Dulu makan quaker oat pepagi dengan susu diabetik "NOVA". Kini beralih kepada chia seed pula. b anyak ku memborong 5 paket. Kebetulan suamipun makan chia seed. Berat badan dah turun 2 kg sejak bulan puasa tahun ini 2019.
Tinggal5 kilo je nak turunkan berat badan supaya menjadi berat badan yang ideal. Dulu perabis duit p spa hampir RM10000 untuk ratan sebanyak 24 kali. Adalah berat badan turun hingga 52 kilo. Kemudian aku berpindah ke Sabah, akhirnya 4 kali rawatan hangus macam tu sahaja. Aku tak ada masa nak p spa, asyik berulang alik dari Felda Sahabat ke Lendu , rumahku.
Kini berat badan naik semula dari dari 52 tahun 2010 , 57-58 kg tahun 2018. Inilah faedahnya sakit diabetis, p hospital periksa tekanan darah, gula dan air kencing.
Sejak tak makan quaker oat serapan pagi, aku dah mula mengatur masa makan yang baru. Minum susu campur chia seed sebelum p sekolah. Aku tak tahu sama ada berkesan atau tidak. Dulu beralih minum air rebusan buah mahkota dewa. Kini minum kopi o tanpa gula, aku dah macam terasa pedih perut pula kalau selalu blend epal atau oren, sebagai tambahan buah-buahan .
Dengan makan chia seed aku terasa bertenaga sedikit. Semoga usahaku berbaloi untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah....aamiin
corat- coret kehidupan
Tuesday, July 16, 2019
Tuesday, July 2, 2019
kakiku terseliuh lagi 2019
Aku masih ingat lagi kakiku terkulai, tak boleh berjalan dengan betul, pijak pun tak boleh. Insiden itu berlaku di Tesco lama senasa hendak membeli belah . Persiapan untuk anak sulung masuk asrama tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penih Intergrasi Selandardan sibuk hendak menghantar anak kedua ke Sekolah Sharifah Rodziah. Aku tidak ingat mungkin tahun 2005.
Menggelitai kaki, tak boleh pijak ke bumi. Jalan pun terencot-encot. Cepat-cepat aku mendapatkan tukang urut iaitu emak busuku. Kakiku masih belum baik sehingga 4 tukang urut termasuk kakakku . Mula-mula hendak naik tangga, angkat kaki pun sakit. Rasa nak marah dengan GPK Koku ku, kerana tidak memahami aku yang kesakitan. Selepas beberapa kali berurut, sakit pula hujung kaki ketika hendak menuruni anak tangga, semasa itu aku mengajar di SK Dato' Naning, naik tangga turun tangga, Allah sahaja yang mengetahui-Nya. akhirnya , aku berjumpa tukang urut yang keempat di Simpang Ampat, sekali sahaja dia pegang kakiku dan urut sedikit dah berbunyi keletup, dia pun kata dah masuk, Aku tak tahu apa maksudnya, yang penting kakiku dah elok. Dah tak sakit.
Tahun ini pula, ketika sibuk nak tengok durian. Kononnya dah gugur, durian tak gugur , kakiku yang terseliuh. Sebaik sahaja kejadian, aku terus meminta kakakku mengurutnya. Suamiku hanya menyarankan aku bubuh ubat angin sahaja. Setelah diurut semakin sakit dan aku tidak boleh memijak atau tidak boleh berjalan. Terpaksa aku gunakan kerusi untuk berjalan , sembahyang pun di atas kerusi.
Selepas itu , ku mohon bantuan kawan-kawan di dalam fb, mujur Cikgu Kamariah, guru SK Sungai Sireh mencadangkan aku merendam kaki di dalam air berais. ku buat beberapa kali berkesan juga. Oklah, dah boleh berjalan namun ada sakitnya. Kemudian , aku kakiku bengkak susah hendak susut. Berjalan pun sakit ketika memijak. Agak lama jugalah daripada 25/5 sehingga 10/6 , aku terpaksa mengidap bengkak kaki dan kaki masih terasa sakit ketika berjalan.
Kemudian, aku ke klinik Noor Shilla minta ubat dan ku tunjukkan kaki yang bengkak. Baru pertama kali aku jumpa doktor yang menunjukkan gambar kali dan otot kaki. Beliau menyatakan tisu yang koyak sahaja dan aku diberi ubat tahan sakit . Kenalah RM30.00.
