Wednesday, November 16, 2016

Debaran detik 17/11/2016...Khamis UPSR

Pada tahun 2016, aku mengajar Bahasa Melayu kelas 6 Bestari , mereka terdiri daripada pelbagai kebolehan . Mereka tergolong dalam kebolehan  yang sederhana.  Apabila En Mohd Isha, guru Bahasa Melayu naik pangkat dan berpindah , aku mengalas tugas tersebut dan dilantik sebagai ketua panitia Bahasa Melayu.
   Mengajar kelas pertama yang ku anggap cerdik tetapi kurang berdisplin adalah agak sukar.  Pada pandanganku memang mereka cerdik tetapi kecerdikannya tidak boleh diikut.  Mungkin masalah disiplin seperti  membuat kerja tidak serius, suka bergurau semasa guru mengajar adalah pantang bagiku.  Mungkin mereka tak matang kot.
   Sepatutnya mereka   seramai 16 orang boleh  mendapat  A bagi kedua-dua kertas  Bahasa Melayu .  Pernah dahulu,  aku muridku seramai 30 orang,  kesemua mereka mendapat A bagi kedua-dua kertas   Sebenarnya aku mengajar murid yang telah kukuh pengetahuan bahasanya, maka mudahlah mendapat A, itu pun ada yang culas membuat kerja rumah.
   Murid-murid  ini sepatutnya bersyukur kerana guru-guru yang mengajar tahun 6 bertungkus lumus mengadakan kelas tambahan pada sebelah  petang, malam dan setiap sabtu di samping cuti penggal atau cuti sekolah. Buku-buku disediakan tetapi ada antara mereka yang tidak buat kerja.  Naik angin juga aku kerana sekiranya disuruh buat kerja rumah hanya 4 orang sahaja yang buat.  Ada geng selamba land sahaja , bagi mereka tidak kisah, cikgu marah atau naik angin, tak jadi kudis pada mereka.
    Kehadiran pentadbir pula, telah menambah beberapa jadual dan tugasan baharu. Dengan kem motivasi, kem teknik menjawab soalan di samping perkhemahan yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental seperti perkhemahan di Gua Batu Maloi diadakan untuk meningkatkan daya ketahanan dan membina semangat jati diri.
   Antara program yang diadakan adalah siri motivasi dengan program ' Titian Kasih ' anjuran bersama pihak kaunselor UiTM, Konsep Jadual tringle dan kelas SBP selama sebulan dan konsep berkampung semasa UPSR selama 4 hari di sekolah juga diadakan semata-mata untuk meningkatkan prestasi pembelajaran murid.  Pada masa peperiksaan UPSR pula diadakan perkampungan ilmu..Pendaftaran hari Ahad, Isnin, Selasa , Rabu dan Khamis sehingga tengah hari. Selama 4 hari, guru berkorban memasak dan menyediakan makanan kepada murid-murid SKMT. Kami tak tahu bagaimana lagi untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik agar mendapat keputusan yang terbaik.  Kita tunggulah sehingga detik 17/11/2016 menjadi kenyataan...aamiin.

No comments:

Post a Comment