Setelah lakonan dan dendangan syair Si Tanggang yang berimakan Dandan Setia, semua murid menyanyikan lagu "Oh, Ibu". Terima kasih atas kerjasama yang diberikan, Semua watak yang kamu lakonkan, lakonan kamu sungguh baik dan guru besar beri gred A, mana tidaknya berlatih berhari-hari, banyak pula pengarahnya, kalau dengan cikgu banyak kali ditegur, ada yang tarik muka, ada yang tidak hadir, kadang-kadang si penyair, kadang-kadang si pemain rebana, kadang-kadang si pemain tamborin dan lain-lain watak. Apa-apa pun cikgu harap sekiranya kita membuat sesuatu dengan baik dengan penuh ikhlas, pastinya berhasil. Tahniah semua...Nah, cikgu hadiahkan gambar-gambar sebagai tatapan kamu dan kenangan kamu semasa di SKMT.
Semoga kamu menjadi anak-anak yang berjaya...aamiin. Cikgu doakan kamu semua berjaya di dunia dan akhirat.
Lakonan Si Tanggang
Lakonan Si Tanggang - Ahmad Furqan sebagai Tanggang dan Maisarah sebagai ibu.Penyair Si Tanggang irama Dandan Setia _Farah Maisarah, Nur Fatihah dan Diyanah Zulaika
Barisan belakang Adli Fahmi bermain tamborin dan Azzim memalu rebana
Si ibu dihalau oleh Si Tanggang
Si ibu memohon doa
Doa si ibu dimakbulkan
Si Tanggang disumpah menjadi batu
Nyanyian lagu ' Oh Ibu' oleh semua murid tahun 6 Aquamarine
dendangan syair ini bukanlah persembahan yang sebenar pada hari anugerah cemerlang yang diiringi paluan rebana dan ketukan tamborin, Syair ini didendangkan semula oleh Farah Maisarah dan Nur Fatihah tanpa iringan alatan muzik tersebut...terima kasih Pn Asiah bt Hasihim, Pn Mahdatul Annur dan semua guru yang terlibat secara langsung dan tak langsung.
Lakonan cerita Si Tanggang tidak direkodkan atau divideokan, gambar sebagai media episod penceritaan
No comments:
Post a Comment