Tuesday, May 2, 2017

X SMMA, Batu Berendam , Melaka

Aku bukanlah seorang yang amat peka dengan kawan-kawan. Sepanjang persekolahan , niatku hanya untuk belajar dan kenal sedikit, demi sedikit kawan-kawan yang rapat. Sibuk dengan pembelajaran dan  terlibat sedikit dengan kakak angkat dan adik angkat. Sehingga kini, aku tidak dapat menghubungi kakak angkatku yang bernama Hasnah bt Meon, itu sahaja yang kuingat. Hubungan terjalin semasa aku dalam tingkatan 4 di Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Batu Berendam , Melaka.
   Aku ingin berkongsi pengalaman,  Kawanku ini ku kenal sekejap sahaja semasa di SMMA sebelum dia meninggalkan bangku persekolahan semasa tingkatan 6 Rendah pada tahun 1980. Aku pula meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana mengikuti abang dan kakakku yang bekerja di Kuala Lumpur. Dengan jarak sekolah dengan rumah agak jauh, aku senang  mendapat tempat di asrama.
  Kemudian, kami berjumpa semula pada 1985 semasa kami mula posting di Sekolah Kebangsaan  Sri Subang ( Subang Jaya 2), di Petaling  Jaya.  Hubungan kami terputus selepas dia berkahwin dan  aku berpindah mengikut suami di Pulau Pinang  selama 12 tahun.  Kemudian hubungan kami terjalin semula pada tahun 2002 semasa aku balik ke kampung dan menginap di rumahku di Lendu . Hubungan kami on- off kerana aku sering berpindah randah bermula pada tahun 2010 - 2016.  Hubungan yang terjalin hanyalah melalui wassap dan perjumpaan Mesyuarat Tahunan Koperasi Guru- Guru Melayu Malaysia .
      Tahun 2017 , kami berjumpa lagi tetapi ini mungkin kali terakhir kerana dia akan bersara sementara aku masih lagi berharap agar dapat menghabiskan usiaku hingga ke akhir perkhidmatan perguruan seperti yang termeteri dalam perjanjian  sehingga tahun 2022.  Bakinya perkhidmatanku bersisa 5 tahun lagi.
Semoga Allah memberikan aku kesihatan dan peluang untuk meneruskan perkhidmatan ini.



Kenangan kami di SK Sri Subang Jaya 2- Zainab Hashim, Mariam , Zainab Awang, Noreha Hashim, Halimah Yakob dan Salmah....ada yang dah lupa nama mereka.....ada yang dah bersara, ada yang masih lagi berkhidmat. Semoga persahabatan kami berkekalan....aamiin.

No comments:

Post a Comment