Dengan susah payah, akhirnya tercapai juga hasratku untuk mendirikan rumah di sini. Aku mulakan tahun 2014 sebagai tahun asas aku balik Melaka kali kedua setelah merantau di Sabah dan Selangor selama 4 tahun . Tahun 2016, merupakan tahun yang mengembalikan ingatanku terhadap rakan-rakan sekolah Menengah Seri Tanjung dan Sekolah Menengah Munshi Abdullah di sekitar tahun 1977-1980. sejak masing-masing membawa haluan , kami tak pernah berjumpa tambahan pula aku bukanlah tinggal di Melaka. Aku anak kelahiran Paya Rumput, Sungai Udang . Aku merantau dari Melaka, Kuala Lumpur, Klang, Kuala Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, dan Sabah. Begitulah aturan hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Kini, masing-masing dah berumur. Untuk mengenali kembali zaman persekolahan adalah agak kelam bagiku. Tak pernah bersua muka selepas zaman persekolahan , tetiba dan berumur 53 tahun baharu berjumpa, itu pun melalui wassap dan pertemuan sebentar semasa majlis perkahwinan anak masing-masing atau reunion yang diadakan di Hotel. Aku pula masih bekerja dan pertemuan pada waktu malam bagiku memang rasa keberatan.
Pertemuan di rumah Razali , mengimbau kembali zaman persekolahan di Sekolah Menengah Munshi Abdullah , Batu Berendam. Namun, aku masih kurang mengenali mereka. Walaupun kami hanya 2 kelas iaitu kelas Sains A dan Sains B, namun ingatan aku masih kelabu. Memang aku tidak ingat nama-nama mereka, kalau berjumpa di luar pun , aku rasa aku tidak ingat. Cuma aku berharap agar hubungan persahabatan ini berkekalan. Majlis perkahwinan anak Rahmad pula mengingatkan aku rakan sekelasku. Kepada kawan-kawanku janganlah kamu kecam aku sekiranya aku masih gagal mengenalimu kerana kalau digabungkan kedua-dua rakan sekolah tersebut, aku masih belum dapat mengecam dengan betul.
Aku bersyukur kerana dapat juga mengenal sedikit demi sedikit kawan-kawan sekolah walaupun dah berumur . Semoga Allah memanjangkan usia kami untuk mengenali dengan lebih rapat atas nama persahabatan dan saudara seIslam...aamiin.
kronoloji sekolah rendah
1. Sekolah Kebangsaan Tangga Batu darjah, Melaka 1-3
2. Sekolah St Teresa Convent Brickfield , Kuala Lumpur 4-6
3. Sekolah Methodist Girls School, Melaka 6
Sekolah Menengah
1. Sekolah Menengah Tanjung Kling , Melaka 1-3
2. Sekolah Menengah Munshi Abdullah , Melaka 4-6 rendah
3. Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang 6 Atas
Pertemuan dengan rakan-rakan x Munshi Abdullah di majlis perkahwinan Razali (Bara) 2016
Aku senyum sahaja apabila salah seorang rakan mencari dan menyebut-nyebut namaku, dari riak mukanya aku masih mengenali beliau, yang lain-lainnya aku masih belum dapat mengenali mereka kerana sejak berpindah ke Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah , Klang Selangor, aku tak pernah jumpa mereka.
No comments:
Post a Comment