Friday, March 1, 2019

sukarnya menjadi pesakit diabetis

 Akhir tahun 2015 aku  disahkan sebagai pesakit diabetis. Sepanjang hampir 4 tahun, aku mengidap diabetis. Aku  telah diberi ceramah atau penerangan tentang pemakanan atau diet bagi penyakit ini. Aku juga disarankan agar mengambil suntikan insulin. Apabila check up je, gula naik atau setinggi 10.3 sahaja, doktor akan  menyarankan aku mengambil suntikan  insulin.
    Pada tahun lepas , anakku telah menghubungi HAG  dan datang ke hospital memohon agar aku diberi pilihan ubat yang lain. Selama mengambil ubat glazide dan metformin, aku sering batuk . Dapatlah aku diberi ubat diabetis yang lain. dan dapat rawatan daripada doktor pakar.
  Perjumpaan dengan doktor pakar pada 9/1/2019, gula naik lagi. Doktor masih menyarankan agar aku mengambil insulin. Aku diberitahu bahawa ubat yang diambil adalah dos paling maksimum. Doktor itu tidak tahu ubat apakah yang berkesan bagiku.  Entahlah, aku dah puas beri jawapan. Sarananku adalah aku tidak akan mengambil sebarang makanan bergula- mengandungi gula putih, berpuasa Isnin dan Khamis atau pun berhenti kerja. yang tak dapat kulupakan ialah doktor tersebut bertanyakan pak cik, Beliau mungkin mahu menggunakan suamiku agar bersetuju aku ambil suntikan insulin.  Beliau tak tahu selalunya aku sendirian memandu ke hospital.
   Sejak hari itu, aku dah mula meninggalkan makanan yang bergula atau pun minuman yang mengandungi gula putih. . Aku membeli phytax , mesin baru penyukat darah , blender epal hijau dengan peria katak, kacang panjang dengan tomato atau minum jus orange.Alhamdulillah sejak amalkan bolehlah bacaan gula itu turun sehingga 5.6, 6.6. 7.5 dan 8.7 kadar gula di  dalam darah. Tetapi aku harus makan malam sekitar pukul 6- 7 petang, tidak boleh lewat daripada itu, kalau tidak gula akan naik sehingga 10 ml mol.  Isnin 4/3/2019  ini akan ambil darah dan  13/3 akan berjumpa dengan doktor.  Doaku agar selama ini amalan pemakanan dapat ku patuhi. Doakan semoga aku berjaya melepasi dugaan ini...berkata .tidak kepada suntikan insulin, semoga Allah beri aku kekuatan dalam mengatasi masalah ini....aamiin.,,bersambung perkembangannya...

                         SUSU NOVA ACTIV MAX SEBOTOL HARGANYA  RM102.00
               PYHTAX 2 BOTOL RM260 dan percuma sebotol 300ml, gambar sekadar hiasan.
                    AUTOCODE -BLOOD GLUCOSE MONITORING SYSTEM - RM100 menggantikan one touch yang ku beli dahulu kerana bacaannya tidak sama dengan mesin menyukat gula dalam darah.

                                          STRIP 2 UNIT 50 PIECES RM 79.00
                                                           BUKU LOG PERCUMA

 Pemakanan hendaklah dijaga, sarapan pagi dengan satu scoop susu diabetik dengan 4 camca quacker oat. Tengah hari makan nasi sedikit dengan sayur , ikan dan sebelah telur asin. Malam pula makan pada pukul 6 atau 7 petang.  Kalau makan 8.00 malam alamat gula sukar hendak turun.
Ubat pula dibekalkan dengan gliclazide 60 mg  2 biji sekali waktu pagi, Metformin hydrochloride extended 500 mg 2 biji pada waktu makan tengah hari dan sebiji pada waktu makan malam bersama-sama  atorvastatin 40 mg dan saxagliptin 5 mg. Untuk mengurangkan gula dan lemak serta mengurangkan kolesterol , makanan disekat atau tidak diambil seperti kuih muih dan air manis.

 Tanda-tanda gula terlalu tinggi dalam darah, tangan kebas-kebas kekadang bisa, pandanganku blur dan mengantuk semasa memandu balik dari sekolah.

......ayat lintang pukang sebab teks ini  terus ditaip tanpa membuat teks terlebih dahulu,,,,

2 comments:

  1. jom, kongsikan pengalaman bersama-sama walau pun cara mengatasinya berbeza.

    ReplyDelete
  2. tak sabar menunggu keputusan ambil darah pada 4/3.2019 dan rawatan daripada doktor pakar pada 13/3/2019....apa agaknya ? semoga aku beroleh keputusan yang baik-baik sementelah byk perkara yang aku patuhi.

    ReplyDelete