Perpindahan aku ke sekolah ini penuh misteri. Pertukaran yang ku jangkakan tidak diluluskan oleh Bahagian Sumber Manusia kerana pada awalnya permohonanku ditolak melalui telefon. Aku sebenarnya memohon pertukaran antara daerah dan antara negeri sekaligus. Aku sendiri berjumpa dengan pegawai pertukaran di PPD Kuala Selangor. Memang aku sendiri pergi berulang alik, antar borang dan sendiri tanya status pertukaranku. Syukurlah akhirnya aku berkhidmat di sekolah ini selama 3 tahun , daripada tahun 2014 hingga 2016. Dari sekolah yang jauh 121km pergi balik, Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh, Selangor ke Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, jaraknya 18 km pergi balik, kini semakin dekat 12.5 km pergi dan balik. Syukur , Alhamdulillah, dalam kepayahan terbayar juga, akhirnya setelah penat merantau, jauh iaitu dari Selangor ke Pulau Pinang, ke Melaka, ke Sabah dan ke Melaka semula, aku umpama sirih pulang ke gagang.
Dalam majlis ini semua murid dan guru serta staf berkumpul di dewan tepat pukul 11.00 pagi. Sekali lagi aku berucap di hadapan semua guru, murid dan staf. Ucapanku kali ini ku tujukan kepada murid-murid agar belajar dengan rajin dan mempunyai visi serta misi. Harapanku agar mereka berjaya kelak dalam hidup sama ada di dunia dan akhirat.
Kemudian, ucapan daripada pihak pentadbir dan wakil guru. Acara seterusnya penyampaian hadiah daripada panitia, guru dan murid-murid. Aku memohon agar segala kesalahan dan keterlanjuran kata-kata dan kekasaran tingkah lakuku terhadap semua murid sama ada memarahi mereka, merotan mereka atau mendenda mereka. Bukan niat cikgu membenci tetapi marah cikgu adalah untuk mendidik. Denda adalah sebagai pengajaran untuk berubah.
Sekian diharapkan walaupun berpisah dari sempadan sekolah tetapi diharapkan perhubungan persahabatan dan persaudaraan akan tetap wujud selagi nyawa dikandung badan selagi itu nafas perhubungan terus berdenyut .....aamiin
punch card kali terakhir pada 25/11/2016
Hadiah-hadiah daripada warga SKMT
Bergambar lagi....
No comments:
Post a Comment