Saturday, March 16, 2019

ku ubah landskap bilik HEM SKBR

Setelah hampir setahun, aku merasakan perlu ku ubah landskap bilik Hem.  Sejak aku jadi penghuni bilik itu tidak banyak yang ku ubah. Keeriaan dan susun atur bilik itu amat meyesakkan fikiranku tetapi aku tak tahu apa yang harus kubuang atau kusimpan di mana?. Banyak dokumen penting yang perlu kusimpan di tempat lain.
    Bukan itu sahaja , malahan di dalm almari, di dalam kotak , entah apa dokumen dan barang pun aku tak tahu. Apa yang pastinya ingin ku buang tetapi sayang, entah kan berharga dokumen kerajaan.
semua surat menyurat HEM ada di dalam bilik itu.  Apa yang harus ku lakukan ialah menyimpannya agar lebih rapi.
  hari ini sahaja aku fokus unuk mencantikkan papan kenyataan bilik Hem.Ketiga0tiga papan itu ada informasinya. Ada yang dah bertahun sejak tahun 2017 lagi. Aku  meluangkan  masa membuang dan menanggalkan maklumat di papan itu mengambil masa berjam-jam juga dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.40 tengah hari.
  Sambil mengemas sambil melayan GPK 1 dan cikgu yang datang. Ada dua orang yang mencari laptop mereka.  Mahu kusorokkan laptop atau komputer riba mereka . Setiap guru di SKBR ini agaknya terlalu sibuk. Oleh itu, mereka tertinggal barangan penting, hari Rabu lepas, cikgu Nor Zaleha tertinggal beg dan komputer di dalamnya. Hari Jumaat ini 15/3 , cikgu Arifin dan cikgu Nor Afuza pula tertinggal beg dan komputer mereka. Kekadang nak juga menyorokkan dalam seminggu, biar mencacau mereka mencari.
   Minggu ini merupakan minggu yang sibuk, persediaan delegasi dari Indonesia, walau pun mereka datang melawat PPKI , namun mereka menggunakan Bilik Cempaka sebagai bilik perbincangan, maka dihiaskan sebagai persediaan menyambut tetamu.

No comments:

Post a Comment