Aku akhirnya terpaksa merujuk ke hospital Alor Gajah. Aku diminta pergi ke hospital lama, Hospital Baharu dan Hospital Lama semula. Rawatan berjumpa doktor di HAG Lama, diminta x-ray di Hospital Baru Alor Gajah dan rawatan serta ubat di Hospital Lama . Akhirnya aku diberi ubat tahan sakit dan kain anduh . Kain anduh buat sokongan atau balut tetapi pinnya selalu cicir, maka aku beli di farmasi sarung kaki untuk sokongan.
Di sekolah pula , aku diberi penerangan tentang koyok, oleh seorang peniaga Cina yang menjual baja dan koyok, maka aku beli koyok dan tampal di bahagian kaki tersebut. Akhirnya baik juga...alhamdulillah.
beli setokin ini berharga RM 37.70 dan koyok RM 12.00 ada 5 keping.

koyok berubat daripada bahan semula jadi.
Ini semua durian punya fasallah...............alhamdulillah sakit-sakit pun pergi jengok dan kutip buah kuini, durian dan cempedak....
Alhamdulillah pokok durian nan sebatang dapat merasai buahnya dan pokok kuini yang sebatang tu juga berbuah lebat. . Sayangnya pokok durian kampung yang diberi oleh Cikgu Salamah Ahmad, xGPK 1 SK Dato' Naning , tahun lepas dapat makan buahnya, tahun ini tupai yang kenyang, buahnya kecil dan banyak dimakan tupai hanya 10 biji sahaja daripada 40 biji semuanya rezeki tupai.
Saturday, March 16, 2019
Takdirnya aku begini...
Sejak menjadi pentadbir di sekolah ini banyak peristiwa yang ku lalui. Biasalah mana mungkin seorang pentadbiradalah seorang manusia yang sempurna.
Sebenarnya , kehadiranku di sini hanyalah sebagai tempat persinggahan. Hatiku sebenarnya amat terasa hampa apabila aku ditukarkan ke SK Paya Rumput, umpama insan yang dibuang daerah, manakan tidak, aku tidak boleh berada sedaerah dengan suamiku, maka ditukarkan ke sekolah di Daerah MelakaTengah dengan alasan keperluan perkhidmatan. Pertukaran
ku ke SKBR pula atas kenaikan pangkat.
Aku sebenarnya tidak berminat untuk menjadi GPK atau pentadbir. Entah mengapa, aku tiada pilihan. Tambahan pula , aku teringin juga menjawat jawatan ini setelah jemu menjadi guru biasa. Setelah menjadi guru cemerlang, aku tidak boleh menjadi pentadbir. Gagal menjawat guru cemerlang DG 48, aku akhirnya jadi guru akademik biasa..
eAku sebenarnya selalu didesak supaya memohon guru cemerlang oleh GPK dan guru besar SKDN. Setiap hari atau setiap tahun perkara yang sama diulang-ulang. Adalah empat orang guru memohon pada tahun 2009 tetapi seorang sahaja yang layak, malangnya apabila hendak dipantau, gagal di situ. Tahun 2010 pula aku mohon lagi, kali ini dengan membuat kajian tindakan dan menyediakan fail-fail serta dokumen.
Akhirnya aku berjaya dilantik sebagai guru cemerlang pada 24.8.2010 . Sekiranya dilantik sebagai gc, maka tidak boleh menjadi pentadbir, maka jadilah aku guru biasa ssetelah gagal memohon gc pada tahun 2014. Akhirnya title gc menjadi guru biasa,
Berbalik kepada dibuang daerah, terasa hambar dan tidak ada semangat begiku. Kemudian aku mendapat surat penggilan daripada JPNM. Panggilan surat tersebut meminta aku ke Jabatan tetapi akhirnya dibatalkan. Kemudiaa panggilan telefon kedua, yang menentukan akju sebagai GPK HEM SK Bukit Rambai. Dengan tiada pengalaman, bermula daripada sifar, aku meminta pertolongan daripada Pn Fatimah bt Ibrahim, bekas GPK HEM sekolah itu, selain GPK 1. Sekiranya tiada Pb siti Rafiah bt Mokhdar, GPK 1 , aku terasa kekosongan dan kehilangan. Syukur alhamdulillah GPK 1 banyak membantuku. Selain itu GPK HEM Paya Rumput pun membantu aku menyertai group wassap GPK HEM Melaka Tengah. Aku bersyukur kerana dapat kerjasama daripada guru-guru SKBR.

