Sunday, May 7, 2017

Dua hari dua Malam di Kedah (2)

 Kami meneruskan perjalanan ke Muzium Kota Kuala Kedah.  Sebelum itu kami singgah makan pulut durian di Alwi pulut....kami menggoole je.. Ramai pula pelanggannya. Kami beli tiga bungkus untuk orang di rumah .
Kami sampai di Muzium Kota Kuala Kedah yang penuh dengan sejarah dalam lingkungan pukul 3.00 lebih. Masuk percuma. Jauh juga perjalanan dan kawasan muzium ini luas.  Muzium ini meninggalkan kesan sejarah penjajahan .

   Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780.

    Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam.


       Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yang wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165.
Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.

Hari & Masa Lawatan

Sabtu - Khamis : 9.00 pagi - 6.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
2.30 petang - 6.00 petang

Bayaran Masuk

Percuma

Pegawai untuk dihubungi

En. Md. Zokhi bin Tahir - Penolong Kurator

Alamat

Kompleks Sejarah Kota Kuala Kedah
Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Utara)
Kampung Seberang Kota06600 Kuala Kedah
Kedah Darulaman
Tel / Faks : 04 - 7319297




                     Kebetulan kami datang menziarahi Muzium Kota Kuala Kedah, ada pameran merentasi Samudera yang menerangkan kisah pelayaran orang Melayu pada suatu masa dahulu. Mengikut sejarah, orang Melayu sudah biasa belayar .


Semasa balik kami singgah makan laksa  Restoran Zakaria Teluk Kechai ,Kuala Kedah yang popular. Menariknya laksanya menggunakan cili padi dan telur sebagai bahan tambahan, kena kupas sendiri.
Setrusnya kami singgah ke rumah kakak iparku di Taman Tabung Haji, Alor setar sebelum bermalam di rumah anak buahku.

No comments:

Post a Comment