Monday, November 14, 2016

Pertemuan dengan XSMST 2016

Sudah lama hendak kujejaki kekawan lama terutama bekas kawan-kawan  sekolah rendah atau menengah, maktab atau universiti.  Oleh kerana aku musafir kelana, banyak sekolah yang ku singgah.  Sekolah rendah sahaja ada 3 iaitu Sekolah kebangsaaan Tangga Batu, darjah 1-3, SRJK Convent St. Teresa (2) Brickfields, Kuala Lumpur, darjah  4-5,  Methodist Girl's School , Melaka darjah 6. Berpindah-pindah sekolah menyebabkan aku ketinggalan dalam pelajaran.
    Begitu juga dengan sekolah menengah. Tingkatan 1-3, di SMK Tanjung Kling, kemudian dapat tawaran ke SMK Munshi Abdullah , Batu Berendam tingkatan 4-6 rendah, seterusnya di SMK Tengku Ampuan Rahimah , Klang , tingkatan 6 rendah dan 6 atas. Aku bernasib baik juga dapat sijil penuh dalam peperiksaan Sjil Tinggi Pelajaran.
   Kemudian meneruskan pengajian ke Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit, Terengganu dari tahun 1982-1984.  Seterusnya mengajar di SRK Sri Subang Jaya, Petaling Jaya, Akhirnya pada usia 36 tahun , aku menyambung pelajaran ke USM secara PJJ, Pengajian Jarak Jauh.  Dalam kepayahan dan kesesakan masa dengan anak-anak masih kecil di samping tugas yang mencabar, berjaya juga , aku mendapatkan segulung ijazah.  Walaupun pada masa itu banyak halangan dan kekangan dengan ejekan ' Dah , tua-tua pun hendak belajar'.
   Kini aku, dah tak merantau. Balik ke kampung setelah menghabis usia di Selangor, Pulau Pinang, Sabah, Terengganu.  Aku hanya kaya dengan pengalaman sementara  orang lain mungkin boleh menambah harta kekayaan tetapi aku hanya mampu melebarkan sayap mencari rezeki dan pengalaman  di  beberapa buah negeri yang ku sebutkan tadi.
  Dah tua-tua mencari kawan lama.  Selagi ada hayat , selagi itulah dapat menghidupkan ukhuwah tali persahabatan dengan kekawan sekolah.  Gambar-gambar  inilah yang menjadi saksi pertemuan kami.


Pertemuan di rumah salah seorang sahabat Warda dan suaminya pada 13/11/2016 untuk menunaikan umrah.  Semoga sahabatku mendapat umrah yang mabrur.


pertemuan pada 12/11/2016 di rumah Soyah, menziarahi kehilangan anak sulungnya yang pengsan disebabkan darah tinggi, koma selama seminggu.
Pertemuan kali pertama di rumah Zainuddin, Kampung  Tanjung Minyak.

    Semoga persahabatan berkekalan, walaupun aku tahu tak mungkin aku dapat mengenali mereka kerana kesempitan  dan kekangan masa serta  komitmen yang lain .

No comments:

Post a Comment