ku ubah landskap bilik HEM SKBR
Setelah hampir setahun, aku merasakan perlu ku ubah landskap bilik Hem. Sejak aku jadi penghuni bilik itu tidak banyak yang ku ubah. Keeriaan dan susun atur bilik itu amat meyesakkan fikiranku tetapi aku tak tahu apa yang harus kubuang atau kusimpan di mana?. Banyak dokumen penting yang perlu kusimpan di tempat lain.
Bukan itu sahaja , malahan di dalm almari, di dalam kotak , entah apa dokumen dan barang pun aku tak tahu. Apa yang pastinya ingin ku buang tetapi sayang, entah kan berharga dokumen kerajaan.
semua surat menyurat HEM ada di dalam bilik itu. Apa yang harus ku lakukan ialah menyimpannya agar lebih rapi.
hari ini sahaja aku fokus unuk mencantikkan papan kenyataan bilik Hem.Ketiga0tiga papan itu ada informasinya. Ada yang dah bertahun sejak tahun 2017 lagi. Aku meluangkan masa membuang dan menanggalkan maklumat di papan itu mengambil masa berjam-jam juga dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.40 tengah hari.
Sambil mengemas sambil melayan GPK 1 dan cikgu yang datang. Ada dua orang yang mencari laptop mereka. Mahu kusorokkan laptop atau komputer riba mereka . Setiap guru di SKBR ini agaknya terlalu sibuk. Oleh itu, mereka tertinggal barangan penting, hari Rabu lepas, cikgu Nor Zaleha tertinggal beg dan komputer di dalamnya. Hari Jumaat ini 15/3 , cikgu Arifin dan cikgu Nor Afuza pula tertinggal beg dan komputer mereka. Kekadang nak juga menyorokkan dalam seminggu, biar mencacau mereka mencari.
Minggu ini merupakan minggu yang sibuk, persediaan delegasi dari Indonesia, walau pun mereka datang melawat PPKI , namun mereka menggunakan Bilik Cempaka sebagai bilik perbincangan, maka dihiaskan sebagai persediaan menyambut tetamu.

Wednesday, March 13, 2019
sukarnya menjadi pesakit diabetis bahagian 2
Setelah mengambil darah pada 4/3, ternyata keputusan itu serba sedikit meragut kepercayaanku dan mendesak agar aku lebih bertawakal.
Pertemuan dengan doktor pada hari ini, menyebabkan aku terpaksa mengambil darah semula pada 10/6 dan perjumpaan dengan doktor pada 19/6. Mengimbas kembali bagaimana harus aku menyukat gula dalam darah seperti azab juga.
Pertama, aku tidak mengambil makanan yang manis seperti kuih muih, kalau makan pun karipap. Tetapi sesekali makan juga goreng pisang dan apabila teringin tetapi selau ku peringatkan diri sendiri. Air manis langsung tidak ambil, kalau ambil pun guna gula perang. Puasa seminggu sekali, jadilah.
Pagi, aku ambil quacker oat dengan susu diabetik, tulah sarapan pagiku. Aku makan nasi pada pukul 10.00 pagi ketika di sekolah tetapi apabila di rumah kekadang lari masa makan. ada dua hari berturut-turut makan lambat lebih kurang pukul 2.15 petang, sakit perut teramat sangat, ternyata angin penuh di dalam perut. Dengan peristiwa ini , mengingatkan aku supaya menjaga masa makan.
