Tuesday, November 15, 2016

Persiapan Persembahan Sketsa ' Tanggang Anak Derhaka' 2016

 Buat kali pertamanya, dalam sejarah setelah bergelumang hampir 32 tahun, kini kembali memegang tanggungjawab memimpin persembahan  buat Hari Anugerah Kecemerlangan pada tahun 2016.
   Aku mula mendapat idea untuk memilih sketsa ini bagi menyampaikan idea dan penyerapan nilai-nilai murni .  Setelah memilih tajuk ' Si Tanggang Anak Derhaka' dan memilih syair irama Dandan Setia dengan  bantuan Pn Asiah bt Hashim , Guru Muzik Cemerlang,  Aku memilih murid yang agak mendengar kata dan berdisiplin.  Walau pun mereka agak kaku sedikit dalam  lakonan , aku tetap hendakkkan mereka berlakon. Yang penting  terapkan nilai bekerjasama, taat dan mendengar kata.
   Memilih murid bersyair adalah mudah kerana murid ini memang wakil sekolah  yang telah dilatih untuk bersyair. Mula-mula,  kami meminta murid-murid ini menonton cerita Si Tanggang. Kemudian latihan berlakon. Murid-murid boleh berlakon tetapi perlu penghayatan, mimik muka dan intonasi suara serta gaya. Aku beruntung kerana mendapat bantuan daripada Pn Nolizah bt Jantan, Pn Mahdatul Annur dan kerjasama semua murid tahun 6 Aquamarine.
     Aku membantu membuat prop danbeberapa orang  murid tahun 6 membantu mewarna prop tersebut seperti kapal dan sampan , manakala persembahan dan iringan muzik  bagi nyanyian lagu 'Oh Ibu' dibantu oleh Pn Asiah bt Hashim setta  lakonan dibantu oleh Pn Mahdatul Annur, selaku juru teknik makmal komputer yang turut menyediakan bunyi dan animasi ribut ketika Si Tanggang sedar dan insaf , akhirnya menjadi batu kerana derhaka kepada si ibu.

 
CERITA SI TANGGANG ANAK DERHAKA

Tanggang :      Mak, ada sebuah kapal berlabuh di muara, mak.
                        Izinkan Tanggang belayar ,mak.
                        Tanggang ingin ,ingin membawa nasib
                        Manalah tahu, nasib kita boleh berubah

Ibu         :         Kalau kau pergi,
                        Siapa nak jaga mak, Tanggang.
                        Mak dah tua. Mak dah tak kuat, Tanggang.

Tanggang:       Mak, Tanggang pergi bukannya lama.
                        Lagi lekas Tanggang kumpul harta, lagi lekas Tanggang pulang
.
Setelah kaya dan berkahwin dengan puteri raja

Puteri  :           Kanda, marilah. Marilah kita berehat sebentar.

Tanggang:       Jangan dinda.  Kita tak ada banyak masa untuk naik ke sana.

Puteri  :            Bolehlah ,kanda. Bolehlah sekejap.

Tanggang:       Baiklah, dinda. Tapi sekejap sahaja tau.

Setelah kapal Tanggang berlabuh di kampungnya.

Ibu:                  Tanggang, Tanggang, anak mak.
                        Kau dah balik ,nak.
                        Kau dah capai cita-cita kau, nak.
                        Mak berdoa siang dan malam ,supaya kau selamat , Tanggang.
                        Ni, mak ada bawa ikan salai, makanan kegemaran kau, Tanggang.

Puteri :            Kanda, perempuan ni dah gila agaknya!
                        Dah, hilang akal. Mengapa dia mengaku mak, kanda.
                        Tengok badannya kotor, berselekeh, tentu baunya busuk.

Tanggang:       Hei, pergi kau naik ke darat.  Kau dah gila! Mak aku dah tak ada tau.

Ibu:                  Mak kau dah tak ada.
                        Jadi, aku ni siapa? Bukan aku …emak kau, Tanggang.
                        Kau sudah lupa ,Tanggang.

Tanggang:       Ah, orang tua ni.. kau merepek aje.
                        Macam mana kau nak jadi mak aku. Orang tua kolot!
                        Kalau kau nak apa-apa, kau cakap.  Kalau tak, naik kau ke darat.

Ibu:                  Tanggang, Tanggang
                        Betul mak dah kata dulu.  Kalau  kau dah senang , kau lupa daratan.
                        Sekarang kau dah malu mengaku, aku emak kau, Tanggang

Tanggang:       Ah, sudah-sudah, aku tak mahu lihat muka kau lagi.

                        Hei, naik kau ke darat. Aku tak mahu tengok muka kau lagi!.

Tanggang menolak ibunya…
Ibu  :                Tanggang, Tanggang….sambil menangis.

Ibu berlalu pergi.

Ibu       :           Ya, Allah. Sekiranya betul dia anak aku, yang aku kandungkan, kau  
 tunjukkanlah balasan kepada anak yang tak mengenang jasa kepada ibunya.
Anak yang seperti kacang lupakan kulit.

Tanggang:       Ampunkan, Tanggang.
                        Tanggang mengaku……Tanggang anak mak.
                        Tanggang sedar, Tanggang  yang salah ,mak.
                        Ampunkan Tanggang, mak.


    Lirik Si Tanggang anak derhaka
    Irama Syair Dandan Setia

Tersebut kisah dahulu kala
Si Tanggang tinggal di sebuah desa
Bekerja kuat sepanjang masa
Kepada si ibu selalu berjasa

 Suatu hari datang bahtera
Si Tanggang belayar menjadi nakhoda
Meninggalkan ibu miskin dan tua
Menanti pulang anak tercinta

Setelah menunggu sekian lama
Kembalilah Si Tanggang ke desa semula
Membawa pulang isteri jelita
Dengan kekayaan dalam bahtera

Kerana ibu tua dan hina
Si Tanggang tidak tmahu berjumpa
Berasa malu kepada isterinya
 Tidak mahu juga mengaku ibunya

Sikap Si Tanggang yang derhaka itu
Menyebabkan kecil hari si ibu
Dengan perasaan sedih dan pilu
Disumpah Si Tanggang menjadi batu.


Lirik Lagu Untukmu Ibu – Exist



Oh Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Ibu
[by : http://liriklagu.biz]
Kini aku hilang tempat mengadu
Oh ibu
Damailah engaku di sana
Ku taburi doa mewangi
hadiah dari anakmu
Ibu

Membuat prop dan mewarna


Murid-murid mewarna






 latihan lakonan






Semoga hasil usaha kami berhasil, Syukurlah tamat sebuah episod untuk persembahan Hari Anugerah Kecemerlangan.....TERIMA KASIH atas kerjasama dan sumbangan tenaga , idea serta perkhidmatan yang telah diberi.....khas untuk semua murid tahun 6 Aquamarine.





No comments:

Post a Comment