Friday, November 18, 2016

Merudum keputusan UPSR 2016

Dalam sejarah selama hampir 32 tahun, mengajar Bahasa Melayu tahun 6 , kelas peperiksaan inilah kali pertama aku terkejut beruk. Walaupun seleuruh Malaysia dikatakan merosot, tetapi aku terkilan kerana usaha aku dan kawan-kawan setugas bagaikan tak berbaloi. Keputusan tersebut sekurang-kurang sama dengan keputusan tahun sebelumnya.
    Walaupun dikatakan tidak boleh dibuat perbandingan, tetapi umpama tsunami melanda, punah segala harapan. Biar dipujuk calon 3A dan 3B boleh memohon MRSM, SBP atau sekolah yang berprestasi tinggi , namun berapa kerat sahaja murid yang berjaya. Tunggang-langgang buat kelas, kem motivasi, kem jati diri atau anak angkat UiTM, namun hakikatnya keputusan sekolah kami teruk.
   Muridku hanya ada 16 orang. Kelas lain pula 21 orang, jadi jumlahnya 37. Dengan agihan tersebut diharap dapat meningkatkan prestasi.   Dengan harapan kelas dikecilkan memudahkan guru meningkatkan prestasi pencapaian UPSR. Habuk pun tarak, malah keputusan keseluruhan merosot kepada 68. 86% berbanding tahun lepas 74.8%. Dah lah tahun ini sekolah kami akademik  diaudit , datanglah 16 orang nazir daripada Jabatan Pendidikan . Kami tidak mahu dengar murid yang salah. Jadi siapa yang mengambil peperiksaan. Cikgu hanya mengajar dan murid belajar, sedangkan aras pembelajaran hendakkan HOTS atau KBAT, kemahiran yang lahir dari otak yang cerdas.
   Muridku kebanyakan daripada golongan orang kampung walau pun tinggal di bandar.  Rata-rata rendah taraf ekonominya . Ibu bapa atau penjaga kurang berpendidikan.  Bergelumang   mencari rezeki atau  nafkah hidup , tersepit pula  dengan kenaikan harga barang, .  Anak-anak diserahkan bulat-bulat kepada guru. Gurulah yang mencanai mereka.yang sarat dengan jadual, Murid umpama pelarian bagiku, apa tidaknya hari Isnin angkut bantal dan pakaian dan Jumaat bawa balik semua barang keperluan tinggal di sekolah dari pagi hingga malam. Berkampung pula di sekolah semasa peperiksaan UPSR.
     Beberapa dasar yang telah dirancang diubah pula.  Perunahan demi perubahan bagiku tidaklah mendatangkan kebaikan. Jadual triangle atau tiga penjuru dan SBP
   Sabar sahajalah peratus kelulusan Pemahaman 97.2 %, Penulian 94.4 %, Bahasa Inggeris Pemahaman 81.8 % Bahasa Inggeris Penulisan 83.8%, Matematik 67.7 % dan Sains 94.9%. .
Semoga tahun depan meningkatlah keputusan UPSR....
  Pengredan pun amat tinggi ..seperti tertera di bawah

Soalan-soalan atau item pula berdasarkan solah KBAT atau HOTS ...murid belum biasa didedahkan format begini...susahnya, sebab itu yang murid yang mendapat A betul-betul cream...genius dan cemerlang.
   Kepada murid-muridku, insaflah bukan mudah untuk mendapat A waima dalam mata pelajaran Bahasa Melyu.  Semuanya mesti berusaha , konsisten, tawakal di samping mendapat berkat daripada pengjaran guru.  Hormatilah guru dan ibu bapa serta orang yang lebih tua.  Setiap guru di sekolah kamu adalah pengganti ibu bapa kamu.  Anggaplah teguran guru ibarat seorang ibu menasihati kamu.
Semoga ini menjadi pengajaran kepada kamu.  Tahniah, teruskan perjuangan kamu. Perjalanan kamu masih panjang lagi.

No comments:

Post a Comment