Bab senaman pula seminggu sekali berlari-larilah di atas treadmill dan buat sauna selama 40 minit.
selain itu aku ada juga membeli mesin Terapi Getaran Tegak "Vertical Vibration Theraphy". Buatlah latihan ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Begitulah aturan yang telah aku tetapkan dalam menangani diabetis. Namun kegagalanku ternyata tersasar. Namun begitu amalan yang betul harus kucari dan kugali sehingga menjumpai kaedah atau cara yang berkesan, mungkin Allah mendugaku melalui cara ini. Semoga aku lebih tabah dengan keputusan ujian darah yang diambil pada 4/3 ...gula 8.8, kolesterol, jantung, buah pingggang, denyutan nadi atau BP , ok dan ujian darah pagi ini 7.5 agak tinggi kerana aku belum sarapan lagi. Semoga aku lebih tabah menghadapi kehidupan mendatang ....aamiin ya rabbbal'alamin.
oh, ya ...sejak pertukaran daripada pesakit luar ke klinik pakar atas lawatan , medikal , tidak tercatat pekerjaanku, nasib baik tak kena bayaran...siap ditanya ada tak surat atau kad pesara, kad suami tetapi aku menyatakan aku masih berkhidmat di sekolah. Namun begitu meleset sangkaanku masih tidak tercatat pekerjaanku...kosong, keturunan pun kosong.

Friday, March 1, 2019
sukarnya menjadi pesakit diabetis
Akhir tahun 2015 aku disahkan sebagai pesakit diabetis. Sepanjang hampir 4 tahun, aku mengidap diabetis. Aku telah diberi ceramah atau penerangan tentang pemakanan atau diet bagi penyakit ini. Aku juga disarankan agar mengambil suntikan insulin. Apabila check up je, gula naik atau setinggi 10.3 sahaja, doktor akan menyarankan aku mengambil suntikan insulin.
Pada tahun lepas , anakku telah menghubungi HAG dan datang ke hospital memohon agar aku diberi pilihan ubat yang lain. Selama mengambil ubat glazide dan metformin, aku sering batuk . Dapatlah aku diberi ubat diabetis yang lain. dan dapat rawatan daripada doktor pakar.
Perjumpaan dengan doktor pakar pada 9/1/2019, gula naik lagi. Doktor masih menyarankan agar aku mengambil insulin. Aku diberitahu bahawa ubat yang diambil adalah dos paling maksimum. Doktor itu tidak tahu ubat apakah yang berkesan bagiku. Entahlah, aku dah puas beri jawapan. Sarananku adalah aku tidak akan mengambil sebarang makanan bergula- mengandungi gula putih, berpuasa Isnin dan Khamis atau pun berhenti kerja. yang tak dapat kulupakan ialah doktor tersebut bertanyakan pak cik, Beliau mungkin mahu menggunakan suamiku agar bersetuju aku ambil suntikan insulin. Beliau tak tahu selalunya aku sendirian memandu ke hospital.
Sejak hari itu, aku dah mula meninggalkan makanan yang bergula atau pun minuman yang mengandungi gula putih. . Aku membeli phytax , mesin baru penyukat darah , blender epal hijau dengan peria katak, kacang panjang dengan tomato atau minum jus orange.Alhamdulillah sejak amalkan bolehlah bacaan gula itu turun sehingga 5.6, 6.6. 7.5 dan 8.7 kadar gula di dalam darah. Tetapi aku harus makan malam sekitar pukul 6- 7 petang, tidak boleh lewat daripada itu, kalau tidak gula akan naik sehingga 10 ml mol. Isnin 4/3/2019 ini akan ambil darah dan 13/3 akan berjumpa dengan doktor. Doaku agar selama ini amalan pemakanan dapat ku patuhi. Doakan semoga aku berjaya melepasi dugaan ini...berkata .tidak kepada suntikan insulin, semoga Allah beri aku kekuatan dalam mengatasi masalah ini....aamiin.,,bersambung perkembangannya...
SUSU NOVA ACTIV MAX SEBOTOL HARGANYA RM102.00
PYHTAX 2 BOTOL RM260 dan percuma sebotol 300ml, gambar sekadar hiasan.
AUTOCODE -BLOOD GLUCOSE MONITORING SYSTEM - RM100 menggantikan one touch yang ku beli dahulu kerana bacaannya tidak sama dengan mesin menyukat gula dalam darah.
STRIP 2 UNIT 50 PIECES RM 79.00
BUKU LOG PERCUMA
Pemakanan hendaklah dijaga, sarapan pagi dengan satu scoop susu diabetik dengan 4 camca quacker oat. Tengah hari makan nasi sedikit dengan sayur , ikan dan sebelah telur asin. Malam pula makan pada pukul 6 atau 7 petang. Kalau makan 8.00 malam alamat gula sukar hendak turun.
