Monday, December 5, 2016

Mendaftar di sekolah Baharu

   Setelah mengemas segala buku-buku dan barang-barang di SKMT, aku beralih pula ke sekolah baharu, Aku set jarak dari rumah melalui jalan UiTM  ke Jalan Kampung Paku, di situ terpaksa membuat pusingan  dan berpatah balik ke kelemak seterusnya ke Kampung Sungai Petai, melalui lampu trafik, kemudian terpaksa membuat pusingan lagi, dan akhirnya tibalah aku di sekolah tersebut.  Jaraknya lebih kurang 7.2 km sahaja, ikut jalan dekat.
   Setibanya aku di sekolah itu, ku parkir kereta.  Pengawal keselamatan di pondok itu menegurku, cikgu baru. Ya, lalu aku ditunjukkan ke arah pejabat.  Suasana di sekolah ini aman.  Mana tidaknya , tak ada seorang pun murid di situ kerana cuti sekolah . Aku  melapor diri pada 1 Disember 2016.
   Tiada apa yang boleh  ku dapati hanyalah tentang maklumat mesyuarat kali pertama pada 28  Disember 2016 dan orientasi prasekolah serta tahun 1 pada 29 Disember 2016.  Hendak kutanya lebih lanjut lagi, tak kesempatan, contohnya tempat duduk guru, parkir kereta dan jadual waktu.
  Agaknyah muka aku ini ada cop dan cap  tahun 6, baharu aku nak berehat.  Rasa-rasa dah penat, berilah kepada guru-guru muda yang penuh tenaga dan sihat. Telah diketahui agaknya latar belakang ku. Guru besar pun tak pakai tag nama, aku pula pelupa, seingatku, beliau lebih muda daripadaku 3 bulan.  Tahun depan dah nak pencen pada 1.2.2017.
   Tak apalah, semoga Allah beri aku kekuatan dan kesihatan untuk  berkhidmat lagi seperti   yang telah aku tandatatangani  dalam perjanjian.  Awal-awal dah diberitahu masalah murid -murid tahun ini kurang cerdas sama seperti di SKMT..mana-mana pun kalau kita fahami   maklumatnya sama...murid kampung, hidup susah, ada yang tak hadir ke sekolah kerana membantu ibu bapa mencari nafkah.
   Entahlah, belum ku ketahui masalah yang lain.  Biarkanlah, aku mahu berehat sebentar.  Hadapilah mereka pada tahun 2017.  Semoga aku dapat memberikan perkhidmatan yang baik dan mendidik selagi yang terdaya.

No comments:

Post a Comment