Wednesday, November 2, 2016

Appointment 2/11/2016...pesakit Diabetis

Setelah hampir 2 tahun dikesan sebagai pesakit diabetis, akhirnya aku akui bukanlah mudah untuk mengawal gula dalam darah. Walaupun telah dibekalkan ubat Gliclazide, dua biji sebelum makan (1/2 jam sebelum makan) , Dibose (semasa makan sebiji) dan Glumet metformin dua biji selepas makan, namun bacaan gula dalam darah masih belum dapat diturunkan.
  Berbagai cara ku lakukan, minum jus kacang hijau + tomato atau epal hijau + peria katak, setahun yang lalu berkesan juga. Kali ini ditambah dengan teh rama-rama dan Ghzout 2 kali sebelum makan, tidak juga berjaya menurunkan gula kepada 7 atau 8.  Kekadang, kalau aku puasa dua hari berturut-turut baharulah dapat menurunkan bacaan gula kepada 7 atau 8.
    Dengan mencatat apa yang dimakan dan mengambil bacaan di pagi hari, dapatlah ku kesan bahawa mesin one touch yang berwarna hijau ini sudah lain bacaan. Aku sedari apabila di rumah diuji kemudian di hospital diuji pula dengan mesin di hospital Alor Gajah.  Jauh beza bacaannya, kalau di rumah bacaan 7.6 tetapi di hospital bacaannya 10.8.  Oleh itu, aku menyatakan rasa tidak puas hati, lalu aku membawa mesin itu ke Farmasi Saiza, di mana mesin itu kubeli tahun lepas.  Nasib aku baik, pekerja di situ melayanku dengan baik, diberikan aku mesin yang baharu.
   Berbalik kisah aku tadi, aku sepatutnya lebih berhati-hati dan menjaga dengan betul pemakananku dan juga jadual makan ubat.  Mungkin aku tidak patuh kepada masa.  Mungkin itu kesilapanku.
Entahlah semoga Allah memberikan aku kesempatan untuk hidup lebih lama kerana aku belum bersedia menghadapi-Nya.  Semoga umur ku panjang dan sempat ku bertaubat kerana aku takut mimpi-mimpi yang ku alami menjadi kenyataan . Aku ingin menyempurnakan rukun Islam, semoga Allah memberikan aku kesempatan itu....tangungjawab yang belum kulunasi....agar tercapai cita-citaku...aamiin.

No comments:

Post a Comment