Ubat pula dibekalkan dengan gliclazide 60 mg 2 biji sekali waktu pagi, Metformin hydrochloride extended 500 mg 2 biji pada waktu makan tengah hari dan sebiji pada waktu makan malam bersama-sama atorvastatin 40 mg dan saxagliptin 5 mg. Untuk mengurangkan gula dan lemak serta mengurangkan kolesterol , makanan disekat atau tidak diambil seperti kuih muih dan air manis.
Tanda-tanda gula terlalu tinggi dalam darah, tangan kebas-kebas kekadang bisa, pandanganku blur dan mengantuk semasa memandu balik dari sekolah.
......ayat lintang pukang sebab teks ini terus ditaip tanpa membuat teks terlebih dahulu,,,,

Monday, April 9, 2018
3 sekolahku 2018
Pertukaran yang tak diduga telah mengubah perasaanku. Entah mengapa perasaan memberontak atau tidak akur akan ketentuan ini. Aku telah ditukarkan ke SK Paya Rumput , Sekolah Kluster Kecemerlangan mulai 1 Januari 2018. Surat bertarikh 27 Disember itu menghalangku hasratku untuk bersara pencen di sekolah Kebangsaan Sungai Petai.
Hari pertama aku mendapat surat pada 2/1/2018. Aku hadir ke SKSP dan mengambil surat daripada pekerja am sekolah. pukul 11.30 pagi , aku bertolak ke SKPR untuk mendaftar atau melapor diri. Aku berjumpa dengan Puan Noor Azimah bt Amat. Beliau merupakan seorang guru besar yang pada pandangan aku seseorang yang hebat. Beliau menasihatkan aku agar merayu kepada pengarah untuk tidak bertukar, mengharap belas ihsan. Dengan bantuan beliau aku akhirnya memohon surat tangguh tugas sehingga Jumaat 5/1/2018.
Pada hari Isnin 8/1/2018 minggu kedua, bermulalah tugasku di SK. Paya Rumput , SKK. Sekolah ini besar mempunyai seramai lebih kurang 1200 murid. Gurunya pula seramai 84 orang. Aku dikelilingi dengan guru-guru yang sungguh komitmen dan dedikasi terhadap tugas. Sekolah itu sentiasa sibuk dan ada sahaja aktivitinya. Maklumlah sekolah kluster kecemerlangan sukan ragbi dan segala macam pencapaian yang cemerlang dalam bidang sukan. Pasukan ragbi perempuan menjadi johan peringkat kebangsaan semasa bertanding di UPM, menang dalam squash dan mendapar pingat emas.
Pada 6 Mac , tetiba aku mendapat panggilan telefon daripada JPM, unit naik pangkat. Aku diminta hadir ke Bilik Melati. Di sana aku bertemu dengan En Abdul Latef bin Ahmad, mantan Guru besar SKSP, rupa-rupanya beliau akan bertukar ke SK Pernu. Aku pula dilantik sebagai GPK HEM Bukit Rambai bermula dari 1 Mac 2018. Begitulah ketetapan daripada-Nya, pada asalnya aku guru biasa berkelulusan STP/ STPM kemudian melanjutkan pelajaran secara PJJ di USM dalam bidang sejarah, memohon DG 41, GC DG44 dan guru biasa time-based DG 48. Dua jawatan yang tidak mahu ku lalui ialah guru cemerlang tetapi atas desakan Pn Asiah Md Sab,mantan guru besarku,Pn Salamah Ahmad, GPK Pentadbiran dan arwah Pn Rosni, GPK HEM , Sekolah Kebangsaan Dato' Naning, aku mohon juga dan akhirnya tak berdaya, bersaing dengan guru muda di SKPR, aku bersetuju memohon pentadbir, walau pun pada asalnya berat hatiku. Justeru itu, berubahlah kehidupanku sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, mula bangun pagi 5.00 pagi, siap-siap ke sekolah, walaupun kadangkala terlambat sampai 7.15 pagi kerana kesesakan jalan raya. Aku selalu lambat kerana masak nasi untuk kucing yang ada 4 ekor, si ibu dan tiga ekor anaknya.

Subscribe to:
Posts (Atom)