3 Majlis dalam satu bermakna buatku. Majlis Jamuan Akhir Tahun, Majlis Apreasiasi Guru dan Staf SKMT 2016 dan Majlis "Serumpun Kasih Sehening Budi" begitu bermakna bagiku. Majlis Jamuan Akhir Tahun menandakan jamuan akhir tahun bagi semua guru, ajk PIBG dan staf serta pekerja sekolah
Majlis Serumpun kasih Sehening Budi dikhaskan buatku sempena majlis pertukaranku . Selama tiga tahun bukanlah masa yang panjang, hanya tiga tahun sahaja aku berkhidmat di sekolah ini iaitu pada 2014-2016. Aku amat berterima kasih kepada guru besar, barisan GPK, ajak PIBG sekolah, staf dan pekerja sekolah yang memberikan kerjasama semasa aku berkhidmat di sekolah ini.
Aku sebenarnya tidak pandai berucap dan teks ucapan di dalam majlis tersebut boleh dikatakan spontan. Aku benar-benar tidak bersedia. sebelum bergerak ke Hotel Equatorial, aku wassap sahaja kepada suamiku, minta rangka ucapan. Syukur setibanya di hotel, wassapku berjawab. Berdasarkan rangka tersebutlah aku memberikan ucapan.
Di dalam majlis tersebut , aku diberi penghargaan kerana mengajar tahun 6, dan sedikit sebanyak kejayaan yang diraih dari tahun 2014-2016. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana menerima aku yang banyak kekurangan .
Majlis diadakah dengan memotong kek perpisahan , dihiburkan dengan nyanyian Cikgu Azwan Nazreensyah, En Zainuddin, Pengerusi PIBG dan Si Fifi. Dalam majlis ini dianugerahkan kepada guru-guru yang berkhidmat dengan cemerlang dengan beberapa anugerah seperti yang tercatat dalam brosur.
Akhir sekali aku selitkan pantun orang lama .
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Saya pergi tidaklah beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.
Ucapan kali terakhir untuk guru yang berpindah
Kek khas untuk pertukaran sekolah yang disediakan oleh badan kebajikan staf 2016
sesungguhnya kawan-kawan XSKMT sangat baik, apabila berpindah ke SKSP terasa kehilangan sesangat kerana selama 3 tahun hubungan kami antara guru dan pentadbir agak rapat. SKMT aku singgah hanya sebentar antara 2014-2016.
ReplyDelete