Monday, December 26, 2016

Rancangan bercuti di Tanjong Piai 2016

 Kami merancang nak bercuti. Rancangan demi rancangan bermula. Anak sulungku dan suamiku mencari tempat yang menarik di negara kita.  Mula-mula  rancang  nak ke utara, Pulau Pinang atau ke Perak .  Aku pula memberi cadangan , kami beralih ke selatan pula, iaitu Tanjong Piai, yang mana hasrat kami terhalang apabila berjaya menjejaki pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai pada November , 2016 terlanjur menghadiri majlis perkahwinan Ain, anak saudara sebelah suamiku,
Pada ketika itu, kami hanya bertiga, aku, suamiku dan anak bongsuku.
   Akhirnya kami berjaya merancang tetapi ke mana pula ibuku hendak kami letakkan.  Hendak dibawa , umurnya tidak sesuai untuk berjalan kaki, Sekiranya dibawa dan diletakkan di hotel atau resort ok juga, tetapi kami terpaksa berpatah balik.
   Si anak dah tempah Tanjong Piai Resort sebagai tempat penginapan.  Aku pula meminta anak kedua agar menjengah ibuku di rumah pada hari Sabtu agar memastikan beliau makan dan minum, maklumlah tinggal sendirian.  Anakku pula mencadangkan agar ibuku bermalam di rumahnya. Keadaan ini memudahkan dia menjaga Azfar, anak kecilnya bersama-sama ibuku.
   Aku berfikir, alangkah mudahnya jika kakakku balik dan menginap di rumahku, kebetulan ada urusan yang hendak diselesaikan dengan sewa tanah dan tambak tanah serta mencari kontraktor.
Alhamdulillah, akhirnya kakak dan suaminya menginap di rumahku sambil menjaga ibu.
   Dalam menyelesaikan masalah , kita perlulah bijak menanganinya...semoga percutian kami berhasil ...aamiin

No comments:

Post a Comment