Setelah mengambil darah pada 4/3, ternyata keputusan itu serba sedikit meragut kepercayaanku dan mendesak agar aku lebih bertawakal.
Pertemuan dengan doktor pada hari ini, menyebabkan aku terpaksa mengambil darah semula pada 10/6 dan perjumpaan dengan doktor pada 19/6. Mengimbas kembali bagaimana harus aku menyukat gula dalam darah seperti azab juga.
Pertama, aku tidak mengambil makanan yang manis seperti kuih muih, kalau makan pun karipap. Tetapi sesekali makan juga goreng pisang dan apabila teringin tetapi selau ku peringatkan diri sendiri. Air manis langsung tidak ambil, kalau ambil pun guna gula perang. Puasa seminggu sekali, jadilah.
Pagi, aku ambil quacker oat dengan susu diabetik, tulah sarapan pagiku. Aku makan nasi pada pukul 10.00 pagi ketika di sekolah tetapi apabila di rumah kekadang lari masa makan. ada dua hari berturut-turut makan lambat lebih kurang pukul 2.15 petang, sakit perut teramat sangat, ternyata angin penuh di dalam perut. Dengan peristiwa ini , mengingatkan aku supaya menjaga masa makan.
Bab senaman pula seminggu sekali berlari-larilah di atas treadmill dan buat sauna selama 40 minit.
selain itu aku ada juga membeli mesin Terapi Getaran Tegak "Vertical Vibration Theraphy". Buatlah latihan ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Begitulah aturan yang telah aku tetapkan dalam menangani diabetis. Namun kegagalanku ternyata tersasar. Namun begitu amalan yang betul harus kucari dan kugali sehingga menjumpai kaedah atau cara yang berkesan, mungkin Allah mendugaku melalui cara ini. Semoga aku lebih tabah dengan keputusan ujian darah yang diambil pada 4/3 ...gula 8.8, kolesterol, jantung, buah pingggang, denyutan nadi atau BP , ok dan ujian darah pagi ini 7.5 agak tinggi kerana aku belum sarapan lagi. Semoga aku lebih tabah menghadapi kehidupan mendatang ....aamiin ya rabbbal'alamin.
oh, ya ...sejak pertukaran daripada pesakit luar ke klinik pakar atas lawatan , medikal , tidak tercatat pekerjaanku, nasib baik tak kena bayaran...siap ditanya ada tak surat atau kad pesara, kad suami tetapi aku menyatakan aku masih berkhidmat di sekolah. Namun begitu meleset sangkaanku masih tidak tercatat pekerjaanku...kosong, keturunan pun kosong.
ada sesiapa yang sudi memberi pandangan dan idea atau berkongsi ieada cara menangani penyakit ini ..silakan.
ReplyDelete