Thursday, December 1, 2016

Pertemuan ketiga XSMST 62

Pertemuan ketiga XSMST 62 telah dibuat di rumah saudara Rosli Wahab dan isterinya Imah.  Aku pun tak tahu nama penuhnya. Aku redah sahaja berdasarkan alamat yang diberi melalui wassap.
    Pada 27/11/2016, pukul 2.30 petang kami bertolak dari rumah.  Sampai di rumah mereka lebih kurang pukul 3.15 petang melalui pertanyaan kepada salah seorang yang hendak ke majlis yang sama.  Kebetulan mereka juga rakan XSMST 62.
   Seperti biasa, aku masih lagi kurang mengingati nama-nama mereka.  Bukannya tak mahu mengingat, aku ni pelupa orangnya. Aku tak tahu majlis ini untuk apa? Katanya majlis kesyukuran.  Dah sampai ke rumahnya baru kutahu, majlis sambutan hari ulang tahun perkahwinan mereka ke berapa pun aku tak ingat, kedengaran macam ke-26 tahun je. Di majlis itu,  ku temui ramai kawan satu sekolah dulu, dari Sekolah Rendah Tangga Batu, Sekolah Sri Tanjung (Tanjung Kling) , Sekolah Munshi Abdullah, yang puluhan tahun kami tak bertemu. Perjumpaan pula setelah masing-masing sudah berumur dan bergelar  nenek dan datuk.
   Tak apalah  pada kesempatan ini,   aku mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada kedua-dua sahabatku Rosli dan Imah , semoga berkekalan hingga ke Jannah.  Semoga hubungan persahabatan kekal abadi, mana-mana majlis yang akan diadakan oleh mereka , akan kuhadiri jika ada kesempatan, Kalau dulu ,melintas sahaja di kawasan sekolah itu hingga ke bandar ke Melaka, pastinya aku teringat kenangan di sekolah, cuma aku lupa kawan-kawan kerana matlamat ku sekolah hanya belajar dan banyak waktu ku habiskan untuk buat kerja sambilan untuk mendapat kan wang .  Balik dari sekolah, campak beg, kemudian ke sawah mencari rezeki seperti mengubah anak padi, mencabut benih padi, mencari kayu api, memasak dan mengemas rumah. Aku tidak aktif di sekolah kerana masalah hidup yang kualami, aku anak yatim sepanjang hidup, ibuku, ibu tunggal semenjak berumur 27 tahun hingga masa kini.
   Syukurlah aku dapat mengubah masa depan aku dan kini aku seorang guru yang telah memberikan perkhidmatan selama 32 tahun. di 4 buah negeri.
    Kepada kawan-kawan semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati.

  

Sempat bergambar bersama-sama dengan mereka.
diberi peluang pula memotong kek ....terima kasih sahabatku.
siap mini pelamin, kami bergambar juga.






Syukur alhamdulillah, hadirku sebentar kerana ada urusan ke Tesco dan Mydin....semoga berjumpa lagi dan akan bertambah memoriku untuk mengenali mereka.


No comments:

Post a Comment