Saturday, December 17, 2016

dua dalam satu 17 Disember 2016- majlis dan ziarah

Aku mengambil kesempatan memenuhi undangan majlis perkahwinan anak sahabat XSMST 1975-1977, Latifah Husin dan suaminya Abdul Samad  di Pangsapuri Taman Sri Rantau, Shah Alam.  Kami bertolak dari rumah pukul 12.00 tengah hari.
  Perjalanan ke rumahnya agak lambat, mungkin suamiku mengikut jarak jauh untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Kami menjejaki rumahnya berpandukan peta dan gambar yang diberikan melalui wassap kerana kami hanya bertemu sekali sahaja, akhirnya kami berjaya menjejaki rumahnya.
   Dia mungin tidak berapa kenal,  Melihatkan pertemuan yang tidak ku kenalkan diriku, suamiku bertanya kepadaku, macam tak kenal aja. Selepas makan barulah aku memperkenalkan diriku.  Memang aku tak berapa kenal, cuma ada kelapangan masa memenuhi jemputan sambil dapat mengeratkan semula hubungan yang terputus.
   Kemudian , aku meneruskan perjalanan 19 km menuju ke Batu 8, Kampung Sijangkang untuk menziarahi wak Basirin , gelaran kepada ayah Norafidah, kawanku  xSTAR.  Walaupun dia tidak ada di rumah, menghadiri majlis perkahwinan anak abang iparnya di Bukit Jelutong, Shah Alam, kami meneruskan hasrat kami.
   Sebaik sahaja sampai di rumahnya, kami disambut oleh adiknya Hamdani.  Memang adik-beradiknya mengenaliku kerana aku amat mesra dengan Norafidah , begitu juga dengan ibu bapanya. Walau pun telah beberapa kali mengunjungi rumahnya aku masih lupa, seingatku Sekolah Agama Sijangkang dan Surau. Oleh kerana banyak sangat pembangunan di kampung itu, aku makin keliru. Akhirnya niatku tercapai jua setelah menelefon Fidah.
  Bapanya mungkin mengalami kesedihan setelah pemergian isterinya. Setelah terlantar di hospital, dia stroke tetapi mungkin pada peringkat awal, masih lagi boleh bercakap.  Badan tangan dan kaki sebelah kiri masih tidak boleh kuat dan tidak boleh berjalan .  Anak-anak mengupah orang untuk mengurut ayahnya supaya semua saraf boleh berfungsi semula.   Penyakit darah tinggi dan kencing manis pula timbul.  Berbeza dengan isterinya, darah tinggi yang teramat tinggi ,bacaannya  susah hendak turun, dia pula bacaan gula dalam darah tidak tetap, kekadang terlalu tinggi kekadang terlalu rendah.  Seleranya berkehendakkan makanan yang manis dan air yang manis. Begitulah nasib ayah Fidah, kita pun tak tahu nasib kita.
    Semoga beliau sembuh dan dapat menjalani kehidupan yang baik....aamiin.


Foto Kalsom Md Jan.
Rakanku Rukiah bt Husin 



Foto Kalsom Md Jan.

Penanda aras, Surau Kiyai Husin ...pada tahun 1981-82 surau ini kecil sahaja, kini dah besar.
Kebanyak penduduk kampung ini telah mendirikan rumah batu yang cantik, pada masa dahulu kebanyakan daripada mereka membina rumah kayu termasuk rumah ibu bapa Fidah, ada kelainan sedikit dan di kelilingi rumah anak-anak . Oleh itu mudah mereka menjaganya. Bagaimana nasib kita kelak.? Semoga Allah melindungi kita ....aamiin.

No comments:

Post a Comment