Thursday, December 15, 2016

kawan Sekolah Subang Jaya 2

Pertemuan dengan bekas  rakan-rakan sekolah adalah bermakna bagiku.  Dengan adanya kumpulan wassap dan khidmat teknologi dapat menjalinkan hubungan persahabatan yang terputus. Kebetulan aku menghadiri majlis perkahwinan anak buahku di Kuala Lumpur, dengan kesempatan ini kujejaki rakan sejawatku di rumah emaknya.
   Setelah berpindah ke Pulau Pinang, hubungan kami terputus.  Aku berpindah bulan Disember 1989.  Kemudian pada tahun 1991, dia menjejakiku di rumah sewaku di Paya Keladi Masjid, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bersama-sama dengan  keluarganya, mungkin melancong kot. Sejak hari itu,  kami terputus hubungan.
    Dengan kesempatan yang ada, aku mengambil peluang  meminta suamiku untuk pergi ke rumah ibunya.  Dia akan mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya pada keesokan harinya.  Oleh itu sebelum berangkat pulang ke Melaka, aku menjejaki rumahnya berpandukan alamat yang diberi dengan menggunakan waze.
  Syukur Alhamdulillah , kami dapat bertemu dengan ahli keluarganya malahan kami dijamu makan malam sebelum berangkat pulang . Pertemuan 26 November 2016 merupakan pertemuan yang menghubungkan semula aku dengan Noreha ,  xSubang Jaya Dua, di mana aku pernah berkhidmat di sekolah itu selama 5 tahun daripada  tahun 1985 hingga 1989. Kami  geng yang menaiki bas kerana kami baru posting di sekolah itu. Geng tersebut ialah aku, Noreha, Zainab Awang, Zainab Hashim, Salmah Ibrahim, Halimah, Ustaz Abd Hamid  dan seorang  lagi , aku dah lupa namanya.
    Semoga hubungan ini berterusan selagi kami masih sihat dan dapat berhubung.  Bertemu dan berpisah itu memang ada manusia biasa, kita cuma memeliharanya sama ada melalui wassap, msj atau lain-lain medium.


Foto Kalsom Md Jan.

Sahabatku Noreha Hashim , x Subang Jaya Dua, Petaling Jaya 1985-1989


 Foto Kalsom Md Jan.
bersama-sama dengan ibu masing-masing.
Foto Kalsom Md Jan.

anak Noreha tua setahun daripada anak saya.



No comments:

Post a Comment