil Adha, petang 9 Zulhijah, 31 Ogos 2017. Beliau bernasib baik kerana hanya berparut luka di tangan dan kaki. Semoga Allah memberikan perlindungan kepadanya.....aamiin. Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kalau hendak masuk simpang, berilah signal. Sekiranya telah melanggar orang berikanlah bantuan, jangan tinggal buta sahaja. Tak apalah tunggulah nanti hasil report polis. Terima kasih kepada orang yang membawa abangku mencari pemandu kereta yang berkenaan.
No comments:
Post a Comment